Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


Memaparkan catatan dengan label Muhasabah Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah Diri. Papar semua catatan

Jangan Menyesal dgn Apa yg Berlaku.!

Bismillah…

Pernah tak kita sedar…Kdg2 apabila menghadapi suatu prkara yg kita tak ingini pasti kita semua tak terlepas / tak tersengaja dri berkata : …erm, kalau aku tak buat mcm tu, pasti tak akan berlaku... , kalau lah aku tak pilih tajuk tu,pasti..…,,kalau lah aku betul2 check soalan tadi, pasti tak tertinggal….,dan mcm2 lagi la….

Betul tak?...

Tapi….mulai hari ni..

Sebelum kita berkata begitu ,, jom kita taddabur surat cinta Allah buat kita..jom!!!..

" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." ( surah Al-Hadid : ayat 21-22 )

Subhanallah, indah sungguh ayat di atas kan??...Allahu’akbar…

Dalam ayat di atas ,, Allah memujuk hati hamba-hambaNYA utk tidak bersedih dgn apa yg dah berlaku pada diri mereka…kerana Allah bagtahu dlm ayatNYA itu bhwa setiap apa yg berlaku itu telah ditulis Allah dalam kitabNYA….

Maka, usah bersedih atau menyesal…dan jngn sesekali berkata “kalau”…sbb, walaupan kita berusaha utk mengelak daripda berlakunya musibah itu,pasti ia tetap berlaku kerana Allah dah tetapkannya dalam kitabNYA..nak atau tk nak,ia pasti berlaku..knpe?..kerana inshaAllah setiap yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi..

In shaAllah, mungkin musibah itu utk menjadi pengajaran buat kita supaya lebih berhati2 pada masa akn dtg..mungkin juga sbgai muhasabah pd diri kita,supaya kita selalu ingt Allah..dan mungkin itu juga utk menguji tahap keimanan hambaNYA…so,always think positive and bersangka baik dgn Allah… kerana Allah tdk pernah mezalimi diri kita.malah,tidak sama sekali..

So,sebagai org beriman, apabila diuji..tabahkan hati dan selalu pujuk hati bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya..jika rase mahu sedih or nangis,maka lakukannya kerana kdg2 sedih itu mampu menenangkan hati kita..tapi sedih yg beagaimana??...sedih dan menangislah dihadapan Allah sambil memohon pertolongn dan kekuatan drpd Allah..dan mengadulah pada Allah yg kita ni lemah sngt2 dan sangat memerlukan pertolonganNYA..dan memohonla padaNya agar di ganti musibah ini dgn perkara yg lebih baik….InshaAllah..

~Tika air mata ingin menitis dari matamu,ingatlah yg Allah itu sentiasa ada bersamamu..DIA tahu hatimu,DIA tahu segala yg ditanggung olehmu..jika kamu merasa keseorangan,kamu sebenarnya salah kerana Allah sentiasa ada dekat denganmu..Cuma kamu kdg2 lupa akan kehadiranNYA disisimu..maka,mengapa kamu perlu lemah?.bukankah kita ada Allah yang Maha Besar lagi Maha Kuasa?..maka bangunlah,dan melangkah ke hadapan kerana kita ada Allah yg menguatkan ~
CUKUPLAH ALLAH BAGIKU.. 





~ALLAH HANYA MENERIMA AMALAN SESEORANG YANG BENAR-BENAR IKHLAS SAHAJA~

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum,,,wahai sahabatku,,ambillah sedikit masamu untuk membaca artikel dibawah,,,mudah-mudahan,,kita sama2 dapat memperbaiki amalan kita sebelum terlambat,,INSYA-ALLAH...

Daripada Imam Abdullah bin Al MubaraK lah.a telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz bin Jabal: “Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w.”

Berkata Rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata. Aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan 7 orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama.

Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu bekata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah: “Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:”Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, solat, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:”Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takkabur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takkabur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke langit pintu yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu: “Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub (bangga dengan diri sendiri). Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima: “Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit keenam tersebut: “Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku.”

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah solat, puasa, nafkhah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu 3000 orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit ketujuh tersebut:

“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat sum’ah (ingin masyhur). aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namaya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya: “Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya dan aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu aku. Aku adalah Maha Mengetahui”.

ASTAGHFIRULLAH,,,semoga ALLAH mengampunkan segala dosa2 kita selama ini dan semoga ALLAH menerima amalan kita selama ini,,,aamiin,,insay-ALLAH,,,^_^

Nothing Impossible In This Life...Believe in Allah!

Bismillahirrahmanirrahim...



Sometimes , people easily give up with the matters or things that difficult to do..Why?..I think it is might because of their faith to Allah..They not really confident with the power of Allah....so, they give up from try to do it...

My beloved friend, don't give up if you still can not do something you want to achieve even you have tries many times..why i says like this.?..Because we all have Allah SWT who always with us..not only today but every seconds in our lifes Allah always with us….So, always pray to Allah..Allah always hears your dua’…HE will give the best to you…

To be honest, I can not denies to you all if I say I never feel give up..because I’m also human..like you all…sometimes , my heart felt very sadness because of my weakness..i always ask myself, why I can’t do like others can?...is not all people are same?..have two eyes, two ears and have one nose and so on…but why they can do that? Why they can success and why me not??...

When my faith at very lowest level, these questions will be in my mind..make me become weak and weak…BUT, because of believed in Allah, I woke up…I says to myself..” Nothing impossible in this life, because we have Allah SWT. If Allah wants it to be happen, In Shaa Allah it will happen and vice versa”…and because I realized that Allah never test us with the trials that beyond our scope or abilities…

“Allah burdens not a person beyond his scope…….”
( Surah Al-Baqarah : Verse 86 ) 

“ Verily, His Command, when He intends a thing, is only that He says to it, "Be!" and it is! “

“So Glorified is He and Exalted above all that they associate with Him, and in Whose Hands is the dominion of all things, and to Him you shall be returned “

 ( Surah Yaseen : Verses 82 and 83 )

So, my beloved friend, never give up!! Because we have Allah…Always pray to Allah when you want to do something so that Allah will simplify your life and your strive…Believe in Allah..don’t be sad because of your weakness beause Allah created every human in this world with strengthen and weakness. ..As a muslim, they not see the weakness as a thing to be regret ….Instead, they made their weakness as a way to come closer to Allah SWT…. And always remember that as a Muslim you should not be give up!!please keep in your mind!!


"O my sons! Go you and enquire about Yoosuf (Joseph) and his brother, and never give up hope of Allahs Mercy. Certainly no one despairs of Allahs Mercy, except the people who disbelieve." (Surah Yusuf :verse 87 )

# sorry for my broken english...^_^

~MENANGIS KERANA ALLAH ~






Amran : “ Assalamualaikum,,sahabat..apa kabar?...kenapa saya tengok awak termenung dan menangis je…ada masalah ke?..macam mana result test tadi..? ok tak?..”

Firdaus : Wa’alaikumussalam wbt, sahabat….tak de apa-apalah..Cuma ana sekarang betul-betul rase sedih dan takut….” ( bercakap sambil menitis air mata )…

Amran : Kenapa sedih?...adakah result test tadi teruk ?..takpelah,,nanti kita usaha lagi untuk test seterusnya ye…

Firdaus : ” tak..ana tak nangis sebab result test tu…walaupun ana dapat result yang agar rendah juga,,tapi ana bersyukur sangat-sangat…sebab ana tahu Allah pasti bagi yg terbaik buat diri ana..ana yakin pada Allah,,jadi kenapa ana perlu sedih…Cuma,..Cuma……..Ana sedih…..”

“Ana sedih memikirkan keadaan diri ana di akhirat kelak…layakkah ana untuk ke syurga-NYA..sedangkan ana tahu banyak sangat dosa yang ana dah lakukan…ana juga rasa takut sangat2,,,,takut kalau disebabkan dosa-dosa ana ni Allah tak sudi pandang muka ana kat akhirat kelak….ana sedih..kalau Allah tak pandang ana..siapakah yang boleh tlg ana kat akhirat nanti…mmg tak de sesiapa boleh tolong ana lagi kecuali Allah.. ( menekup muka sambil terus menangis )……..”

“Sahabat, ana juga sedih memikirkan keadaan keluarga ana..Alhamdulillah,,ana bersyukur kerana Allah sentiasa memberi petunjuk pada ana untuk terus berada di jalan ana…Tapi…bagaimana dgn keluarga ana?...keluarga ana sekarang semakin jauh dari Allah..ana sedih melihat adik-adik ana yg semakin hanyut dengan hiburan sehingga lalai melakukan solat….sahabat, ana sedih sangat2 ,,ana tak tahu macam mane nak bawa mereka ke jalan yg Allah reda….ana lemah..tapi, ana tak akan berputus asa..ana akan terus berusaha utk bawa mereka ke jalan Allah…..( terus menangis )..”

Amran : ( membisu,,tak terkata apa2 ,,,tapi turut menitiskan air mata sambil berkata dalam hati “..Astaghfirrullah….bertapa hinanya diri ini..sahabat ku menangis kerana memikirkan nasib di akhirat,sedangkan aku menangis kerana dapat result teruk…sahabatku menangis kerana takut akan Allah,,tapi akau menangis hanya saat kesusahan,,tapi time senang aku lupa pada Allah….Ya, Allah,,bantulah aku untuk menangis kerana takutkanMU..”…
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


# manusia kadang – kadang terlalu sedih memikirkan mengenai kehidupan dunia..sedih sbb gagal dalam exam,,sedih sbb putus cinta,, sedih sebab hilang harta dan sebagainya……tetapi mereka kurang menangis kerana takutkan Allah atau kerana memikirkan akhirat…..

Subhanallah,,sahabat usahlah terlalu sedih akan perkara dunia…tapi menangislah kerana takutkan kpd Allah kerana ……
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud :

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

” Setiap mata akan menangis di hari Kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerana takutan Allah dan mata yang celik kerana berjaga untuk jihad fi sabilillah.”

Dunia Hanyalah Satu Persinggahan..

- Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha 

Penyayang -









Al-Quran menyebutkan bahawa kehidupan di dunia tidak lebih hanya main-main dan senda gurau semata:

Firman Allah SWT maksudnya : 

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud :

 "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." 
(Surah Al-Ankabut ayat 64)

Firman Allah SWT maksudnya : 

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)


kehidupan didunia ini hanyalah sementara dan merupakan persinggahan buat hamba yg sedang merantau...

Akhirat jualah yg kekal abadi.......Maka,usah bersedih andai kita tidak dapat miliki apa yg kita mahu didunia ini.....

kerana nikmat dan janji Allah di syurga itu jauh lebih baik....maka,,selagi Allah masih bagi kita peluang bernafas di bumi ini,,,sama-samalah kita perbaiki diri ke arah yg lebihbaik..menjadi insan yg lebih beriman dan bertakwa............

In shaa Allah,,,siapa kita sekarang dan banyak mana pun dosa yg telah kita lakukan...ingatlah bahawa RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH buat hamba-hambaNYA itu jauh lebih banyak dan lebih luas....

sesungguhnya Allah sayang dan cinta pada hambaNYA yg sentiasa mohon keampunanNYA apabila dia sedar dia telah melakukan dosa dan maksiat...

biarlah kita banyak menangis dan menyesal didunia daripada kita menyesal di akhirat...kerana menangis dan menyesal di akhirat,,tidak mampu membawa balik kita ke dunia.......

maka bertaubatlah sebelum terlambat...Allah itu Maha Penerima Taubat.....


"Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (QS. An-Nisa: 64)

~..Semua yang Kita Dapat Adalah Rezeki Daripada Allah..~


      Assalamualaikum...Alhamdulillah,,,bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang pada ana untuk bernafas...”ALHAMDULILLAH”...

      INSHA-ALLAH,hari ni ana nak kongsikan kat sahabat semua mengenai result exam sem 1 ana dan sahabat2 ana yang lain...ALHAMDULILLAH,,bersyukur tak terhingga kepada Yang Maha Kuasa kerana memberi result yg terbaik buat kami...ALHAMDULILLAH,,ana bersyukur sangat walaupun result ana taklah setinggi kawan-kawan ana yang lain..tapi,,syukur ALHAMDULILLAH sebab lulus semua...ALHAMDULILLAH,,ade jgk sahabat ana yg berjaye mendapat dekan...ALHAMDULILLAH itu semua rezeki daripada Allah buat mereka...

       Sahabat,,,tak kira macam mane pun result yang kita dapat,,kita mesti terima dengan hati yang terbuka dan bersyukur..sekalipun kita dapat result yang paling rendah berbanding sahabat kita yang lain,,kita juga tetap perlu mengucap “ALHAMDULILLAH”...sebab Allah dah berjanji kepada hamba-NYA ,,kalau kita sentiasa bersyukur di atas nikmat yang sikit insya-ALLAH,,ALLAH akan menambah nikmat yang lebih baik dan banyak buat kita..insya-ALLAH,,kalau bersyukur dengan result yang kita dapat sekarang,insha-ALLAH, ,,nanti next time Alllah akan bagi result yang lebih bagus kat kita..tapi,,dengan syarat kita juga perlu berusaha dengan lebih bersungguh2 dan banyakkan bergantung kepada ALLAH.....ALLAH sangat sayang dan suka kepada hamba-NYA yang meletakkan pergantungan hanya kepada-NYA...


Allah says (interpretation of the meaning):
"If you are grateful, I will give you more" (Qur'an 14:7)


     Sahabat,, ana juga nak berpesan kat diri ana sendiri dan kat sahabat2 semua,,,jangan pernah sesekali merasa cemburu  dan dengki dengan kejayaan sahabat2 kita...tapi kalau kita nak contohi kejayaan sahabat kita takpe....kita tak boleh rase dengki kat mereka sebab dengki tu boleh menghapuskan segala kebaikan yang ada pada diri kita..Astaghfirullah,,mohon jauh daripada perkara tersebut.....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
   (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)     

Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.


    sahabat mesti ingat bahawa segala apa yang kita dapat dan apa yang kawan kita dapat sebenarnya adalah rezeki yang telah ditetapkan Allah buat kita,,,kejayaan sahabat2 kita jugak adalah anugerah Allah buat mereka,,jadi kalau kita jelous dan tak berpuas hati dengan kejayaan mereka,,ini bermakna kita juga tak meredai kehendak Allah...Nauzibillah,,,mohon jauh daripada ini semua...Sahabat,  bukankah Allah itu sangat baik dan Maha Penyayang?..Allah sangat sayang kat kita..Allah juga Tuhan Yang Maha Adil...Dia tak akan pernah pilih kasih terhadap hamba-hambaNYA...INSYA-ALLAH,,apabila DIA memberi kejayaan yang cemerlang buat sahabat kita,,DIA juga akan memberi kejayaan yang cemerlang buat kita..Cuma yang beza ialah masa...mungkin kejayaan yang cemerlang yang kita akan kecapi  bukan hari ni,,tapi,,insya-ALLAH,, mungkin di lain masa...tapi ingatlah Allah tak pernah menganiayai kita...malah jauh sekali....apa yang kita hadapi dalam kehidupan ni semuanya adalah lumrah kehidupan dan hanyalah untuk menguji sejauh mana tingkat keimanan kita...sahabat semua,,jadilah seorang sahabat yang baik di mana,,apabila sahabat kita berjaya kita tumpang gembira atas kejayaan mereka dan jauh dari perasaan dengki terhadap mereka,,dan apabila mereka di timpa musibah,,kita turut merasa sedih..dan jadilah sahabat yang sentiasa mengajak sahabat ke arah kebaikan iaitu jalan mencari reda ILAHI,,insha-ALLAH,,,


Rasulullah SAW bersabda :

"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".
[ hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmidhi dan Nasa’i ]


 Dalam hadis lain Nabi s.a.w menyebut :

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat. (riwayat Ahmad)



Nabi Muhammad SAW telah bersabda: 
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."
(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)



      Dan akhir sekali dari diri ana,,,janganlah terlalu sedih dan risau akan musibah atau kegagalan yang kita hadapi kat dunia ni..bukankah setiap musibah itu terselit hikmah?..Allah tak akan uji kita melainkan pasti ada rahmat yang akan DIA kurniakan buat kita ...dan ingatlah sahabat,,tiada istilah kegagalan kat dunia ni kerana setiap kegagalan itu mampu dijadikan pendorong kejayaan.. kalau kita tengok berapa ramai orang yang  gagal pada mulanya , tapi ALHAMDULILLAH,, akhirnya mereka tetap berjaya...sahabat,,risaulah ,takutlah dan sedihlah apabila mengenang nasib kita kat akhirat kelak ...di mana apabila kita gagal kat sana,kita akan gagal buat selama-lamanya..gagal kat sana= neraka....

ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-Waqiah yang bermaksud:
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (11) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (12) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.” (14) ..

      Kalau kita tengok ayat cinta Allah kat atas...Allah swt bagitahu kat  kita bahawa sangat sikit golongan terkemudian yg masuk syurga...sahabat,,tahu tak siapa golongan terkemudian?..itu lah golongan umat nabi Muhammad  saw iaitu kita...jadi kita sepatutnya berasa sedih dan takut sekiranya kita tidak tergolong dalam kumpulan yang sikit itu...sahabat,,sekarang sama2 lah kita berusaha menigkatkan amalan kita ...mudah-mudahan ianya boleh menjadi bekalan kat akhirat sana..insya-ALLAH,,AAMIIN...sama2lah kita berjuang menegakkan agama ALLAH...DAN  ingatlah sahabat bahawa Allah tidak melihat kepandaian ,pangkat ataupun rupa paras kita.,,tetapi ALLAH hanya melihat hati dan amalan kita...let's change our attitude and increase  our ibadah!! Do it because of ALLAH,,and always remember that only person who enter the HEAVEN can meet with ALLAH..If you want to meet with ALLAH SWT and RASULULLAH SAW in  JANNAH,,please,,,change yourself!!...let's together change ourselves now..!!..^_^ 





~..ALLAH Sangat BAIK..~




      Assalamualaikum sahabat...ALHAMDULILLAH  kerana masih di beri peluang oleh-NYA untuk hidup.."ALHAMDULILLAH'..

      Menitis air mata tatkala ana muhasabah diri..Astaghfirullah,,begitu sukar diri ana utk muhasabah diri..padahal diri ana tahu muhasabah diri itu penting..setiap hamba-Nya perlu melakukannya kerana  ia mampu menyedarkan diri kita dari kelekaan dan keseronokan dunia yang bersifat sementara..ana tidak tahu kenapa..mungkin sebab kerana hati ana dipenuhi dengan dosa-dosa yang tidak sedar dilakukan..atau Mungkin juga kerana diri ana lebih mencintai dunia berbanding akhirat...kalau itu penyebabnya ,,ana sangat bermohon ampun kepada Allah,,Ana mohon kepada-MU ya Allah semoga Engkau kurniakan hati yang baru buat diri ana...hati yang lebih bersih dan hati lebih takut untuk melakukan maksiat kepadaNYA dan hati yang lebih cinta kepada AKHIRAT,,INSYA-ALLAH..Ya Allah,,ampunilah segala kekhilafan dan kesalahanku..AAMIIN YA ALLAH...

 "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". 
( Al A’raf : 23) ~doa Nabi Adam a.s.~

     Ana sedih,,ana malu sangat2 pada Allah,,,Allah adalah Tuhan yang Sangat3 BAIK...Allah itu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Lembut...Sahabat,,Allah tak pernah sesekali lupa kan  kita,,tapi kita sebenarnya yang lupa kan Allah,,kita sebenar telah kejam kepada Allah..kita telah banyak melanggar perintah-NYA,,tapi DIA tak pernah jemu memberi nikmat kepada kita,Dia tak pernah jemu memakbulkan doa kita tatkala kita bermohon kepada-NYA,,DIA sentiasa memberi apa yang kita nak kerana DIA sangat menyayangi kita,,DIA sangat menyayangi kita melebihi seorang ibu menyayangi anaknya..kasih dan cinta NYA adlah sangat Agung,,,tak ternilai oleh diri kita yang lemah lagi daif...DIA juga sentiasa memberi yang terbaik buat kita..ALLAHUAKBAR,,SUBHANALLAH...SUNGGUH BAIK ALLAH PADA KITA,,dan Allah juga sangat luas keampunan-NYA..sentiasa bersedia mengampuni dosa-dosa hamba-NYA walaupun dosa itu ibarat pasir-pasir di tepi pantai....

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
                                                                [Surah Az-Zumar :ayat 53 ]

Dari Anas r.a, Rasulullah saw. Pernah bersabda :
“ALLAH S.W.T. berfirman : “Hai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-KU dengan kesalahan-kesalahan sepenuh jagad, sedangkan kamu ketika mati berada dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun kepada-KU ,nescaya akan AKU berikan keampunan sepenuh jagad pula.”
 [ HR. At-Tirmizi ]

Tapi sahabat,,kenapa diri kita terlalu jauh dari-NYA,,kenapa kita mudah lupa kepada-NYA,kenapa kita melanggari perintah-NYA?...sama-sama kita bermuhasabah diri yer sahabat...Astaghfirullah,,semoga Allah sudi mengampuni dosa-dosa kita yang lalu..insya-ALLAH,..AAMIIN...sahabat,,mulai hari ini ,,sama-samalah kita berusaha menuju reda-NYA,,kerana itulah sebenarnya  matlamat kita hidup didunia ini...

Daripada Abu Hurairah r.a.d. katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah s.w.t. berfirman: Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu didalam hatinya maka Aku mengingati dia didalam hatiKu, dan jika dian mengingatiKu dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.” Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain.....

   sahabat,,diri ini ingin berpesan pada sahabat semua dan juga diri ana sendiri,,jangan pernah mengeluh,,sabarlah menghadapi segala cabaran,rintangan,dugaan dan apa2 bentuk musibah sekali pun,,,ingat itu semua lumrah kehidupan,,,Ingat kebahagiaan sebenar adalah tersimpan di akhirat..di kehidupan yang lebih abadi..dan hanya dikecapi oleh insan-insan yang beriman,,yang sangat merindui perjumpaan dengan penciptaannya iaitu ALLAH S.W.T...
   sahabat,, ingatlah Allah tak pernah menzalimi diri kita,,malah jauh sekali..Allah menguji kita kerana tanda DIA begitu SAYANG,CINTA dan RINDU kepada kita..DIA rindu untuk mendengar rintihan kepada kita...Ujian itu adalah tanda Allah sentiasa mengingati kita..Allah tak nak kita lupa kepad-NYA..bukankah dengan ujian itu kita menjadi semakin dekat dengan Allah?..ya,,apabila kita susah dan derita kita akan mudah ingat Allah..sebab itu Allah menguji kita supaya kita tak lupa pada –NYA,,dan hanyut dengan tipu daya dunia...dan ingatlah,,,apabila seseorang itu semakin menuju Allah,,maka  semakin tinggi juga ujian yang akan diterima-NYA....itu kerana Allah sangat menyayanginya...

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
“Sungguh ,besarnya pahala adalh setimpal cubaan ; Dan sungguh ,Allah s.w.t apabila mencintai sesuatu kaum, ALLAH akan menguji mereka dengan cubaan.Untuk itu, barangsiapa yang reda dengan ujian tersebut,maka baginya kerdaan dari ALLAH sedang barangsiapa yang marah,maka baginya kemarahan dari Allah”. [ HR. Tirmizi ]

Kesan Maksiat dan Dosa


Dosa dan noda yang dilakukan manusia sesungguhnya mendatangkan banyak keburukan atau kerosakan kepada kehidupan sejagat,khususnya tehadap diri manusia sama ada jasmani dan rohani.Di antara kesan buruk dari segi rohani ialah terhalang cahaya ilmu,menggelapkan hati dan lupa menjujung perntah dan suruhan ALLAH...

1)Terhalang Cahaya Ilmu

    Iman Syafie sejak kecil adalah seorang pelajar yang cerdas serta mempunyai daya ingatan istimewa.Beliau hafaz Al-Quran sejak berusia  7 tahun.Beliau adalah seorang murid kepada Imam Malik.Antara kitab yang dipelajari dari gurunya ialah Al-Muwatta',sebuah kitab hadis.Ketika mentelaah kitab berkenaan beliau pernah dinasihati oleh Imam Malik seperti mana kata-kata berikut;
         "Allah s.w.t telah mengurniakan cahaya di hati anda,.Janganlah anda padamkan cahaya itu dengan     kegelapan maksiat."

   Nasihat ini bukan untuk Imam Syafie sahaja tetapi untuk seluruh manusia yang cemerlang akhlak dan berilmu pengetahuan.

 Lalu Imam Syafie mengarang sebuah syair yang bermaksud:
       "ketahuilah bahawa ilmu itu suatu keistmewaan .Dan keistimewaan Allah tidak dberikan kepada pelaku maksiat."

2)Mengelapkan Hati

   Melakukan suatu dosa boleh menyebabkan hati menjadi gelap dan susah menerima hidayah Allah s.w.t.Mengikut Abu Hurairah,rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud, "sesungguhnya apabla seseorang itu melakukan satu kesalahan,munculah satu titik hitam dalam hatinya,jika ia meninggalkan kesalahan itu dengan beristighfar dan bertaubat maka hatinya kembali besih dan apabila ia mengulangi kesalahan,bertambah titik-titik hitam itu dalam hatinya sehingga menutupi cahaya hati,yang mana  disebutkan oleh Allah s.w.t.."Sebenarnya (pada ayat-ayat kami tdak ada cacatnya)bahkan mata hati,mereka telah diselaputi kekotoran (dosa) dengan sebab (perbuatan kufur dn maksiat) yang mereka kerjakan."(Riwayat Tarmizi)

Menurut huraian Imam Al-Ghazali,apabila karat dan kotoran telah menebal di hati,ia bertukar menjadi tabiat.Keadaan ini samalah seperti daki-daki dan kotoran yang melekat dipermukaan cermin.Semakin lama keotoran itu dibiarkan dan tidak dibersihkan akhirnya terserap dalam zat cermin itu hingga menjadi rosak .Keadaanya samalah seperti hati yg sebati dgn maksiat.

3) Lupa Menjunjung Perintah ALLAH S.W.T.

   Perbuatan maksiat boleh menyebabkan seseorang itu lalai serta lupa melakukan ketaatan dan kerja-kerja kebaikan.Firman ALLAH S.W.T.:"Dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang telah melupakan( perintah-perintah) Allah,lalu menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan )diri mereka .Mereka itulah orang-orang fasik(derhaka)"

 Hati ibarat cermin.Cermin boleh jadi gelap apabila banyak kekotoran melekat padanya.Demikian hati,menjadi gelap akibat dosa-dosa yang kita lakukan.Hati yang gelap sukar menembusi cahaya hidayah Allah s.w.t.Oleh itu setiap orang islam atau mukmin hendaklah bersihkan hatinya dengan beristighfar ,taubat dan meninggalkan maksiat di samping melakukan ketaatan kepada ALLAH.

"Ya Allah,ampunilah segala dosa kami,pimpinkanlah hati kami ke jalan yang diredai-MU"


"Ya Allah,ampunkanlah segala dosa hamba-MU yang hina ini,sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang"

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.