Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


" I'm Not From SMK Agama but i like wearing tudung labuh"


Assalamualaikum buat sahabat ana,,in shaa Allah,,hari ni ana nak cerita serba sedikit pengalaman hidup ana..mudah-mudahan mampu memberi manfaat buat anda.inshaa'Allah..





Ana antara seorang yang pakai labuh..tapi nak kata labuh sangat tu takde lah..tapi ana pakai tudung bidang 60'...tapi ana bukan dari sekolah agama dan ana juga dari keluarga yang biasa-biasa sahaja..dulu,,ke mana ana pergi pasti mereka tanya : awak ni mesti sekolah agama kan?....time mereka tanya,, ana rasa malu sangat nak jawab sbb ana hanya dari sekolah harian biasa...tapi ana sedih kerana masih ramai yang salah faham mengenai tudung labuh..mereka hanya mengganggap hanya pelajar dari aliran agama je yang perlu pakai tudung labuh..padahal  bertudung labuh itu  adalah satu perintah Allah kerana bertudung labuh membolehkan kita menutup aurat dengan sempurna...tapi kalau kita bertudung singkat tapi ia mampu menutup aurat kita,,tak de masalah..boleh je pakai..^_^..tapi tidak kah kita rasa bertudung labuh itu satu yang indah?

Allah berfirman yang bermaksud :

"....dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...."
  (Surah An-Nur : ayat 31 )

Dulu ana juga seorang yg biasa-biasa,,tudung kadang2 singkat,,kadang-kadang boleh nampak rambut sbb time tu rambut pnjg sangat..stokin pun ana tak pakai..dulu ana lain sebab ana tak betul2 faham mengenai penutupan aurat yang betul...malah,banyak benda ana tak faham mengenai agama..tapi ana tetap seorang yang kurang bersosial sehinggalah sekarang..hehe..tapi apabila ana faham semua ni,,ana berusaha untuk berubah..

Bila ana mula rasa untuk berubah??

Ana start nak berubah apabila ana terlihat tingkah laku junior ana sendiri..dia sekolah kat ana tapi dia amik aliran bahasa arab..seingat ana time tu dia form 2 and ana form 3..ana tengok cara dia berpakaian dan sikap dia yang sentiasa berkeyakinan membuat diri ana tertarik untuk mengikutnya..time tu ana tak kenal sangat dia..erm,mula-mula ana berubah dengan pakai handsock..mula-mula pakai itu memang ada dugaan..yelah,,apabila kita berubah untuk menjadi baik,pasti ada yang pandang serong..itu semua lumrah kehidupan..mereka cakap ana skema sbb pakai handsock ..tapi ana tak marah sbb mgkin  mereka tak faham..Alhamdulillah,,time tu juga Allah masukkan dalam hati ana untuk sukakan kebaikan dan berubah menjadi hambaNYA yang baik...Alhamdulillah...

Bila Start Pakai Tudung Labuh..?

Masa ana form 4 : Apabila ana tengok junior ana tu bertudung labuh,,ana teringin nak pakai macam dia,,jadi ana suruh mak ana jahit tudung tu labuh sikit..tapi takdelah labuh sangat..time ni ana dah mula kenal junior ana tu..kitaorang kenal sbb satu group pertandingan nasyid..Alhamdulillah,,seronok berkawan dgn dia..banyak benda yang ana pelajari dari dia..Dan Alhamdulillah dari hari ke hari ana semakin rapat dengan dia sebab ana juga satu group kawat kaki dgn dia...dan sekarang dia adalah adik angkat ana.hehe..nama dia NUR SABRINA...Alhamdulillah melalui dia Allah kurniakan hidayah buat diri ana..terima kasih Ya Allah..

Apabila ana naik form 5,ana suruh mak ana jahit tudung tu labuh sikit dari ana form 4..masa ana form 5,,adik angkat ana dah pindah sekolah..dia sekolah Agama IMTIAZ...Tapi ana still contact dgn dia...Alhamdulillah,,mudah-mudahan persahabtan ana dengan dia sentiasa berkekalan hingga ke syurga..aamiin..

#pesanan buat adik sabrina : terima kasih sbb banyak beri inspirasi pada akak.. akak sayang adik kerana Allah,,minta maaf sbb kdg2 tak balas mesej..sbnarnya akak lupa nak balas,,tapi apa2 adik sentiasa di hati..jangan risau ye. ^_^


Erm time ana f5,,ana still tak pakai stokin dan time ni ana start pakai tudung labuh bidang 50'...Alhamdulillah,,apabila ana habis sekolah ana mula start berubah lagi...ana mula start pakai stokin...first pakai stokin ialah time amik result..tapi ana tak istiqamah pakai stokin,,sehinggalah ana bercuti ke rumah cousin ana..dari situlah ana terbuka hati nak istiqamah pakai stokin..cousin ana tu kembar dan dia pelajar maahad..jadi penutupan aurat sangat bagus..ana mula rase malu sbb dia selalu pakai stokin apabila keluar rumah sedangkan ana tak pakai..jadi start haritu ana berusaha pakai stokin..Alhamdulillah,,skrg ana baru faham,,kenapa perlu pakai stokin..kaki tu sebenarnya aurat,,secara sejujur sebelum ni ana tak pernah tahu kaki tu aurat..Astaghfirullah,,betapa jahilnya diri ana.... 

Alhamdulillah,,sekarang Allah bagi kekuatan kat diri ana untuk istiqamah menutup aurat..Ana start pakai tudung bidang 60' ketika ana belajar kat asasi Uitm Puncak Alam,,time tu ramai org ingat ana dari sekolah agama..tapi sebenarnya tak pun..hehe..tapi ana dah tak kesah..hehe....masa ana pakai tudung labuh,,ramai sahabat ana cakap nak pakai macam ana...ana pun cakap kat dia :'In Shaa Allah,,suatu ari nanti awak pasti akan tudung labuh,,in shaa Allah, saya doakan Allah makbulkan niat awak itu"...Subhanallah,,pakai tudung labuh tu sangat menenangkan..Alhamdulillah,,terima kasih Ya Allah atas nikmat yang berikan ni..Ya Allah,,bantulah hambaMU ni untuk istiqamah di jalanMU..IN SHAA 'ALLAH..

#PESANAN BUAT SAHABAT :..kepada sahabat yang berniat untuk bertudung labuh,,,Alhamdulillah,,itu satu niat yang mulia..berdoalah banyak kat2 Allah supaya Allah bantu kita untuk berubah..hanya Allah sahaja yang mampu menolong kita..walaupun kita dipandang rendah apabila hendak berubah,jangan pernah putus asa dan rasa sedih kerana Allah bersama kita..kita berubah bukan kerana manusia tapi kerana kita ingin cari reda Allah.. ^_^...



Aku Belajar Kerana Allah..In Shaa Allah..




Alhamdulillah,,hari ana masih diberi peluang oleh ‘KEKASIH HATI” ana untuk terus bernafas  dibumiNYA…

Alhamdulillah,,syukur  tak terhingga juga  kepadaNYA atas segala nikmat yang diberikan olehNYA kepada ana.Subhanallah,,kalau nak dihitung segala nikmat kurniaan NYA ,pasti tak terhitung banyaknya..mudah-mudahan Allah masukkan kita dalam golongan yang sentiasa bersyukur..in shaa Allah,,,aamiin..

Subhanallah,,dah lama rasanya tak update blog ni…mungkin sebab ana busy dengan study..Tapi , Alhamdulillah,,semua nya berjalan dengan lancer,,sem 2 sudah berakhir,,result pun dah keluar..Alhamdulillah,,result sem 2 semua ok dan meningkat sikit dari sem 1..Alhamdulillah,,semuanya kurniaan dari Yang Maha Pengasih..

Erm,,sekarang ni ana tengah menghitung hari untuk kembali semula menuntut ilmu..rasa sedih mula menghiggap dalam jiwa ana kerana terpaksa berpisah dengan sahabat karib ana iaitu MY PARENTS..After Allah and Rasulullah,,merekalah sahabat sejati ana dunia dan akhirat,in shaa Allah ..umi,Abah,, I love you so much.. I always pray to Allah, semoga Allah sentiasa merahmati mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga di  akhirat nanti..aamiin Ya Allah…

Tapi,,apa-apa pun ana perlu teruskan pelajaran ana..in shaa Allah,,ana akan belajar bersungguh-sungguh ..tapi bukan kerana sekeping ijazah,bukan kerana pekerjaan dan bukan kerana pangkat dan nama tapi kerana Yang Maha Satu. In Shaa Allah,,ana nak belajar sungguh-sungguh kerana nak bantu mak ayah,tok dan tok ki ana dan keluarga ana…ana nak berbakti kepada mereka  kerana itu adalah perintah Ilahi..anak nak jadi anak yang solehah kerana ana sayang Allah..kalau kita sayang Allah,,maka hendaklah kita melakukan perintah NYA…

Ana nak belajar sunguh-sungguh  supaya apabila ana Berjaya suatu hari nanti ana dapat berbakti pada umat islam.melalui pekerjaan ana,,ana nak mengajak mereka kearah kebaikan..in shaa Allah…Dan paling utama,ana nak menyumbangkan duit yang ana dapat melalui pekerjaan ana nanti kepda saudara ana kat luar sana,Mesir,Egypt.Palestin,Syria dan lain-lain…in shaa Allah..mudah-mudahan Allah permudah segalanya..aamiin

Buat sahabat-sahabat ana,,sama –sama lah ye kita belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti kita dapat berbakti kat ibu bapa,kelurga dan umat islam..dan yang utama belajarlah kerana Allah..jangan biarkan kesibukan  kamu belajar itu membuatkan dirimu alpa dengan perintahNYA..jangan ye wahai sahabat…sama-sama kita cari reda Allah!!..



# In Shaa Allah,,I wanna be a muttaqin pharmacist for ummah one day!!



~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.