Bismillah…
Pernah tak kita sedar…Kdg2 apabila menghadapi suatu prkara yg kita tak ingini pasti kita semua tak terlepas / tak tersengaja dri berkata : …erm, kalau aku tak buat mcm tu, pasti tak akan berlaku... , kalau lah aku tak pilih tajuk tu,pasti..…,,kalau lah aku betul2 check soalan tadi, pasti tak tertinggal….,dan mcm2 lagi la….
Betul tak?...
Tapi….mulai hari ni..
Sebelum kita berkata begitu ,, jom kita taddabur surat cinta Allah buat kita..jom!!!..
" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." ( surah Al-Hadid : ayat 21-22 )
Subhanallah, indah sungguh ayat di atas kan??...Allahu’akbar…
Dalam ayat di atas ,, Allah memujuk hati hamba-hambaNYA utk tidak bersedih dgn apa yg dah berlaku pada diri mereka…kerana Allah bagtahu dlm ayatNYA itu bhwa setiap apa yg berlaku itu telah ditulis Allah dalam kitabNYA….
Maka, usah bersedih atau menyesal…dan jngn sesekali berkata “kalau”…sbb, walaupan kita berusaha utk mengelak daripda berlakunya musibah itu,pasti ia tetap berlaku kerana Allah dah tetapkannya dalam kitabNYA..nak atau tk nak,ia pasti berlaku..knpe?..kerana inshaAllah setiap yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi..
In shaAllah, mungkin musibah itu utk menjadi pengajaran buat kita supaya lebih berhati2 pada masa akn dtg..mungkin juga sbgai muhasabah pd diri kita,supaya kita selalu ingt Allah..dan mungkin itu juga utk menguji tahap keimanan hambaNYA…so,always think positive and bersangka baik dgn Allah… kerana Allah tdk pernah mezalimi diri kita.malah,tidak sama sekali..
So,sebagai org beriman, apabila diuji..tabahkan hati dan selalu pujuk hati bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya..jika rase mahu sedih or nangis,maka lakukannya kerana kdg2 sedih itu mampu menenangkan hati kita..tapi sedih yg beagaimana??...sedih dan menangislah dihadapan Allah sambil memohon pertolongn dan kekuatan drpd Allah..dan mengadulah pada Allah yg kita ni lemah sngt2 dan sangat memerlukan pertolonganNYA..dan memohonla padaNya agar di ganti musibah ini dgn perkara yg lebih baik….InshaAllah..
~Tika air mata ingin menitis dari matamu,ingatlah yg Allah itu sentiasa ada bersamamu..DIA tahu hatimu,DIA tahu segala yg ditanggung olehmu..jika kamu merasa keseorangan,kamu sebenarnya salah kerana Allah sentiasa ada dekat denganmu..Cuma kamu kdg2 lupa akan kehadiranNYA disisimu..maka,mengapa kamu perlu lemah?.bukankah kita ada Allah yang Maha Besar lagi Maha Kuasa?..maka bangunlah,dan melangkah ke hadapan kerana kita ada Allah yg menguatkan ~
CUKUPLAH ALLAH BAGIKU..
Cintaku Hanya Untuk Allah
Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :
“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat
"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."
Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan
~ JANGAN PERNAH HINA OR BENCI SESEORANG~
Student A : Awak,, ce awak tengok kat sana..teruknya pakaian dia...tudung tak pakai,,pakaian pulak ketat je…Astaghfirullahal’azim..malunya…..
Aa’a,, tu sorang lagi..ce awak tengok kat sana..nampak macam budak sekolah lagi..tapi gaya mcm dah dewasa..berpegang tangan…Allahu’akbar,,kecil2 dah pandai couple..mesti kesian mak ayah diaorang kalau dpt tahu…..
Student B :..ermm.saya pun tak tahu nak kata apa…tapi kan awak,,sebagai orang Islam kan, kita tak baik kutuk, hina or benci seseorang tu ..Rasulullah sendiri pun mengajar kita supaya tak benci sesame saudara seislam….erm,,memang betul dia melakukan maksiat..tapi, kita tak boleh sesekali membenci dia..tapi yang perlu kita benci ialah perbuataan maksiat yang dia lakukan…
Student A : aik,, Kenapa kita perlu benci maksiaat yg dia buat je awak?..bukan ke dia tu jahat juga sbb buat maksiat…tak kan kita nak suka pulak kat dia sedangkan dia buat maksiat…malukan agama kita je awak,,tu lah saya benci tengok org macam tu….
Student B : Astaghfirullahal’azim……awak,,tak baik kata macam tu…..awak,kalau awak nak tahu knpa kita perlu benci maksiat yg dilakukannya je dan bukan orgnya,,sebab kita tak tahu keadaannya..kita tak tahu hati dia..mungkin dalam hati dia,,dia nak berubah sangat2 tapi di sebabkan masalah tertentu dia masih belum mampu melakukannya…
Fitrah manusia sendiri sukakan kebaikan..mungkin hari ini kita tengok dia lebih teruk dari kita , tapi hari-hari esok kita tak tahu dia macam mana..mungkin dia lebih mulia dan baik dari kita..In shaa Allah…..so, kita tak boleh sesekali sangka buruk kat seseorang tu…sangka buruk itu boleh menghapuskan amalan kebaikan kita tau…
Erm , saya teringat kata seorang ustaz , dia kata “ kalau Islam tu ada dalam diri dan hati kita, pasti akan wujud kasih sayang dalam hati kita..dan apabila kita lihat orang yg bermaksiat kita tak akan mengutuk dia..tapiii, kita akan rasa kasihan melihat dia, kerana dia masih jauh dari Allah,,Dan kalau dia mampu tegur, dia akan tegur tapi jika dia tak mampu dia akan berdoa supaya Allah beri petunjuk kepada pelaku maksiat tersebut…kerana dia sedar orang Islam tu bersaudara.” .. wallahu’alam..
Student A : Alhamdulillah,, terima kasih awak atas kata nasihat tu..betul kata awak…Allah tak tengok permulaan kita tapi Allah tengok pengakhiran kita..Astaghfirullahal’azim,,semoga Allah ampunkan segala dosa saya kerana bersangka buruk dan membenci saudara sendiri… T_T….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Jangan sesekali kita menyangka yang tidak menutup aurat atau yang melakukan banyak maksiat itu hina...
mgkin kita tidak tahu hati mereka macam mane..
sejahat mana pun manusia,sebenarnya jauh di sudut hati mereka,,mereka ingin berubah menjadi baik kerana fitrah manusia sendiri suka akan kebaikan...
cuma mungkin mereka masih tidak mampu berubah kerana disebabkan faktor persekitaran ,keluarga ataupun lain-lain...
maka,,jangan sesekali kita menghina mereka..tapi kasihani mereka dan berdoalah buat mereka mudah-mudah Allah lembutkan hati mereka untuk berubah dan permudahkan urusan mereka mencari reda Allah,,in shaa Allah..
Pernah,,dulu ada seorang sahabat yang tidak bertudung,,,apabila saya biasa menasihati dia tapi bukan mengenai menutup aurat ,,tapi saya menasihati dia mengenai pelajaran...
Alhamdulillah hatinya lembut dan sukakan kebaikan,,dan apabila saya nasihat menggunakan ayat2 Al-Quran,dia cakap Al-Quran itu sangat indah dan menenangkan dirinya,,,,
Subhanallah,,bertapa lembut hati manusia ni andai kita sirami dgn ayat-ayat Al-Quran..dan dia pernah cakap nak berubah tapi dia masih belum mampu kerana sbb tertentu,,Tapi sekarang dah lama tak jupa dia..ape2 pun semoga Allah merahmati dia sekeluarga dan memudahkan urusannya utk berubah,,in shaa Allah..
Sebagai saudara Islam,,sama-samalah kita berdoa buat mereka yang masih jauh dari Allah,,mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kpd mereka..in shaa Allah..
WALLAHU'ALAM...
~ Yang baik semua dtg daripd Allah, yg kurang adalah dari kelemahan diri saya sendiri~
Istiqamah dalam ibadah
Bismillahirrahmanirrahim...
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar....
Syukur Alhamdulillah pada Allah kerana masa beri peluang pada saya untuk memperbaiki diri saya ke arah yg lebih baik..mudah-mudahan sisa-sisa umur yang ada ini akan di berkati Allah dan dipermudahkan oleh NYA untuk melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala laranganNYA..in shaa Allah
sedar tak sedar..Alhamdulillah dah 3 hari dah berada kat Puncak Alam dan dah 2 hari attend class..Alhamdulillah,syukur pada Allah sangat kerana masih berpeluang menuntut ilmu di sini...
Alhamdulillah,,syukur pada Allah sbb ari ni Allah mengizinkan saya dan housemates untuk menghadirkan diri ke tempat yg sangat indah iaitu "Taman Syurga "..Taman Syurga???...hehe...it is actually Majis Ilmu...Ermm, really miss Surau Al-Furqan and Alhamdulillah tonight Allah brought me and others friend there..
In shaa Allah, in this entry i will share with you all what i had got from Majlis Ilmu....
Tapi ilmu yg dapat tadi sikit je sebab kami pegi lambat...Tapi, sikit atau banyak ilmu yg kita dapat, it is not important..but the important is sejauh mana we use or apply these knowledge in our routines life..yes!.that's more important!!!.
In shaa Allah, tadi sempat dengar Ustaz menerangkan pasal istiqamah..Nak istiqamah dalam melakukan kebaikan ni memang susah..ye lah,,kita ni manusia biasa yg lemah.kadang-kadang iman akan naik dan kdg2 akan turun...maka, time turun tu lah yg paling susah....Tapi apa yang ustaz tu pesan,,dia cakap menurut Imam Al-Ghazali, ada beberapa proses untuk mencapai istiqamah iaitu dalam melakukan kebaikan atau perintah Allah,,kita kena paksa diri kita melakukan sesuatu perkara..in shaa Allah melalui paksa itu maka akan menjadi kebiasaan dalam diri kita. Dan apabila dah jadi kebiasaan maka ianya pula akan menjadi personaliti diri kita dan akhirnya jadilah kita istiqamah dalam melakukan perkara tersebut....
so, the conclusion how to be a istiqamah person is :
PAKSA --> JADI KEBIASAAN --> JADI PERSONALITI DALAM DIRI KITA--> TERBIT ISTIQAMAH.
In shaa Allah, tambahan daripada pandangan saya sendiri,,kita juga mesti bersabar ,solat dan berdoa sebanyak yang mungkin pada Allah secara tidak putus-putus mudah-mudahan Allah bantu kita untuk terus istiqmah...
Allah swt berfirman yg bermaksud :
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah : ayat 153 )
Selain tu Ustaz bagitahu ada 7 kelebihan Istiqamah :
1. Allah turunkan malaikat
2. Tiada rasa takut
3. Tidak rasa gelisah atau sedih
4. Diberi khabar gembira mengenai syurga
5.Para Malaikat akan menjadi pelindung kpd kita dunia dan akhirat
6. cita-cita dan impian akan tercapai
7. Hajat dan permintaan akan dimakbulkan.
In shaa Allah, 7 kelebihan istiqamah ni adalah berdasarkan dalam ayat Al-Quran iaitu surah Al-Fussilat ayat 30- 3 yg bermaksud :
In shaa Allah,sama-sama kita amalkan ilmu yg kita perolehi kerana Imu yg kita perolehi akan menjadi sia-sia andai kita tak mengamalkannya....
Mudah-mudahan kita semua di beri kekuatan untuk istiqmah..aamiin..
Akhir Kalam ,, Selagi kita belum BERTEMU DGN ALLAH, Jangan pernah berhenti atau mengalah..teruskanlah melangkah walaupun terasa berat kerana Allah sentiasa bersama kita..
Buatlah sesuatu hanya kerana Allah dan hanya kerana mengharapkan redaNYA semata-mata......

" Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu)
"sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"
In shaa Allah,sama-sama kita amalkan ilmu yg kita perolehi kerana Imu yg kita perolehi akan menjadi sia-sia andai kita tak mengamalkannya....
Mudah-mudahan kita semua di beri kekuatan untuk istiqmah..aamiin..
Akhir Kalam ,, Selagi kita belum BERTEMU DGN ALLAH, Jangan pernah berhenti atau mengalah..teruskanlah melangkah walaupun terasa berat kerana Allah sentiasa bersama kita..
Buatlah sesuatu hanya kerana Allah dan hanya kerana mengharapkan redaNYA semata-mata......
Langgan:
Catatan (Atom)
~KEINSAFAN~
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.