Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


"..UiTM Puncak Alam di Hatiku.."

             Alhamdulilah,,segala puji bagi Allah kerana masih menginzinkan ana bernafas di muka bumiNYA..SUBHANALLAH,,dah lama rasanya ana tak update blog..dah setahun agaknya..Alhamdulillah sekarang ana sedang menuntut di UITM Puncak Alam..tempat belajar  yang sama time ana asasi dulu…walaupun ana tak minta UiTM Puncak Alam time permohonan dulu,,tapi ana sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang ana untuk sambung belajar kat sini…sebenarnya banyak manfaat yang ana dapat kat PALAM …..sebelum melangkah ke PALAM,,memang terasa berat kerana niat di hati ingin sambung belajar di universiti lain..namun,apa kan daya ALLAH S.W.T lebih tahu apa yang terbaik buat diri ana..Alhamdulillah,,sekarang ana rasa bersyukur  sangat dan baru sekarang ana tahu kenapa ALLAH takdirkan ana sambung belajar kat sini…Alhamdulillah,kat sinilah ana mula  kenal jalan dakwah,usrah ,halaqah dan macam-macam lagi,,,Alhamdulillah sangat dan terima kasih sangat kepada Allah kerana memperkenankan doa ana…inilah jalan yang ana cari-cari selama ini….Ana harap ALLAH sentiasa istiqamahkan hati ana di jalan-NYA kerana ana tahu tiada jalan yang paling bahagia melainkan berada di jalan-NYA..walaupun jalan ni penuh dengan duri,namun ia tetap manis kerana kesakitan ini hanyalah sementara..insya-ALLAH,,nikmat di akhirat itulah yang jauh lebih hebat dan tinggi…


Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). "             [Surah Al-Ankaboot,29 :ayat 64 ]

3 ulasan:

  1. assalamualaikum, hai sye pon student puncak alam. actually mcm mne nk join usrah dekat sini eah? sye tak tau nk tnye sape. harap akak dpt membantu 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamu'alaikum najihah...berminat nk join usrah ke...awk boleh cari ahli PRM (Persatuan Rakan Masjid)..nnti bgthu diaorg yg awk berminat nk join usrah..boleh?😍

      Padam
    2. waalaikumsalam 😊 inshaAllah boleh2. terima kasih 😊

      Padam

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.