Assalamualaikum...Alhamdulillah,,,bersyukur
kepada Allah kerana memberi peluang pada ana untuk
bernafas...”ALHAMDULILLAH”...
INSHA-ALLAH,hari ni ana nak
kongsikan kat sahabat semua mengenai result exam sem 1 ana dan sahabat2 ana
yang lain...ALHAMDULILLAH,,bersyukur tak terhingga kepada Yang Maha Kuasa
kerana memberi result yg terbaik buat kami...ALHAMDULILLAH,,ana bersyukur
sangat walaupun result ana taklah setinggi kawan-kawan ana yang
lain..tapi,,syukur ALHAMDULILLAH sebab lulus semua...ALHAMDULILLAH,,ade jgk
sahabat ana yg berjaye mendapat dekan...ALHAMDULILLAH itu semua rezeki daripada Allah
buat mereka...
Sahabat,,,tak kira macam
mane pun result yang kita dapat,,kita mesti terima dengan hati yang terbuka dan
bersyukur..sekalipun kita dapat result yang paling rendah berbanding sahabat kita
yang lain,,kita juga tetap perlu mengucap “ALHAMDULILLAH”...sebab Allah dah
berjanji kepada hamba-NYA ,,kalau kita sentiasa bersyukur di atas nikmat yang
sikit insya-ALLAH,,ALLAH akan menambah nikmat yang lebih baik dan banyak buat kita..insya-ALLAH,,kalau
bersyukur dengan result yang kita dapat sekarang,insha-ALLAH, ,,nanti next time
Alllah akan bagi result yang lebih bagus kat kita..tapi,,dengan syarat kita
juga perlu berusaha dengan lebih bersungguh2 dan banyakkan bergantung kepada
ALLAH.....ALLAH sangat sayang dan suka kepada hamba-NYA yang meletakkan
pergantungan hanya kepada-NYA...
Allah says (interpretation of the meaning):
"If you are grateful, I will give you more" (Qur'an 14:7)
Sahabat,, ana juga nak
berpesan kat diri ana sendiri dan kat sahabat2 semua,,,jangan pernah sesekali
merasa cemburu dan dengki dengan
kejayaan sahabat2 kita...tapi kalau kita nak contohi kejayaan sahabat kita
takpe....kita tak boleh rase dengki kat mereka sebab dengki tu boleh
menghapuskan segala kebaikan yang ada pada diri kita..Astaghfirullah,,mohon
jauh daripada perkara tersebut.....
Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud:
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang
manusia antara iman dan dengki"
(Riwayat
Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana
sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan
kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.
sahabat mesti ingat bahawa segala apa yang
kita dapat dan apa yang kawan kita dapat sebenarnya adalah rezeki yang telah
ditetapkan Allah buat kita,,,kejayaan sahabat2 kita jugak adalah anugerah Allah
buat mereka,,jadi kalau kita jelous dan tak berpuas hati dengan kejayaan
mereka,,ini bermakna kita juga tak meredai kehendak Allah...Nauzibillah,,,mohon
jauh daripada ini semua...Sahabat,
bukankah Allah itu sangat baik dan Maha Penyayang?..Allah sangat sayang
kat kita..Allah juga Tuhan Yang Maha Adil...Dia tak akan pernah pilih kasih
terhadap hamba-hambaNYA...INSYA-ALLAH,,apabila DIA memberi kejayaan yang cemerlang
buat sahabat kita,,DIA juga akan memberi kejayaan yang cemerlang buat
kita..Cuma yang beza ialah masa...mungkin kejayaan yang cemerlang yang kita
akan kecapi bukan hari
ni,,tapi,,insya-ALLAH,, mungkin di lain masa...tapi ingatlah Allah tak pernah
menganiayai kita...malah jauh sekali....apa yang kita hadapi dalam kehidupan ni
semuanya adalah lumrah kehidupan dan hanyalah untuk menguji sejauh mana tingkat
keimanan kita...sahabat semua,,jadilah seorang sahabat yang baik di
mana,,apabila sahabat kita berjaya kita tumpang gembira atas kejayaan mereka
dan jauh dari perasaan dengki terhadap mereka,,dan apabila mereka di timpa
musibah,,kita turut merasa sedih..dan jadilah sahabat yang sentiasa mengajak
sahabat ke arah kebaikan iaitu jalan mencari reda ILAHI,,insha-ALLAH,,,
Rasulullah SAW bersabda :
"Janganlah kamu saling memutuskan
silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu
saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya
jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim
itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".
[ hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmidhi dan Nasa’i ]
Dalam hadis lain Nabi s.a.w menyebut :
“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh
menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah
akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya
Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang
menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari
kiamat. (riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga
dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."
(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)
Dan akhir sekali dari diri
ana,,,janganlah terlalu sedih dan risau akan musibah atau kegagalan yang kita
hadapi kat dunia ni..bukankah setiap musibah itu terselit hikmah?..Allah tak
akan uji kita melainkan pasti ada rahmat yang akan DIA kurniakan buat kita
...dan ingatlah sahabat,,tiada istilah kegagalan kat dunia ni kerana setiap
kegagalan itu mampu dijadikan pendorong kejayaan.. kalau kita tengok berapa ramai
orang yang gagal pada mulanya , tapi ALHAMDULILLAH,, akhirnya mereka tetap
berjaya...sahabat,,risaulah ,takutlah dan sedihlah apabila mengenang nasib kita
kat akhirat kelak ...di mana apabila kita gagal kat sana,kita akan gagal buat
selama-lamanya..gagal kat sana= neraka....
ALLAH SWT berfirman dalam
Surah Al-Waqiah yang bermaksud:
“Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
(11) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga
yang penuh nikmat. (12) (Di
antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang
yang datang kemudian.” (14) ..
Kalau kita
tengok ayat cinta Allah kat atas...Allah swt bagitahu kat kita bahawa sangat sikit golongan terkemudian
yg masuk syurga...sahabat,,tahu tak siapa golongan terkemudian?..itu lah
golongan umat nabi Muhammad saw iaitu
kita...jadi kita sepatutnya berasa sedih dan takut sekiranya kita tidak
tergolong dalam kumpulan yang sikit itu...sahabat,,sekarang sama2 lah kita
berusaha menigkatkan amalan kita ...mudah-mudahan ianya boleh menjadi bekalan kat akhirat sana..insya-ALLAH,,AAMIIN...sama2lah kita berjuang menegakkan agama ALLAH...DAN ingatlah sahabat bahawa
Allah tidak melihat kepandaian ,pangkat
ataupun rupa paras kita.,,tetapi ALLAH hanya melihat hati dan amalan kita...let's change our attitude and increase our ibadah!! Do it because of ALLAH,,and always remember that only person who enter the HEAVEN can meet with ALLAH..If you want to meet with ALLAH SWT and RASULULLAH SAW in JANNAH,,please,,,change yourself!!...let's together change ourselves now..!!..^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan