Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


Al-Furqan Di Hatiku…

Bismillah...

“ Al-Furqan “…..itulah nama surau yang berada tidak jauh dari rumah sewa ana di Puncak Alam...Bermulanya sem 3, ana dah tak tinggal kat kolej lagi...ana duk umah sewa .Alhamdulillah,,pengalaman ana sepanjang duk umah sewa sangat seronok..walaupun byk perbelanjaan yg perlu dikeluarkan,,tapi bagi ana semuanya berbaloi..sebab ape?...sebab umah ana dekat sgt dgn Surau Al-Furqan….”No.17 Lorong Gugusan Alam 7/2 “…nilah alamat umah ana….^_^

Alhamdulillah,, ana kagum dgn surau ni kerana ia tidak pernah sunyi dgn tazkirah atau ceramah..setiap hari pasti ada pengisian daripada ustaz atau penceramah…malah suasana di surau ni juga sangat meriah terutamanya apabila menjelang waktu maghrib….kenapa?...sebabnya ramai anak-anak kecil yg datang ke surau ni bersama family mereka…

Alhamdulillah,,kadang-kadang ana kagum dgn kanak-kanak di kawasan perumahan ni..mana tak kagumnya..usia baru 2,3 or 4 tahun dah pandai solat, dah pakai stoking…malah penutupan aurat mereka,subhanAllah sejuk mata ana memandang…apabila ana imbas zaman ana kecik2,,rasa malu pulak..sangat berbeza dgn anak-anak di sini…Alhamdulillah,,ana yakin itu adalah hasil didikan dari seorang ibu dan bapa yg mengharapkan keredaan dari Allah…

Apabila teringat surau Al-Furqan, pasti terbit rasa rindu dalam hati ana..rindu nak mendengar tazkirah  dan nasihat-nasihat di sana...ana ingat , ceramah pada malam last ana kat sana sebelum ana pulang ialah mengenai  “ Mardhotillah ”,,jika tak silap ana...Alhamdulillah dalam tazkirah tu banyak yang ana dapat…antaranya:

Allah itu Maha Pengampun dan sangat menyayangi dan mencintai hamba-hambaNYA yg datang padaNYA utk memohon keampunan...Sesunggunhnya keampunan itu sangat luas..walaupun sejahat mana kita in shaa Allah,,Allah tetap bersedia memaafkan kita..Selagi kita masih bernafas dan selagi matahari tidak terbit di sebelah barat, selagi itu kita masih berpeluang untuk bertaubat dan kembali pada Allah…

Dalam tazkirah tu juga ustaz ada share satu ayat quran yg bermaksud :

“Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. 
“Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.”
( Surah Yunus 10 : ayat 90 dan 91 )

Dalam ayat ni ,apa yang Allah nak ingatkan kita ialah bahawa Allah tak akan terima taubat orang yg bertaubat last minit..maksudnya Allah tak akan terima taubat seseorang yang apabila dah nak mati atau nyawa dah sampai kat kerongkong baru lah nak menyesal dan bertaubat..maka, sia-sialah taubat seperti ni..

Buat sahabat semua, jom kita muhasabah diri sama-sama..janganlah kita jadi seperti Firaun…Jom,,sama-sama lah kita guna baki hidup yang kita ada ni untuk bertaubat dan membuat amal sebanyak yg mungkin..kerana apbila kita mati kelak,,kita dah tak boleh kembali lagi kat dunia..time tu,,kalau kita menyesal dan menangis darah sekali pun, kita sesekali tak akan mampu untuk kembali lagi kat dunia ni..dan menyesal di akhirat tidak berguna lagi..

Ingatlah bahawa Allah menciptakan dunia ni sebagai ladang untuk kita beramal,,dan akhirat itu tempat untuk kita mengutip hasil-hasil yg dah kita lakukan….

Jomlah kita menuju Allah kembali..Allah sentiasa menunggu kita utk kembali pada NYA kerana Allah itu syg sangat pada kita…..ingat, siapa kita sekarang,,pencuri ke, penzina ke, tak tutup aurat ke atau banyak mana pun dosa kita,,bertimbun2 macam gunung ke…itu semua tak penting..yang penting Allah itu Maha Penerima Taubat dan Sentiasa bersedia mengampuni hamba-hambaNYA yg bertaubat….

Ingat, Allah itu tidak seperti manusia..Apabila kita dah melakukan kesalahan kat seseorang walaupun ianya kecik  tapi tetap sukar bagi dia untuk memaafkan kita..Tapi berbeza dgn YANG MAHA AGUNG,,sebesar mana pun dosa kita,,Dia tetap bersedia memaafkan kita malah sangat menyayangi hambaNYA yang bertaubat…. ^_^

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda :

“Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

- Riwayat imam Tarmizi -




# peringatan buat diri sendiri juga



~ hamba yang berdosa ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.