Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


~..Semua yang Kita Dapat Adalah Rezeki Daripada Allah..~


      Assalamualaikum...Alhamdulillah,,,bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang pada ana untuk bernafas...”ALHAMDULILLAH”...

      INSHA-ALLAH,hari ni ana nak kongsikan kat sahabat semua mengenai result exam sem 1 ana dan sahabat2 ana yang lain...ALHAMDULILLAH,,bersyukur tak terhingga kepada Yang Maha Kuasa kerana memberi result yg terbaik buat kami...ALHAMDULILLAH,,ana bersyukur sangat walaupun result ana taklah setinggi kawan-kawan ana yang lain..tapi,,syukur ALHAMDULILLAH sebab lulus semua...ALHAMDULILLAH,,ade jgk sahabat ana yg berjaye mendapat dekan...ALHAMDULILLAH itu semua rezeki daripada Allah buat mereka...

       Sahabat,,,tak kira macam mane pun result yang kita dapat,,kita mesti terima dengan hati yang terbuka dan bersyukur..sekalipun kita dapat result yang paling rendah berbanding sahabat kita yang lain,,kita juga tetap perlu mengucap “ALHAMDULILLAH”...sebab Allah dah berjanji kepada hamba-NYA ,,kalau kita sentiasa bersyukur di atas nikmat yang sikit insya-ALLAH,,ALLAH akan menambah nikmat yang lebih baik dan banyak buat kita..insya-ALLAH,,kalau bersyukur dengan result yang kita dapat sekarang,insha-ALLAH, ,,nanti next time Alllah akan bagi result yang lebih bagus kat kita..tapi,,dengan syarat kita juga perlu berusaha dengan lebih bersungguh2 dan banyakkan bergantung kepada ALLAH.....ALLAH sangat sayang dan suka kepada hamba-NYA yang meletakkan pergantungan hanya kepada-NYA...


Allah says (interpretation of the meaning):
"If you are grateful, I will give you more" (Qur'an 14:7)


     Sahabat,, ana juga nak berpesan kat diri ana sendiri dan kat sahabat2 semua,,,jangan pernah sesekali merasa cemburu  dan dengki dengan kejayaan sahabat2 kita...tapi kalau kita nak contohi kejayaan sahabat kita takpe....kita tak boleh rase dengki kat mereka sebab dengki tu boleh menghapuskan segala kebaikan yang ada pada diri kita..Astaghfirullah,,mohon jauh daripada perkara tersebut.....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
   (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)     

Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.


    sahabat mesti ingat bahawa segala apa yang kita dapat dan apa yang kawan kita dapat sebenarnya adalah rezeki yang telah ditetapkan Allah buat kita,,,kejayaan sahabat2 kita jugak adalah anugerah Allah buat mereka,,jadi kalau kita jelous dan tak berpuas hati dengan kejayaan mereka,,ini bermakna kita juga tak meredai kehendak Allah...Nauzibillah,,,mohon jauh daripada ini semua...Sahabat,  bukankah Allah itu sangat baik dan Maha Penyayang?..Allah sangat sayang kat kita..Allah juga Tuhan Yang Maha Adil...Dia tak akan pernah pilih kasih terhadap hamba-hambaNYA...INSYA-ALLAH,,apabila DIA memberi kejayaan yang cemerlang buat sahabat kita,,DIA juga akan memberi kejayaan yang cemerlang buat kita..Cuma yang beza ialah masa...mungkin kejayaan yang cemerlang yang kita akan kecapi  bukan hari ni,,tapi,,insya-ALLAH,, mungkin di lain masa...tapi ingatlah Allah tak pernah menganiayai kita...malah jauh sekali....apa yang kita hadapi dalam kehidupan ni semuanya adalah lumrah kehidupan dan hanyalah untuk menguji sejauh mana tingkat keimanan kita...sahabat semua,,jadilah seorang sahabat yang baik di mana,,apabila sahabat kita berjaya kita tumpang gembira atas kejayaan mereka dan jauh dari perasaan dengki terhadap mereka,,dan apabila mereka di timpa musibah,,kita turut merasa sedih..dan jadilah sahabat yang sentiasa mengajak sahabat ke arah kebaikan iaitu jalan mencari reda ILAHI,,insha-ALLAH,,,


Rasulullah SAW bersabda :

"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".
[ hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmidhi dan Nasa’i ]


 Dalam hadis lain Nabi s.a.w menyebut :

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat. (riwayat Ahmad)



Nabi Muhammad SAW telah bersabda: 
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."
(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)



      Dan akhir sekali dari diri ana,,,janganlah terlalu sedih dan risau akan musibah atau kegagalan yang kita hadapi kat dunia ni..bukankah setiap musibah itu terselit hikmah?..Allah tak akan uji kita melainkan pasti ada rahmat yang akan DIA kurniakan buat kita ...dan ingatlah sahabat,,tiada istilah kegagalan kat dunia ni kerana setiap kegagalan itu mampu dijadikan pendorong kejayaan.. kalau kita tengok berapa ramai orang yang  gagal pada mulanya , tapi ALHAMDULILLAH,, akhirnya mereka tetap berjaya...sahabat,,risaulah ,takutlah dan sedihlah apabila mengenang nasib kita kat akhirat kelak ...di mana apabila kita gagal kat sana,kita akan gagal buat selama-lamanya..gagal kat sana= neraka....

ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-Waqiah yang bermaksud:
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (11) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (12) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.” (14) ..

      Kalau kita tengok ayat cinta Allah kat atas...Allah swt bagitahu kat  kita bahawa sangat sikit golongan terkemudian yg masuk syurga...sahabat,,tahu tak siapa golongan terkemudian?..itu lah golongan umat nabi Muhammad  saw iaitu kita...jadi kita sepatutnya berasa sedih dan takut sekiranya kita tidak tergolong dalam kumpulan yang sikit itu...sahabat,,sekarang sama2 lah kita berusaha menigkatkan amalan kita ...mudah-mudahan ianya boleh menjadi bekalan kat akhirat sana..insya-ALLAH,,AAMIIN...sama2lah kita berjuang menegakkan agama ALLAH...DAN  ingatlah sahabat bahawa Allah tidak melihat kepandaian ,pangkat ataupun rupa paras kita.,,tetapi ALLAH hanya melihat hati dan amalan kita...let's change our attitude and increase  our ibadah!! Do it because of ALLAH,,and always remember that only person who enter the HEAVEN can meet with ALLAH..If you want to meet with ALLAH SWT and RASULULLAH SAW in  JANNAH,,please,,,change yourself!!...let's together change ourselves now..!!..^_^ 





~..ALLAH Sangat BAIK..~




      Assalamualaikum sahabat...ALHAMDULILLAH  kerana masih di beri peluang oleh-NYA untuk hidup.."ALHAMDULILLAH'..

      Menitis air mata tatkala ana muhasabah diri..Astaghfirullah,,begitu sukar diri ana utk muhasabah diri..padahal diri ana tahu muhasabah diri itu penting..setiap hamba-Nya perlu melakukannya kerana  ia mampu menyedarkan diri kita dari kelekaan dan keseronokan dunia yang bersifat sementara..ana tidak tahu kenapa..mungkin sebab kerana hati ana dipenuhi dengan dosa-dosa yang tidak sedar dilakukan..atau Mungkin juga kerana diri ana lebih mencintai dunia berbanding akhirat...kalau itu penyebabnya ,,ana sangat bermohon ampun kepada Allah,,Ana mohon kepada-MU ya Allah semoga Engkau kurniakan hati yang baru buat diri ana...hati yang lebih bersih dan hati lebih takut untuk melakukan maksiat kepadaNYA dan hati yang lebih cinta kepada AKHIRAT,,INSYA-ALLAH..Ya Allah,,ampunilah segala kekhilafan dan kesalahanku..AAMIIN YA ALLAH...

 "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". 
( Al A’raf : 23) ~doa Nabi Adam a.s.~

     Ana sedih,,ana malu sangat2 pada Allah,,,Allah adalah Tuhan yang Sangat3 BAIK...Allah itu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Lembut...Sahabat,,Allah tak pernah sesekali lupa kan  kita,,tapi kita sebenarnya yang lupa kan Allah,,kita sebenar telah kejam kepada Allah..kita telah banyak melanggar perintah-NYA,,tapi DIA tak pernah jemu memberi nikmat kepada kita,Dia tak pernah jemu memakbulkan doa kita tatkala kita bermohon kepada-NYA,,DIA sentiasa memberi apa yang kita nak kerana DIA sangat menyayangi kita,,DIA sangat menyayangi kita melebihi seorang ibu menyayangi anaknya..kasih dan cinta NYA adlah sangat Agung,,,tak ternilai oleh diri kita yang lemah lagi daif...DIA juga sentiasa memberi yang terbaik buat kita..ALLAHUAKBAR,,SUBHANALLAH...SUNGGUH BAIK ALLAH PADA KITA,,dan Allah juga sangat luas keampunan-NYA..sentiasa bersedia mengampuni dosa-dosa hamba-NYA walaupun dosa itu ibarat pasir-pasir di tepi pantai....

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
                                                                [Surah Az-Zumar :ayat 53 ]

Dari Anas r.a, Rasulullah saw. Pernah bersabda :
“ALLAH S.W.T. berfirman : “Hai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-KU dengan kesalahan-kesalahan sepenuh jagad, sedangkan kamu ketika mati berada dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun kepada-KU ,nescaya akan AKU berikan keampunan sepenuh jagad pula.”
 [ HR. At-Tirmizi ]

Tapi sahabat,,kenapa diri kita terlalu jauh dari-NYA,,kenapa kita mudah lupa kepada-NYA,kenapa kita melanggari perintah-NYA?...sama-sama kita bermuhasabah diri yer sahabat...Astaghfirullah,,semoga Allah sudi mengampuni dosa-dosa kita yang lalu..insya-ALLAH,..AAMIIN...sahabat,,mulai hari ini ,,sama-samalah kita berusaha menuju reda-NYA,,kerana itulah sebenarnya  matlamat kita hidup didunia ini...

Daripada Abu Hurairah r.a.d. katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah s.w.t. berfirman: Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu didalam hatinya maka Aku mengingati dia didalam hatiKu, dan jika dian mengingatiKu dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.” Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain.....

   sahabat,,diri ini ingin berpesan pada sahabat semua dan juga diri ana sendiri,,jangan pernah mengeluh,,sabarlah menghadapi segala cabaran,rintangan,dugaan dan apa2 bentuk musibah sekali pun,,,ingat itu semua lumrah kehidupan,,,Ingat kebahagiaan sebenar adalah tersimpan di akhirat..di kehidupan yang lebih abadi..dan hanya dikecapi oleh insan-insan yang beriman,,yang sangat merindui perjumpaan dengan penciptaannya iaitu ALLAH S.W.T...
   sahabat,, ingatlah Allah tak pernah menzalimi diri kita,,malah jauh sekali..Allah menguji kita kerana tanda DIA begitu SAYANG,CINTA dan RINDU kepada kita..DIA rindu untuk mendengar rintihan kepada kita...Ujian itu adalah tanda Allah sentiasa mengingati kita..Allah tak nak kita lupa kepad-NYA..bukankah dengan ujian itu kita menjadi semakin dekat dengan Allah?..ya,,apabila kita susah dan derita kita akan mudah ingat Allah..sebab itu Allah menguji kita supaya kita tak lupa pada –NYA,,dan hanyut dengan tipu daya dunia...dan ingatlah,,,apabila seseorang itu semakin menuju Allah,,maka  semakin tinggi juga ujian yang akan diterima-NYA....itu kerana Allah sangat menyayanginya...

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
“Sungguh ,besarnya pahala adalh setimpal cubaan ; Dan sungguh ,Allah s.w.t apabila mencintai sesuatu kaum, ALLAH akan menguji mereka dengan cubaan.Untuk itu, barangsiapa yang reda dengan ujian tersebut,maka baginya kerdaan dari ALLAH sedang barangsiapa yang marah,maka baginya kemarahan dari Allah”. [ HR. Tirmizi ]

~...Reciting the Quran Make Us Peaceful...~




        Alhamdulillah,,,,praise be to ALLAH for all the things that HE has given to me…and Alhamdulillah also for permit me to still life until today…and Alhamdulillah also to HIM for LOVE  LETTER that HE “gave” for us…LOVE LETTER?what is it?...yes,,it is Al-Quran,,the guidance of the true path and learn about anything that you need to know, to living a blessed life..

Today I would like to share with you all a little about the Holy Quran….during secondary school,,I rare reads  Quran..i spend my time more on studies…my aim at that time is to become a successful student and to get straight “A”..i can finish reading my reference books that have hundred pages in one week but I can’t do it  for the Quran…l feel embrassed to ALLAH…but Alhamdulillah,,now  I aware that the Quran is so important for me..more important than all the things that I have..ALHAMDULILLAH,,this awareness begin when I studied at UiTM Puncak Alam…my love University…at there,I learnt many things…My murobiyyah always advise me to read Quran every day…

Al-Quran is one the “mukjizat” that given by ALLAH to RASULULLAH S.A.W….the Holy Quran give many benefits for its readers..recite Quran make us calm and it is a medicine to combat sadness…I always recite Quran when I felt sad…Alhamdulillah,,after reading it my feeling become more calm and peaceful..for all my friend,,never forget to read Quran even you are so busy because it is one way to “communicate” with Allah..it is very useful for us ‘HERE’ and ‘AFTERHERE’….Let’s  together change our daily routine with read more Al-Quran…INSYA-ALLAH…^_^..

Allah says (interpretation of the meaning):

“This is the Book (the Quran), whereof there is no doubt, a guidance to those who are Al-Muttaqoon [the pious] [Quran Al-Baqarah 2:2]

An authentic hadith in At-Tirmithee states:
"Whoever reads a letter from the Book of Allah, he will have a reward. And that reward will be multiplied by ten. I am not saying that “Alif, Laam, Meem” is a letter, rather I am saying that “Alif” is a letter, “laam” is a letter and “meem” is a letter.” So increase your recitation of the Qur’an to gain these merits, and to gain the following merit as well.
The Prophet said:
"The Qur’an is an intercessor, something given permission to intercede, and it is rightfully believed in. Whoever puts it in front of him, it will lead him to Paradise; whoever puts it behind him, it will steer him to the Hellfire.” [An authentic hadith found in At-Tabaraanee, on the authority of ‘Abdullaah ibn Mas’ood]

..Ingatlah Allah Selalu dan Bertawakal lah kepada-NYA..~


       


    Alhamdulillah,,,sudah dua minggu ana berada di rumah…sedih hati ini kerana sudah dua minggu ana tidak berhalaqah…namun tidak dinafikan juga hati ini tetap bersyukur dan gembira kerana dapat meluangkan masa bersama mak dan ayah dan adik-beradik  setelah beberapa bulan tidak bersua muka dengan mereka…ALHAMDULILLAH, sekarang ana sedang menuntut dalam bidang  Farmasi..SUBHANALLAH,,sudah satu sem ana bergelar siswi,,,banyak dugaan dan ujian yang ana hadapi..ana yakin sahabat-shabat juga macam ana…sungguhnya, dunia belajar memang banyak ujian dan dugaan yang perlu hadapi….namun ,,pengalaman itulah yang banyak mendidik diri ana dan memberi kesedaran kepada  ana..ujian-ujian dan dugaan-dugaan inilah yang menyedarkan ana tentang KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH S.W.T..dengan ujian inilah,ana sedar yang diri ana hanyalah hamba-NYA  yang lemah dan yang sentiasa mengharapkan pertolongan -NYA…dari ujian dan dugaan ini juga ana sedar yang diri ana tak mampu berdiri sendiri…setiap masa dan saat ana amat perlukan ALLAH…

             Di sini ana ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sedikit ilmu yang ana dapat dari kak usrah ana…kak usrah ana pernah bagitahu ana bahawa Allah meletakkan kita di tempat yang susah; contoh Allah meletakkan kita dalam bidang yang susah seperti Farmasi,Perubatan ataupun mana-mana bidang yang sahabat rasa susah bukan kerana kita hebat dan bukan kerana ALLAH nak lihat kita cemerlang ke  tak atau brerapa ‘A’ kita dapat..tidak,tidak, dan sama sekali tidak tapi Allah meletakkan kita di tempat itu kerana ingin menilai dan melihat diri kita…sejauhmana hubungan kita dengan-NYA dan setinggi mana  pergantungan kita kepada-NYA …kalau kita lihat berapa ramai pelajar sekarang yang lebih mengutamakan ALLAH daripada semua hal?..ASTAGHFIRULLAH,,,sangat sikit,sahabat,,,kalau kita lihat apabila seseorang itu terlalu sibuk dengan belajar,,kebanyakan mereka akan  lupa  akan tanggungjawab mereka pada  ALLAH..kalau ditanya mereka..”kenapa tak solat lagi ni?waktu asar dah nak habis dah ni…”,,pasti  kebanyakan kita akan menjawab..”jap lagilah,,nak habiskan chapter ni dulu,,,ada beberapa helai lagi ni…awak tau kan subjek ni susah jadi saya perlu belajar lebih sikit…kalau tak nanti saya gagal…”..ASTAGHFIRULLAH,,nilah salah satu jawapan yang akan diberi oleh mereka…walaupun bukan semua seperti ni,,tapi ia masih berlaku dalam segelintir pelajar…mereka merasakan kejayaan dunia adalah segala-galanya buat mereka…padahal mereka lupa akhirat tu sebenarnya yang kekal abadi..


         Sedih sebenarnya hati ana melihat sahabat-sahabat  ana belajar bersungguh-sungguh dan meletakkan usaha mereka itu sebagai penyebab kejayaan dan mereka terus lupa untuk bertawakal kepada ALLAH ….sahabat,,iye,,sejujurnya kita perlu berusaha untuk mendapat kan kejayaan cemerlang..sedangkan untuk mendapat syurga ALLAH pun kita perlu berusaha dengan perbanyakkan amalan….namun sahabat jangan lupa yang ALLAH lah sebenarnya yang memberikan kejayaan kepada kita …bukan pensyarah ,guru atau usaha kita yang menentukan kejayaan kita…mereka semua itu wasilah(jalan) untuk kita mendapat ilmu dan jalan untuk mencapai kejayaan …ingatlah sahabat,,tawakal tanpa  usaha adalah sia-sia dan usaha tanpa tawakal adalah sombong…sahabat janganlah kita sombong pada Allah,,,sentiaslah tawakal kepada ALLAH apabila melaksanakan sesuatu agar apabila kamu Berjaya kamu tidak lupa pada Allah dan apabila kamu gagal kamu tidak mudah kecewa tapi semakin tinggi pergantunganmu kepada ALLAH S.W.T dan semakin dekat hubunganmu dengan ALLAH..INSYA-ALLAH….^_^…





"..UiTM Puncak Alam di Hatiku.."

             Alhamdulilah,,segala puji bagi Allah kerana masih menginzinkan ana bernafas di muka bumiNYA..SUBHANALLAH,,dah lama rasanya ana tak update blog..dah setahun agaknya..Alhamdulillah sekarang ana sedang menuntut di UITM Puncak Alam..tempat belajar  yang sama time ana asasi dulu…walaupun ana tak minta UiTM Puncak Alam time permohonan dulu,,tapi ana sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang ana untuk sambung belajar kat sini…sebenarnya banyak manfaat yang ana dapat kat PALAM …..sebelum melangkah ke PALAM,,memang terasa berat kerana niat di hati ingin sambung belajar di universiti lain..namun,apa kan daya ALLAH S.W.T lebih tahu apa yang terbaik buat diri ana..Alhamdulillah,,sekarang ana rasa bersyukur  sangat dan baru sekarang ana tahu kenapa ALLAH takdirkan ana sambung belajar kat sini…Alhamdulillah,kat sinilah ana mula  kenal jalan dakwah,usrah ,halaqah dan macam-macam lagi,,,Alhamdulillah sangat dan terima kasih sangat kepada Allah kerana memperkenankan doa ana…inilah jalan yang ana cari-cari selama ini….Ana harap ALLAH sentiasa istiqamahkan hati ana di jalan-NYA kerana ana tahu tiada jalan yang paling bahagia melainkan berada di jalan-NYA..walaupun jalan ni penuh dengan duri,namun ia tetap manis kerana kesakitan ini hanyalah sementara..insya-ALLAH,,nikmat di akhirat itulah yang jauh lebih hebat dan tinggi…


Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). "             [Surah Al-Ankaboot,29 :ayat 64 ]

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.