Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


Nikmat Iman dan Islam...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani –

   Assalamualaikum…Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana masih mengizinkan diri ana untuk terus bernafas di muka bumi NYA….. erm,,sedar tak sedar, rupanya dah satu minggu ana berada kat umah….

   Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana masih memberi peluang pada ana untuk menatap dua wajah yang sentiasa ana rindui…mereka lah kedua ibu bapa ana…tanpa mereka siapalah ana..merekalah insan yang banyak berkorban buat ana… ana sentiasa sayang mereka kerana Allah…Alhamdulillah,,sekarang ana mampu berada di universiti pun kerana jasa dan pengorbanan mereka..insan yang ana cintai selepas Allah dan Rasulullah adalah umi dan abah ana…semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup mereka di dunia dan juga di akhirat….aamiin…

   Alhamdulillah,,bersyukur juga pada Ilahi kerana memberi peluang untuk ana bergelak ketawa dan bergurau senda dgn siblings ana dan juga grandparents ana…mereka adalah sahabat ana tika ana berada di rumah….Alhamdulillah,,semua ni adalah anugerah Ilahi….

   Subhanallah ,, sebenarnya dah agak lama ana tak update blog ni..dah setengah tahun agaknya…erm,,mungkin ana terlalu busy dgn pelajaran….Allahuakbar,,, apabila mengingati pengalaman ana semasa sem 3 sebagai student Pharmacy , rasa nak menangis pun ada..terlalu banyak dugaan dan cabaran yang ana hadapi….ana yakin mungkin sahabat ana yang lain pun begitu…paling ana sedih ialah apabila ana rasa semakin jauh dari Allah..mana tak nya..apabila kita terlalu sibuk dunia, pasti kita akan lalai mengingati NYA….ini lah ujian yang ana rasa paling berat..dimana iman terasa begitu lemah dan terasa jauh dari Allah……Astaghfirullah…mudah-mudahan apa yg dah berlaku ni memberi peringatan buat ana untuk tidak terus mengulangi.. in shaa Allah,,mudah-mudahan Allah sentiasa memberi kekuatan buat diri ana dan sahabat yang lain untuk terus istiqamah di jalan NYA…

   Urmm,,untuk entry kali ni ana share something buat sahabat… Alhamdulillah,,sebelum ana balik rumah selepas abis sem 3 hari tu,,Allah mengizinkan ana untuk menyertai satu program..program tu berjalan satu minggu…Allahuakbar,,banyak yg ana dapat dalam program…terutama mengenai perjuangan Rasulullah saw… Subhanallah,,kalau kita rungkai kembali sejarah perjuangan Rasulullah saw,,pasti menitis air mata kita...kerana betapa besarnya pengorbanan baginda buat kita…..

   Sahabat,, apakah nikmat yang paling besar yang kita miliki hari ni ?...sudah tentu nikmat Iman dan Islam kan?...Alhamdulillah,, bersyukurlah pada Allah atas nikmat Iman dan Islam yg kita miliki hari ini..tanpa nikmat ini kita kita pasti tak dapat mengenal Allah swt….tanpa nikmat ini juga pasti kita tidak dapat mengejar syurga Allah…kenapa ana cakap mcm tu ?... sebab syurga itu Allah cipta hanya untuk orang Islam yg beriman kepadaNya..in shaa Allah,,org yg mati dgn sempat mengucap kalimah syahadah pasti Allah masukkan nya ke dalam syurga…cepat atau lambat adalah bergantung pada amalan kita…kalau ada dosa yg masih belum terampun,,mungkin Allah akan masukkan kita dahulu kedalam neraka,,baru kita boleh masuk syurga,  (p/s : walaubagaimana pun sebagai hamba banyakkanlah berdoa pada Allah supaya Allah tidak mencampakkan kita dalam  neraka walaupun hanya sesaat kerana kita pasti tidak mampu menanggung peritnya api neraka Allah )

   Maka ,,beruntunglah kita kerana kita miliki nikmat itu…tapi cuba bayangkan sekarang ni kita bukan org Islam dan kita meninggal dalam keadaan tidak beriman pada Allah …pasti kita tdk berpeluang langsung untuk masuk syurga…bukan untuk sekejap, tapi untuk selama-lamanya…maka,,ketika ni juga kita kekal berada di neraka..nauzubillah…

   Maka, sebagai umat Islam jagalah nikmat Islam dan Iman ini sebaiknya…kerana tanpa nikmat ini sia-sia lah hidup kita walaupun ketika itu kita memiliki harta ,,pangkat mahupun kemewahan,kerana ini semua tidak bernilai langsung di sisi Allah…..

Jika kita menyayangi dan mencintai baginda,,jagalah nikmat ini sebaik-baiknya…kenapa?....kerana Rasulullah telah banyak berkorban untuk memastikan nikmat ini sampai pada kita….kerana kasih dan sayangnya baginda pada kita,,baginda sanggup menggadai nyawa dan segala-galanya untuk memastikan umatnya dapat merasai nikmat Iman dan Islam..Janganlah kerana hawa nafsu dan keasyikan dunia ini kita sanggup menggadai nikmat Islam dan Iman ini…

Jika kita menyayangi dan mencintai Rasulullah, bangkitlah dari kelenaan,,,ayuhlah kita sama-sama berjuang di jalan Allah..marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan Rasulullah,,,ingat bahawa setiap dari kita adalah pendakwah…maka,,gunakanlah ilmu yg kita ada itu untuk mengajak manusia kearah kebaikan..walaupun ilmu itu sikit,takpe ,gunakanlah ia utk berdakwah…..tak perlu nk tunggu bergelar ustaz mahupun ulama untuk berdakwah…berdakwah lah dgn menunjukkan akhlak yg mulia….

Sahabat,,bangkitlah dari tipu daya dunia,,,,sedarlah dari tidurmu,,lihat di luar sana…masih ramai insan yg memerlukan kita terutama non muslim yg tidak pernah kenal Islam yg sebenar….maka,, adalah tanggungjawab kita untuk mengajar mereka….itulah sebenarnya tanggungjawab kita di dunia…selain beribadat pada Allah,,kita perlu berdakwah,,,kasihanilah saudara-saudari kita yg masih belum Islam….mungkin ada di antara mereka yg mengharapkan ada seseorang mengajar mereka tentang Islam..maka,,bangkitlah andai kita betul2 menyayangi dan mencintai Allah Swt dan Rasulullah Saw…



Allah swt berfirman yg bermaksud :  
‘ Hai org-org yg beriman , apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu “berangkatlah ( untuk berperang ) pada jalan Allah “ ,kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dgn kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat ? padahal kehidupan dunia ini (dibandingkan dgn kehidupan ) akhirat hanyalah sedikit ‘.
  ( surah Al-Taubah :ayat 38 )


p/s : peringatan buat diri ana sendiri..in shaa Allah, bercita-cita untuk menjadi mata rantai perjungan Rasulullah dan syahid di jalan Allah…





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.