"Dari Anas bin Malik ia berkata: Sabda Rasulullah
S.A.W: “ Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan keatas setiap muslim". (
Riwayat Al-Imam Ibnu Majjah )
Menuntut ilmu adalah satu kewajiban
Berdasarkan
hadis di atas, menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang wajib ke atas setiap
umat islam. Malah,kalau sahabat masih ingat, wahyu yang pertama yang diturunkan
oleh Allah buat baginda ialah ayat 1-5, surah Al-Alaq di mana Allah menyeru
baginda dan umatnya untuk mencari ilmu melalui bacaan.Ilmu adalah penting buat
umat Islam. Wahai sahabat ingatlah bahawa tanpa ilmu umat Islam pasti
mundur!!..Menuntut ilmu adalah penting untuk pembangunan umat Islam.
Cuba sahabat ingat kembali
sejarah kegemilangan Islam.Kejayaan dan kecemerlangan umat Islam ketika itu
adalah sebenarnya disebabkan kesungguhan dan keikhlasan tokoh-tokoh Islam dalam
menuntut ilmu. Kita pula bagaimana?? Pasti kita ingin berjaya seperti mereka
jugakan ? Tapi,adakah kita ikhlas dalam menuntut ilmu ataupun hanya ingin
mengejar pangkat dan darjat?...Fikirkanlah kembali…
Reda Allah ataupun demi segulung
ijazah??
Ahmad
: “Aziz, kau sambung belajar kat universiti sebab ape?”
Azizi
: “Ala, kau ni..soalan tu pun kau tanya..aku belajar tentulah untuk masa depan
aku.Aku nak belajar sungguh-sungguh supaya nanti aku dapat ijazah dan
seterusnya dapat pekerjaan yang aku ingini.”
Rata-rata kalau di tanya tujuan belajar, pasti jawapannya kerana
ingin mendapatkan segulung ijazah,pekerjaan dan ada juga kerana pangkat dan
nama.Subhanallah, begitu jahilnya kita. Kalau itu sahajalah niat kita maka
sia-sialah ilmu yang dipelajari.Apa gunanya jika kita belajar
bersungguh-sungguh dan menghafaz semua ilmu tetapi apabila kita sudah Berjaya
mengenggam segulung ijazah kita lupa semuanya.
Sudahkah kita lupa bahawa kita menuntut ilmu ini sebenarnya untuk mencari
reda Allah semata-mata.Sahabat , renungkanlah kembali dirimu.Kita menuntut ilmu
sebenarnya adalah untuk mendekat diri kita pada Allah,untuk membezakan antara
perkara yang hak dan batil dan yang paling utama untuk memperjuangkan agama
islam!!...
Maka,,mulai hari ini sama-samalah kita perbaiki niat kita dalam
menuntut ilmu.Janganlah kita menuntut ilmu kerana ingin memiliki segulung
ijazah,bergaji besar, berpangkat tinggi,
dapat pujian masyarakat dan sebagainya kerana ia pasti memberi kerugian kepada
kita.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa
yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia
mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat
mencium bau syurga di hari akhirat kelak”[Hadis Riwayat Abu Daud ]
Sanggupkah kita kerana mengejar
segulung ijazah,bergaji besar, berpangkat
tinggi, dan pujian masyarakat, kita hilang nikmat syurga di akhirat kelak??..Muhasabahlah
dirimu,,belajarlah kerana Allah semata-mata dan belajar lah bersungguh demi
membantu umat Islam terutama saudara kita di Mesir,Syria,Palestin dan di
negara-negara lain. Ingat bahawa belajar dengan cemerlang adalah satu jalan
dakwah..!!
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa
yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya
jalan untuk ke syurga.” [HR Muslim]
ADAB
– ADAB DALAM MENUNTUT ILMU ….JOM AMALKAN
BERSAMA..!!,MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMBERKATI ILMU YANG KITA PELAJARI..
1) Sebelum belajar, niat
bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar
bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana
Allah S.W.T. Belajar kerana Allah mampu
memberi kekuatan dan semangat kepada kita terutama disaat kita rasa belajar itu
susah dan meletihkan .Ingatlah Belajar kerana Allah sebenarnya
bermaksud “Belajar Untuk Membawa Diri Kita ke Syurga”
2)Jangan derhaka kepada ibu bapa
Dalam menuntut ilmu,
keberkatan daripada ibu bapa sangat penting. Jagalah hubungan dengan ibu bapa
kita sebaiknya dan selalu minta maaf daripada mereka.Minta juga supaya mereka
mendoakan kejayaan kita .Ingat reda Allah bergantung pada reda ibu bapa.Tanpa
reda Allah,maka tiadalah keberkatan dalam pelajaran.
3)Menghormati dan tidak mengumpat guru/ pensyarah
Guru/ pensyarah adalah
orang yang memberi ilmu kepada kita.Hormatilah mereka dan Janganlah sesekali
kita mengutuk atau mengumpat mereka sekiranya kita tidak suka dengan cara
mereka mengajar kerana Allah tidak meredai sikap ini.Hormatilah mereka dan
selalu doakan mereka mudah-mudahan dengan cara ini ,Allah memberkati ilmu yang
kita pelajari dan memberi kejayaan kepada kita.
4) Utamakan seruan Allah
S.W.T.
Part paling penting! Apabila
sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah
sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini.
Insya-Allah , dengan berkat mengutamakan seruan Allah, Allah pasti memberi
kemudahan kepada kita dimana kita akan lagi rasa mudah faham apabila belajar
selepas selesai solat .
5) Jangan lupa membaca doa
dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T
memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan
sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam
Islam dan Insya-Allah mungkin dengan berwudhuk itu, apa yang kita belajar lebih
berkat.
6 )Membersihkan hati dari sifat-sifat
keji seperti sombong, angkuh, hasad dengki, pemarah, tidak sabar dan lain-lain
lagi. Seorang guru kepada Imam As-Shafiee yang bernama Wakiq pernah berpesan
yang maksudnya: Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya ilmu itu tidak
akan memberi petunjuk kepada orang yang melakukan dosa.
Ayuh..!
Belajarlah
Kerana Allah
Belajarlah
Untuk Islam
“Ya
Allah !, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan Hafazan para Rasul serta
ilham para Malaikat yang hampir
denganMU,kurniakanlahkami kesihatan yang baik; Wahai Tuhan yang Maha Pengasih”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan