Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


~MENANGIS KERANA ALLAH ~






Amran : “ Assalamualaikum,,sahabat..apa kabar?...kenapa saya tengok awak termenung dan menangis je…ada masalah ke?..macam mana result test tadi..? ok tak?..”

Firdaus : Wa’alaikumussalam wbt, sahabat….tak de apa-apalah..Cuma ana sekarang betul-betul rase sedih dan takut….” ( bercakap sambil menitis air mata )…

Amran : Kenapa sedih?...adakah result test tadi teruk ?..takpelah,,nanti kita usaha lagi untuk test seterusnya ye…

Firdaus : ” tak..ana tak nangis sebab result test tu…walaupun ana dapat result yang agar rendah juga,,tapi ana bersyukur sangat-sangat…sebab ana tahu Allah pasti bagi yg terbaik buat diri ana..ana yakin pada Allah,,jadi kenapa ana perlu sedih…Cuma,..Cuma……..Ana sedih…..”

“Ana sedih memikirkan keadaan diri ana di akhirat kelak…layakkah ana untuk ke syurga-NYA..sedangkan ana tahu banyak sangat dosa yang ana dah lakukan…ana juga rasa takut sangat2,,,,takut kalau disebabkan dosa-dosa ana ni Allah tak sudi pandang muka ana kat akhirat kelak….ana sedih..kalau Allah tak pandang ana..siapakah yang boleh tlg ana kat akhirat nanti…mmg tak de sesiapa boleh tolong ana lagi kecuali Allah.. ( menekup muka sambil terus menangis )……..”

“Sahabat, ana juga sedih memikirkan keadaan keluarga ana..Alhamdulillah,,ana bersyukur kerana Allah sentiasa memberi petunjuk pada ana untuk terus berada di jalan ana…Tapi…bagaimana dgn keluarga ana?...keluarga ana sekarang semakin jauh dari Allah..ana sedih melihat adik-adik ana yg semakin hanyut dengan hiburan sehingga lalai melakukan solat….sahabat, ana sedih sangat2 ,,ana tak tahu macam mane nak bawa mereka ke jalan yg Allah reda….ana lemah..tapi, ana tak akan berputus asa..ana akan terus berusaha utk bawa mereka ke jalan Allah…..( terus menangis )..”

Amran : ( membisu,,tak terkata apa2 ,,,tapi turut menitiskan air mata sambil berkata dalam hati “..Astaghfirrullah….bertapa hinanya diri ini..sahabat ku menangis kerana memikirkan nasib di akhirat,sedangkan aku menangis kerana dapat result teruk…sahabatku menangis kerana takut akan Allah,,tapi akau menangis hanya saat kesusahan,,tapi time senang aku lupa pada Allah….Ya, Allah,,bantulah aku untuk menangis kerana takutkanMU..”…
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


# manusia kadang – kadang terlalu sedih memikirkan mengenai kehidupan dunia..sedih sbb gagal dalam exam,,sedih sbb putus cinta,, sedih sebab hilang harta dan sebagainya……tetapi mereka kurang menangis kerana takutkan Allah atau kerana memikirkan akhirat…..

Subhanallah,,sahabat usahlah terlalu sedih akan perkara dunia…tapi menangislah kerana takutkan kpd Allah kerana ……
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud :

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

” Setiap mata akan menangis di hari Kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerana takutan Allah dan mata yang celik kerana berjaga untuk jihad fi sabilillah.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.