Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


Bersyukurlah dengan apa yang kita ada...

Bismillah...

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar....

Alhamdulillah,,hari Jumaat yg penuh barakah..walaupun rasa letih hari ni sebab mungkin tak cukup tidur....tapi,,Alhamdulillah hari yg menyeronokkan dan membuatkan saya terus terfikir...

Hari yg seronok?kenapa ye ?....in shaa Allah , i will share with you my experience today..Alhamdulillah, ari ni di beri kesempatan oleh Allah untuk berbual dgn Miss Safura...

"Miss Safura"....dialah insan yg banyak memberi inspirasi pada saya dalam diam...seorang yg sentiasa tabah dalam menghadapi ujian....malah membuatkan saya terfikir kenapa saya yg sempurna anggota badan tidak mampu sekuat dan sehebat dia..adakah mungkin kurang bersyukur pada Allah kerana orang yg bersyukur pasti menggunakan nikmat dgn sebaik yg mungkin..

Apa yang saya borak dgn miss safura, byk jugaklah...tapi satu perkara yg menyentuh hati saya..rasa ingin menitis air mata..tapi cuba tahan...tadi kami berborak mengenai drug baru yg akan di pasarkan..sekarang ni drug tu dalam clinical trials phase 3...in shaa Allah, kalau berjaya , pasti drug tu akan di market kan dalam masa yg terdekat..Alhamdulillah, rasa seronok dan berdoa mudah-mudahan drug tersebut berjaya di pasarkan..kenapa?..sebab drugs tersebut adalah untuk penyakit yg Miss Safura hadapi sekarang..maka, saya tumpang gembira bagi pihak miss...moga Allah perkenankan permintaan miss.aamiin.....utk pengetahuan sahabat penyakit yg dihadapi miss sekarang membuatkan miss tak mampu berjalan seperti biasa dan tak miss terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak....dan miss dah hadapi penyakit ni dari kecil  lagi..Allahuakbar,,bertapa berat ujian Allah buat miss..Namun, saya yakin ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah buat miss..moga miss sentiasa tabah menghadapi ujian ni...tadi,kelihatan di wajah miss menaruh harapan yg tinggi akan kejayaan drugs ni...In shaa Allah, Allah tahu apa yg terbaik buat miss ....buat sahabat,sama-sama lah kita berdoa mudah-mudahan drugs ni berjaya dipasarkan dan berkesan dgn baik....

Buat sahabat, apa yg saya nk sampaikan dalam kisah ni ialah hargai segala nikmat yg Allah bagi pada kita..kita yg sempurna ni, gunakanlah sebaik mungkin nikmat ni...mata,telinga, tangan , kaki dan semuanya adalah hak milik Allah..bila-bila masa je kalau Allah nk tarik boleh je...maka, selagi kita mempunyai nikmat ni, gunakanlah ianya ke jalan yg di redai Allah....dan jgn mudah mengeluh atas ujian dan masalah yg kita hadapi kerana di luar sana masih ramai yg lebih bernasib kurang baik dari kita..maka, hargailah apa yg kita ada sekarang dan sentiasalah berdoa untuk saudara-saudara kita kat luar sana yg lebih besar ujian yg di hadapinya..

In shaa Allah, sampai sini je kalam saya hari ni...mudah-mudahan , sama-samalah berusaha menjadi hamba yg baik..hidup ni sangat singkat..sangat rugi andai kita tidak menggunakn sebaik mungkin..in shaa Allah entry ni adalah peringatan buat diri saya juga..akhir kalam ,, mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati miss sekeluarga dan mudah-mudahan juga Allah memasukkan miss sekeluarga ke syurga tertinggi di akhirat kelak atas kesabaran mereka menghadapi ujian ini..aamiin.. ^_^

Istiqamah dalam ibadah

Bismillahirrahmanirrahim...

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar....


Syukur Alhamdulillah pada Allah kerana masa beri peluang pada saya untuk memperbaiki diri saya ke arah yg lebih baik..mudah-mudahan sisa-sisa umur yang ada ini akan di berkati Allah dan dipermudahkan oleh NYA untuk melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala laranganNYA..in shaa Allah


sedar tak sedar..Alhamdulillah dah 3 hari dah berada kat Puncak Alam dan dah 2 hari attend class..Alhamdulillah,syukur pada Allah sangat kerana masih berpeluang menuntut ilmu di sini...


 Alhamdulillah,,syukur pada Allah sbb ari ni Allah mengizinkan saya dan housemates untuk menghadirkan diri ke tempat yg sangat indah iaitu "Taman Syurga "..Taman Syurga???...hehe...it is actually Majis Ilmu...Ermm, really miss Surau Al-Furqan and Alhamdulillah tonight Allah brought me and others friend there..


In shaa Allah, in this entry i will share with you all what i had got from Majlis Ilmu....


Tapi ilmu yg dapat tadi sikit je sebab kami pegi lambat...Tapi, sikit atau banyak ilmu yg kita dapat, it is not important..but the important is sejauh mana we use or apply these knowledge in our routines life..yes!.that's more important!!!.


In shaa Allah, tadi sempat dengar Ustaz menerangkan pasal istiqamah..Nak istiqamah dalam melakukan kebaikan ni memang susah..ye lah,,kita ni manusia biasa yg lemah.kadang-kadang iman akan naik dan kdg2 akan turun...maka, time turun tu lah yg paling susah....Tapi apa yang ustaz tu pesan,,dia cakap menurut Imam Al-Ghazali, ada beberapa proses untuk mencapai istiqamah iaitu dalam melakukan kebaikan atau perintah Allah,,kita kena paksa diri kita melakukan sesuatu perkara..in shaa Allah melalui paksa itu maka akan menjadi kebiasaan dalam diri kita. Dan apabila dah jadi kebiasaan maka ianya pula akan menjadi personaliti diri kita dan akhirnya jadilah kita istiqamah dalam melakukan perkara tersebut....


so, the conclusion how to be a istiqamah person is :


PAKSA -->  JADI KEBIASAAN --> JADI PERSONALITI DALAM DIRI KITA-->  TERBIT ISTIQAMAH.


In shaa Allah, tambahan daripada pandangan saya sendiri,,kita juga mesti bersabar ,solat dan berdoa sebanyak yang mungkin pada Allah secara tidak putus-putus mudah-mudahan Allah bantu kita untuk terus istiqmah...


Allah swt berfirman yg bermaksud :

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah : ayat 153 )

Selain tu Ustaz bagitahu ada 7 kelebihan Istiqamah :

1. Allah turunkan malaikat
2. Tiada rasa takut
3. Tidak rasa gelisah atau sedih
4. Diberi khabar gembira mengenai syurga
5.Para Malaikat akan menjadi pelindung kpd kita dunia dan akhirat
6. cita-cita dan impian akan tercapai
7. Hajat dan permintaan akan dimakbulkan.

In shaa Allah, 7 kelebihan istiqamah ni adalah berdasarkan dalam ayat Al-Quran iaitu surah Al-Fussilat ayat 30- 3 yg bermaksud :


" Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata :  "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):  "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu  ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya."  "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) 

"sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"

In shaa Allah,sama-sama kita amalkan ilmu yg kita perolehi kerana Imu yg kita perolehi akan menjadi sia-sia andai kita tak mengamalkannya....

Mudah-mudahan kita semua di beri kekuatan untuk istiqmah..aamiin..


Akhir Kalam ,, Selagi kita belum BERTEMU DGN ALLAH, Jangan pernah berhenti atau mengalah..teruskanlah melangkah walaupun terasa berat kerana Allah sentiasa bersama kita..


Buatlah sesuatu hanya kerana Allah dan hanya kerana mengharapkan redaNYA semata-mata......  


Tetap teruskan walaupun terasa berat....

Bismillahirrahmanirrahim....

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

suasana pagi tadi.. (1/03/2014)

sedang saya basuh baju kat bilik air , tiba-tiba abah saya yang baru pulang dari kuala lumpur menyoal dari luar...

"irah, bila nk balik puncak alam ?...

"malam ni lah aboh.. hehe.."

"cepatnya..tak dok orang dah la yang akan jaga adik...dah, bila pulak balik umoh ?..

"in shaa Allah, nanti cuti ni irah balik la..hehe.."

hehe..lawak lah abah ni....tak balik puncak alam lagi dah tanya bila pulak nak balik umah....tapi,dalam hati hanya Allah yg tahu betapa sedih hati ni nak tinggalkan umah...kalau boleh nak je sentiasa temani umi dan abah dan ringankan beban mereka kat umah.....tapi, apabila teringat seruan dari Pencipta Yang Maha Agung yg bermaksud :

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat , dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui " (Surah Al-Taubah :ayat 41 )

In shaa Allah,, walau apa pun perasaan saya sekarang,,saya akan terus berjuang...berjuang dalam menuntut ilmu..kerana menuntut ilmu adalah satu jihad..in shaa Allah, kerana menyahut seruan Yang Maha Agung,,akan terus berusaha yg sebaik mungkin demi menegakkan agama Allah..

in Shaa Allah,,akan berusaha belajar sungguh2 supaya apabila berjaya nanti dapat menyumbang pada ummah , dapat bantu saudara-saudara saya di Palestin, Syria, Mesir dan lain-lain dan dapat menggembirakan umi dan abah dan meringankn beban mereka..

in Shaa Allah, kali ni diri ini melangkah dari rumah bukan hanya untuk belajar dan dapat result cemerlang...tetapi ianya lebih besar dari itu iaitu menegakkan agama Allah,,that's the important point!...not just study , study and study....butttttt.... menuntut ilmu hanya kerana Allah + usrah+ melakukan kerja-kerja Islam + dakwah + berusaha untuk sentiasa menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu..moga Allah permudahkan segalanya..ameen...

In shaa Allah, mengenai keluarga di rumah ,, saya serahkan semua pada Allah..saya yakin bahawa hanya Allah sahaja sebaik-baik Penjaga..moga Allah sentiasa melindungi mereka, sentiasa memberi petunjuk dan merahmati mereka..ameen...

semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan sahabat semua....in shaa Allah berusaha menggunakan masa yg ada sebaik mungkin kerana Allah telah berpesan pada hambaNya dalam surah Al-Asr dimana manusia itu sentiasa berada dalam kerugiaan kecuali org yg beriman dan beramal soleh.....in shaa Allah, sama-samalah kita berubah ke arah yg lebih baik demi mencari reda Ilahi..dan ingatlah bukan reda manusia yg kita cari tapi REDA ALLAH SWT....

I LOVE ALLAH SWT
I LOVE RASULULLAH SAW
I LOVE JIHAD FISABILILLAH
I LOVE MY PARENTS
I LOVE MY FAMILY
I LOVE ALL UMAT ISLAM

In Shaa Allah,,rindu untuk melihat tertegaknya Islam di muka bumi..ianya pasti berlaku kerana itu adalah Janji Allah..Janji Allah adalah pasti dan benar!!!!

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.