Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


Istiqamah dalam ibadah

Bismillahirrahmanirrahim...

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar....


Syukur Alhamdulillah pada Allah kerana masa beri peluang pada saya untuk memperbaiki diri saya ke arah yg lebih baik..mudah-mudahan sisa-sisa umur yang ada ini akan di berkati Allah dan dipermudahkan oleh NYA untuk melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala laranganNYA..in shaa Allah


sedar tak sedar..Alhamdulillah dah 3 hari dah berada kat Puncak Alam dan dah 2 hari attend class..Alhamdulillah,syukur pada Allah sangat kerana masih berpeluang menuntut ilmu di sini...


 Alhamdulillah,,syukur pada Allah sbb ari ni Allah mengizinkan saya dan housemates untuk menghadirkan diri ke tempat yg sangat indah iaitu "Taman Syurga "..Taman Syurga???...hehe...it is actually Majis Ilmu...Ermm, really miss Surau Al-Furqan and Alhamdulillah tonight Allah brought me and others friend there..


In shaa Allah, in this entry i will share with you all what i had got from Majlis Ilmu....


Tapi ilmu yg dapat tadi sikit je sebab kami pegi lambat...Tapi, sikit atau banyak ilmu yg kita dapat, it is not important..but the important is sejauh mana we use or apply these knowledge in our routines life..yes!.that's more important!!!.


In shaa Allah, tadi sempat dengar Ustaz menerangkan pasal istiqamah..Nak istiqamah dalam melakukan kebaikan ni memang susah..ye lah,,kita ni manusia biasa yg lemah.kadang-kadang iman akan naik dan kdg2 akan turun...maka, time turun tu lah yg paling susah....Tapi apa yang ustaz tu pesan,,dia cakap menurut Imam Al-Ghazali, ada beberapa proses untuk mencapai istiqamah iaitu dalam melakukan kebaikan atau perintah Allah,,kita kena paksa diri kita melakukan sesuatu perkara..in shaa Allah melalui paksa itu maka akan menjadi kebiasaan dalam diri kita. Dan apabila dah jadi kebiasaan maka ianya pula akan menjadi personaliti diri kita dan akhirnya jadilah kita istiqamah dalam melakukan perkara tersebut....


so, the conclusion how to be a istiqamah person is :


PAKSA -->  JADI KEBIASAAN --> JADI PERSONALITI DALAM DIRI KITA-->  TERBIT ISTIQAMAH.


In shaa Allah, tambahan daripada pandangan saya sendiri,,kita juga mesti bersabar ,solat dan berdoa sebanyak yang mungkin pada Allah secara tidak putus-putus mudah-mudahan Allah bantu kita untuk terus istiqmah...


Allah swt berfirman yg bermaksud :

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah : ayat 153 )

Selain tu Ustaz bagitahu ada 7 kelebihan Istiqamah :

1. Allah turunkan malaikat
2. Tiada rasa takut
3. Tidak rasa gelisah atau sedih
4. Diberi khabar gembira mengenai syurga
5.Para Malaikat akan menjadi pelindung kpd kita dunia dan akhirat
6. cita-cita dan impian akan tercapai
7. Hajat dan permintaan akan dimakbulkan.

In shaa Allah, 7 kelebihan istiqamah ni adalah berdasarkan dalam ayat Al-Quran iaitu surah Al-Fussilat ayat 30- 3 yg bermaksud :


" Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata :  "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):  "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu  ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya."  "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) 

"sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"

In shaa Allah,sama-sama kita amalkan ilmu yg kita perolehi kerana Imu yg kita perolehi akan menjadi sia-sia andai kita tak mengamalkannya....

Mudah-mudahan kita semua di beri kekuatan untuk istiqmah..aamiin..


Akhir Kalam ,, Selagi kita belum BERTEMU DGN ALLAH, Jangan pernah berhenti atau mengalah..teruskanlah melangkah walaupun terasa berat kerana Allah sentiasa bersama kita..


Buatlah sesuatu hanya kerana Allah dan hanya kerana mengharapkan redaNYA semata-mata......  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.