Bismillahirrahmanirrahim....
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
suasana pagi tadi.. (1/03/2014)
sedang saya basuh baju kat bilik air , tiba-tiba abah saya yang baru pulang dari kuala lumpur menyoal dari luar...
"irah, bila nk balik puncak alam ?...
"malam ni lah aboh.. hehe.."
"cepatnya..tak dok orang dah la yang akan jaga adik...dah, bila pulak balik umoh ?..
"in shaa Allah, nanti cuti ni irah balik la..hehe.."
hehe..lawak lah abah ni....tak balik puncak alam lagi dah tanya bila pulak nak balik umah....tapi,dalam hati hanya Allah yg tahu betapa sedih hati ni nak tinggalkan umah...kalau boleh nak je sentiasa temani umi dan abah dan ringankan beban mereka kat umah.....tapi, apabila teringat seruan dari Pencipta Yang Maha Agung yg bermaksud :
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat , dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui " (Surah Al-Taubah :ayat 41 )
In shaa Allah,, walau apa pun perasaan saya sekarang,,saya akan terus berjuang...berjuang dalam menuntut ilmu..kerana menuntut ilmu adalah satu jihad..in shaa Allah, kerana menyahut seruan Yang Maha Agung,,akan terus berusaha yg sebaik mungkin demi menegakkan agama Allah..
in Shaa Allah,,akan berusaha belajar sungguh2 supaya apabila berjaya nanti dapat menyumbang pada ummah , dapat bantu saudara-saudara saya di Palestin, Syria, Mesir dan lain-lain dan dapat menggembirakan umi dan abah dan meringankn beban mereka..
in Shaa Allah, kali ni diri ini melangkah dari rumah bukan hanya untuk belajar dan dapat result cemerlang...tetapi ianya lebih besar dari itu iaitu menegakkan agama Allah,,that's the important point!...not just study , study and study....butttttt.... menuntut ilmu hanya kerana Allah + usrah+ melakukan kerja-kerja Islam + dakwah + berusaha untuk sentiasa menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu..moga Allah permudahkan segalanya..ameen...
In shaa Allah, mengenai keluarga di rumah ,, saya serahkan semua pada Allah..saya yakin bahawa hanya Allah sahaja sebaik-baik Penjaga..moga Allah sentiasa melindungi mereka, sentiasa memberi petunjuk dan merahmati mereka..ameen...
semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan sahabat semua....in shaa Allah berusaha menggunakan masa yg ada sebaik mungkin kerana Allah telah berpesan pada hambaNya dalam surah Al-Asr dimana manusia itu sentiasa berada dalam kerugiaan kecuali org yg beriman dan beramal soleh.....in shaa Allah, sama-samalah kita berubah ke arah yg lebih baik demi mencari reda Ilahi..dan ingatlah bukan reda manusia yg kita cari tapi REDA ALLAH SWT....
I LOVE ALLAH SWT
I LOVE RASULULLAH SAW
I LOVE JIHAD FISABILILLAH
I LOVE MY PARENTS
I LOVE MY FAMILY
I LOVE ALL UMAT ISLAM
In Shaa Allah,,rindu untuk melihat tertegaknya Islam di muka bumi..ianya pasti berlaku kerana itu adalah Janji Allah..Janji Allah adalah pasti dan benar!!!!
Cintaku Hanya Untuk Allah
Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :
“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat
"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
~KEINSAFAN~
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan