Bismillah...
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar....
Alhamdulillah,,hari Jumaat yg penuh barakah..walaupun rasa letih hari ni sebab mungkin tak cukup tidur....tapi,,Alhamdulillah hari yg menyeronokkan dan membuatkan saya terus terfikir...
Hari yg seronok?kenapa ye ?....in shaa Allah , i will share with you my experience today..Alhamdulillah, ari ni di beri kesempatan oleh Allah untuk berbual dgn Miss Safura...
"Miss Safura"....dialah insan yg banyak memberi inspirasi pada saya dalam diam...seorang yg sentiasa tabah dalam menghadapi ujian....malah membuatkan saya terfikir kenapa saya yg sempurna anggota badan tidak mampu sekuat dan sehebat dia..adakah mungkin kurang bersyukur pada Allah kerana orang yg bersyukur pasti menggunakan nikmat dgn sebaik yg mungkin..
Apa yang saya borak dgn miss safura, byk jugaklah...tapi satu perkara yg menyentuh hati saya..rasa ingin menitis air mata..tapi cuba tahan...tadi kami berborak mengenai drug baru yg akan di pasarkan..sekarang ni drug tu dalam clinical trials phase 3...in shaa Allah, kalau berjaya , pasti drug tu akan di market kan dalam masa yg terdekat..Alhamdulillah, rasa seronok dan berdoa mudah-mudahan drug tersebut berjaya di pasarkan..kenapa?..sebab drugs tersebut adalah untuk penyakit yg Miss Safura hadapi sekarang..maka, saya tumpang gembira bagi pihak miss...moga Allah perkenankan permintaan miss.aamiin.....utk pengetahuan sahabat penyakit yg dihadapi miss sekarang membuatkan miss tak mampu berjalan seperti biasa dan tak miss terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak....dan miss dah hadapi penyakit ni dari kecil lagi..Allahuakbar,,bertapa berat ujian Allah buat miss..Namun, saya yakin ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah buat miss..moga miss sentiasa tabah menghadapi ujian ni...tadi,kelihatan di wajah miss menaruh harapan yg tinggi akan kejayaan drugs ni...In shaa Allah, Allah tahu apa yg terbaik buat miss ....buat sahabat,sama-sama lah kita berdoa mudah-mudahan drugs ni berjaya dipasarkan dan berkesan dgn baik....
Buat sahabat, apa yg saya nk sampaikan dalam kisah ni ialah hargai segala nikmat yg Allah bagi pada kita..kita yg sempurna ni, gunakanlah sebaik mungkin nikmat ni...mata,telinga, tangan , kaki dan semuanya adalah hak milik Allah..bila-bila masa je kalau Allah nk tarik boleh je...maka, selagi kita mempunyai nikmat ni, gunakanlah ianya ke jalan yg di redai Allah....dan jgn mudah mengeluh atas ujian dan masalah yg kita hadapi kerana di luar sana masih ramai yg lebih bernasib kurang baik dari kita..maka, hargailah apa yg kita ada sekarang dan sentiasalah berdoa untuk saudara-saudara kita kat luar sana yg lebih besar ujian yg di hadapinya..
In shaa Allah, sampai sini je kalam saya hari ni...mudah-mudahan , sama-samalah berusaha menjadi hamba yg baik..hidup ni sangat singkat..sangat rugi andai kita tidak menggunakn sebaik mungkin..in shaa Allah entry ni adalah peringatan buat diri saya juga..akhir kalam ,, mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati miss sekeluarga dan mudah-mudahan juga Allah memasukkan miss sekeluarga ke syurga tertinggi di akhirat kelak atas kesabaran mereka menghadapi ujian ini..aamiin.. ^_^
Cintaku Hanya Untuk Allah
Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :
“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat
"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
~KEINSAFAN~
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan