Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


Result Sem 3...Rezeki dari Ilahi.....

Assalamualaikum buat sahabat ana......

Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana masih menginzinkan diri ana untuk melihat bulan dan bintang ciptaanNYA pada malam ni....in shaa Allah,,berusaha untuk menggunakan baki umur yang masih ada ini untuk mendekatkan diri pada NYA.....

In shaa Allah, entry ana kali ana nak share sikit pasal result sem 3 ana..hehe..Rasa gembira dan syukur hati ini selepas melihat ramai sahabat2 ana yang menulis kalimah "ALHAMDULILLAH" pada wall fb masing2...mana taknya.,dari post2 mereka ana dapat rasakan result mereka adalah lebih cemerlang daripada sem sebelum ni...Maka,sebagai sahabat seperjuangan ana juga tumpang gembira untuk mereka.,in shaa Allah, bagi ana kejayaan mereka adalah kejayaan ana juga...Alhamdulillah,,semua itu adalah rezeki dari Allah buat mereka...Tahniah ye sahabat2 semua!..SEMOGA TERUS BERJAYA DIDUNIA DAN JUGA DIAKHIRAT....^_^

Result ana ?..hehe,,malu nak bagitahu..Tapi, apa yg ana boleh cakap kat sini  ialah, "ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH"...Syukur Alhamdulillah dan terima kasih sangat pada Ilahi atas result yg ana dapat...Result ana tak delah sehebat sahabat -sahabat yg lain..tapi ana bersyukur sangat kat Allah sebab DENGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH lah ana berpeluang untuk lulus semua subjek..

Tak lupa juga buat umi dan abah ana dan juga termasuk tok dan tok ki ana.. Alhamdulillah,terima kasih yang tak terhingga buat mereka kerana sentiasa mendoakan ana dan juga sentiasa memberi dorongan pada ana untuk terus berjaya ..hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik mereka.. In Shaa Allah, lepas Allah , Rasulullah dan Berjihad di Jalan Allah, mereka sentiasa di hati ana..Ana syg dan cinta mereka HANYA KERANA ALLAH..In Shaa Allah….

Buat sahabat seperjuangan..Syukran ana ucapkan..kejayaan ana juga adalah kerana bantuan dan doa-doa kamu semua..semoga Allah sentiasa merahmati kamu semua…Dan tak lupa pada Lecturer2 ana kerana sabar mendidik ana dan sahabat2 ana…Alhamdulillah, kerana jasa dan pengorbanan mereka juga ana berjaya dapat result yg baik walaupun masih betul2 belum cemerlang macam sahabat yg lain…terima kasih buat mereka… ^_^

Apa-apa pun..Syukur Alhamdulillah kpd Allah kerana semua yg ana dapat adalah dari Allah ,, Kalau usaha ana, ana rasa tak layak ana dapat result macam ni..Allahuakbar,terima kasih Ya Allah..!!!
In Shaa Allah ,, untuk next sem ana berazam untuk buat yang terbaik..tapi bukan kerana nak dapat dekan semata-mata or nak dapat pointer tinggi..Tapi ana nak kumpul sebanyak yg mugkin ILMU supaya ana dapat apply dalam pekerjaan…ana nak Bantu saudara-saudar ana di luar sana yg memerlukan khidmat ana..in shaa Allah…Sekarang ana sedar, bagi ana pointer tinggi manapun tapi Ilmu yg kita dapat kosong,, ana rasa semua tu sia-sia…Tapi tak bermakna ana kena dapat result rendah…Yang penting berusaha Sungguh2..soal result serahlah  pada Allah…dan yakin lah bahawa Allah pasti bagi yg terbaik buat hamba NYA yg berusaha gigih...

Pesanan buat semua termasuk diri ana:

"Usahlah kita terlalu fikir akan pandangan manusia..fikirlah pandangan Allah..kita berjaya bukannya sbb kita nak hebat disisi manusia….tapi kita nak berjaya ni sebenarnya kerana Allah supaya kejayaan yg kita dapat menjadi asset untuk kita berdakwah dan juga supaya dapat Bantu ummah suatu hari nanti…dan dalam mengejar kejayaan dunia jangan lupa kehidupan akhirat…kejarlah kejayaan akhirat , in shaa Allah pasti kejayaan dunia bersamamu…akhirat adalah Negeri abadi..jom muhasabah diri!!..hidup adalah satu persinggahan , akhirat adalah kamu asal kita..maka sama-sama kita perbaiki dan mempersiapkan diri kita untuk ke sana..



In Shaa Allah ,,semoga Allah permudahkan jalan kita menuju ke sana dalam keadaan Dia reda pada kita.. aamiin…"



Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)



~Hamba yg Berdosa ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.