Berlalunya rabiul awal....
bukan bererti berlalunya cinta kita pada baginda.....
cinta pada baginda bukan hanya pada 12 rabiul awal.....
tapi cinta pada baginda itu adalah setiap masa, setiap saat dan setiap detik....
cinta pada baginda saw bukanlah perkara yg harus dan bukan juga perkara yg sunat..tapi MENCINTAI BAGINDA ADALAH SATU YG WAJIB bagi umat Islam.....
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia lebih mencintaiku daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Menyayangi Rasulullah juga bukan hanya di bibir dgn hanya mengata "aku cinta pada Rasulullah" , dan bukan juga dgn berqasidah sahaja... tapi menyayangi dan mencintai Rasulullah saw perlu dibuktikan dgn mengamalkan segala sunnah dan ajaran baginda dalam kehidupan harian kita....
Rasulullah adalah insan yg dipilih Allah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan dan menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia..Rasulullah saw sangat meyayangi umatnya...kasih sayang dan cinta baginda pada kita tidak pernah luput malah sentiasa dihati Rasulullah..Rasulullah sentiasa mengharapkan kebaikan buat diri kita..bukan kebaikan didunia sahaja tetapi juga kebaikan di akhirat.....
Allah swt berfirman yg bermaksud :
"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (iman dan keselamatan) untukmu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang beriman." (surah at-Taubah:128)
Cintailah Rasulullah saw sepenuh hatimu..sesungguhnya mencintai Rasulullah bererti kita mencintai Allah....Letakkan cinta Allah dan Rasulullah saw itu dalam hatimu...utamakan suruhan Allah dan Rasulullah dalam hidupmu.....in shaa Allah,pasti kamu akan menemui kebahagiaan dalam hidup didunia dan jugak di akhirat...
Berakhlak mulialah dgn semua manusia kerana itu adalah sunnah Rasulullah,kerana itu jugalah adalah kunci kejayaan berdakwah...dan gunakanlah masa hidup didunia ini utk menegakkan Agama Allah @ berdakwah kerana ini adalah sunnah yg terbesar yg wajib kita lakukan...
Akhir kalam,, hayatilah surat Cinta kiriman Yang Maha Esa ini..hayatilah dgn mata hatimu .....
"Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.} " [Surah At-Taubah:24].
Casinos that accept American players: Here are the top online
BalasPadamA map showing 논산 출장샵 casinos with American players from 40 states, 춘천 출장안마 and also the official list of casinos with American players 정읍 출장마사지 from What 세종특별자치 출장안마 can I do if I am a Canadian player?Can I get a Canadian casino license from 경산 출장마사지 a Canadian online gambling site?