Dosa dan noda yang dilakukan manusia sesungguhnya mendatangkan banyak keburukan atau kerosakan kepada kehidupan sejagat,khususnya tehadap diri manusia sama ada jasmani dan rohani.Di antara kesan buruk dari segi rohani ialah terhalang cahaya ilmu,menggelapkan hati dan lupa menjujung perntah dan suruhan ALLAH...
1)Terhalang Cahaya Ilmu
Iman Syafie sejak kecil adalah seorang pelajar yang cerdas serta mempunyai daya ingatan istimewa.Beliau hafaz Al-Quran sejak berusia 7 tahun.Beliau adalah seorang murid kepada Imam Malik.Antara kitab yang dipelajari dari gurunya ialah Al-Muwatta',sebuah kitab hadis.Ketika mentelaah kitab berkenaan beliau pernah dinasihati oleh Imam Malik seperti mana kata-kata berikut;
"Allah s.w.t telah mengurniakan cahaya di hati anda,.Janganlah anda padamkan cahaya itu dengan kegelapan maksiat."
Nasihat ini bukan untuk Imam Syafie sahaja tetapi untuk seluruh manusia yang cemerlang akhlak dan berilmu pengetahuan.
Lalu Imam Syafie mengarang sebuah syair yang bermaksud:
"ketahuilah bahawa ilmu itu suatu keistmewaan .Dan keistimewaan Allah tidak dberikan kepada pelaku maksiat."
2)Mengelapkan Hati
Melakukan suatu dosa boleh menyebabkan hati menjadi gelap dan susah menerima hidayah Allah s.w.t.Mengikut Abu Hurairah,rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud, "sesungguhnya apabla seseorang itu melakukan satu kesalahan,munculah satu titik hitam dalam hatinya,jika ia meninggalkan kesalahan itu dengan beristighfar dan bertaubat maka hatinya kembali besih dan apabila ia mengulangi kesalahan,bertambah titik-titik hitam itu dalam hatinya sehingga menutupi cahaya hati,yang mana disebutkan oleh Allah s.w.t.."Sebenarnya (pada ayat-ayat kami tdak ada cacatnya)bahkan mata hati,mereka telah diselaputi kekotoran (dosa) dengan sebab (perbuatan kufur dn maksiat) yang mereka kerjakan."(Riwayat Tarmizi)
Menurut huraian Imam Al-Ghazali,apabila karat dan kotoran telah menebal di hati,ia bertukar menjadi tabiat.Keadaan ini samalah seperti daki-daki dan kotoran yang melekat dipermukaan cermin.Semakin lama keotoran itu dibiarkan dan tidak dibersihkan akhirnya terserap dalam zat cermin itu hingga menjadi rosak .Keadaanya samalah seperti hati yg sebati dgn maksiat.
3) Lupa Menjunjung Perintah ALLAH S.W.T.
Perbuatan maksiat boleh menyebabkan seseorang itu lalai serta lupa melakukan ketaatan dan kerja-kerja kebaikan.Firman ALLAH S.W.T.:"Dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang telah melupakan( perintah-perintah) Allah,lalu menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan )diri mereka .Mereka itulah orang-orang fasik(derhaka)"
Hati ibarat cermin.Cermin boleh jadi gelap apabila banyak kekotoran melekat padanya.Demikian hati,menjadi gelap akibat dosa-dosa yang kita lakukan.Hati yang gelap sukar menembusi cahaya hidayah Allah s.w.t.Oleh itu setiap orang islam atau mukmin hendaklah bersihkan hatinya dengan beristighfar ,taubat dan meninggalkan maksiat di samping melakukan ketaatan kepada ALLAH.
"Ya Allah,ampunilah segala dosa kami,pimpinkanlah hati kami ke jalan yang diredai-MU" |
"Ya Allah,ampunkanlah segala dosa hamba-MU yang hina ini,sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang" |
salm
BalasPadam