Assalamualaikum sahabat...ALHAMDULILLAH kerana masih di beri peluang oleh-NYA untuk hidup.."ALHAMDULILLAH'..
Menitis air mata tatkala ana muhasabah
diri..Astaghfirullah,,begitu sukar diri ana utk muhasabah diri..padahal diri ana
tahu muhasabah diri itu penting..setiap hamba-Nya perlu melakukannya
kerana ia mampu menyedarkan diri kita
dari kelekaan dan keseronokan dunia yang bersifat sementara..ana tidak tahu
kenapa..mungkin sebab kerana hati ana dipenuhi dengan dosa-dosa yang tidak
sedar dilakukan..atau Mungkin juga kerana diri ana lebih mencintai dunia
berbanding akhirat...kalau itu penyebabnya ,,ana sangat bermohon ampun kepada
Allah,,Ana mohon kepada-MU ya Allah semoga Engkau kurniakan hati yang baru buat
diri ana...hati yang lebih bersih dan hati lebih takut untuk melakukan maksiat
kepadaNYA dan hati yang lebih cinta kepada AKHIRAT,,INSYA-ALLAH..Ya
Allah,,ampunilah segala kekhilafan dan kesalahanku..AAMIIN YA ALLAH...
"Wahai Tuhan
kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak
mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari
orang-orang yang rugi".
( Al A’raf : 23) ~doa Nabi Adam a.s.~
Ana sedih,,ana malu sangat2 pada Allah,,,Allah adalah
Tuhan yang Sangat3 BAIK...Allah itu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun,Maha
Penyayang, Maha Pemberi, Maha Lembut...Sahabat,,Allah tak pernah sesekali lupa
kan kita,,tapi kita sebenarnya yang lupa
kan Allah,,kita sebenar telah kejam kepada Allah..kita telah banyak melanggar
perintah-NYA,,tapi DIA tak pernah jemu memberi nikmat kepada kita,Dia tak
pernah jemu memakbulkan doa kita tatkala kita bermohon kepada-NYA,,DIA sentiasa
memberi apa yang kita nak kerana DIA sangat menyayangi kita,,DIA sangat menyayangi
kita melebihi seorang ibu menyayangi anaknya..kasih dan cinta NYA adlah sangat
Agung,,,tak ternilai oleh diri kita yang lemah lagi daif...DIA juga sentiasa
memberi yang terbaik buat kita..ALLAHUAKBAR,,SUBHANALLAH...SUNGGUH BAIK ALLAH
PADA KITA,,dan Allah juga sangat luas keampunan-NYA..sentiasa bersedia
mengampuni dosa-dosa hamba-NYA walaupun dosa itu ibarat pasir-pasir di tepi
pantai....
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu
yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
[Surah Az-Zumar :ayat 53 ]
Dari Anas r.a, Rasulullah saw. Pernah
bersabda :
“ALLAH S.W.T. berfirman : “Hai anak Adam,
seandainya kamu datang kepada-KU dengan kesalahan-kesalahan sepenuh jagad,
sedangkan kamu ketika mati berada dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit
pun kepada-KU ,nescaya akan AKU berikan keampunan sepenuh jagad pula.”
[ HR. At-Tirmizi ]
[ HR. At-Tirmizi ]
Tapi sahabat,,kenapa diri kita terlalu jauh
dari-NYA,,kenapa kita mudah lupa kepada-NYA,kenapa kita melanggari
perintah-NYA?...sama-sama kita bermuhasabah diri yer
sahabat...Astaghfirullah,,semoga Allah sudi mengampuni dosa-dosa kita yang
lalu..insya-ALLAH,..AAMIIN...sahabat,,mulai hari ini ,,sama-samalah kita
berusaha menuju reda-NYA,,kerana itulah sebenarnya matlamat kita hidup didunia ini...
Daripada Abu Hurairah r.a.d. katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah s.w.t. berfirman: Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu didalam hatinya maka Aku mengingati dia didalam hatiKu, dan jika dian mengingatiKu dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.” Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain.....
sahabat,,diri ini ingin berpesan pada sahabat semua dan
juga diri ana sendiri,,jangan pernah mengeluh,,sabarlah menghadapi segala
cabaran,rintangan,dugaan dan apa2 bentuk musibah sekali pun,,,ingat itu semua
lumrah kehidupan,,,Ingat kebahagiaan sebenar adalah tersimpan di akhirat..di
kehidupan yang lebih abadi..dan hanya dikecapi oleh insan-insan yang
beriman,,yang sangat merindui perjumpaan dengan penciptaannya iaitu ALLAH
S.W.T...
sahabat,, ingatlah Allah tak pernah menzalimi diri
kita,,malah jauh sekali..Allah menguji kita kerana tanda DIA begitu
SAYANG,CINTA dan RINDU kepada kita..DIA rindu untuk mendengar rintihan kepada
kita...Ujian itu adalah tanda Allah sentiasa mengingati kita..Allah tak nak
kita lupa kepad-NYA..bukankah dengan ujian itu kita menjadi semakin dekat
dengan Allah?..ya,,apabila kita susah dan derita kita akan mudah ingat
Allah..sebab itu Allah menguji kita supaya kita tak lupa pada –NYA,,dan hanyut
dengan tipu daya dunia...dan ingatlah,,,apabila seseorang itu semakin menuju
Allah,,maka semakin tinggi juga ujian yang akan
diterima-NYA....itu kerana Allah sangat menyayanginya...
Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
“Sungguh ,besarnya pahala adalh setimpal cubaan ; Dan
sungguh ,Allah s.w.t apabila mencintai sesuatu kaum, ALLAH akan menguji mereka
dengan cubaan.Untuk itu, barangsiapa yang reda dengan ujian tersebut,maka
baginya kerdaan dari ALLAH sedang barangsiapa yang marah,maka baginya kemarahan
dari Allah”. [ HR. Tirmizi ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan