Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


..Ingatlah Allah Selalu dan Bertawakal lah kepada-NYA..~


       


    Alhamdulillah,,,sudah dua minggu ana berada di rumah…sedih hati ini kerana sudah dua minggu ana tidak berhalaqah…namun tidak dinafikan juga hati ini tetap bersyukur dan gembira kerana dapat meluangkan masa bersama mak dan ayah dan adik-beradik  setelah beberapa bulan tidak bersua muka dengan mereka…ALHAMDULILLAH, sekarang ana sedang menuntut dalam bidang  Farmasi..SUBHANALLAH,,sudah satu sem ana bergelar siswi,,,banyak dugaan dan ujian yang ana hadapi..ana yakin sahabat-shabat juga macam ana…sungguhnya, dunia belajar memang banyak ujian dan dugaan yang perlu hadapi….namun ,,pengalaman itulah yang banyak mendidik diri ana dan memberi kesedaran kepada  ana..ujian-ujian dan dugaan-dugaan inilah yang menyedarkan ana tentang KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH S.W.T..dengan ujian inilah,ana sedar yang diri ana hanyalah hamba-NYA  yang lemah dan yang sentiasa mengharapkan pertolongan -NYA…dari ujian dan dugaan ini juga ana sedar yang diri ana tak mampu berdiri sendiri…setiap masa dan saat ana amat perlukan ALLAH…

             Di sini ana ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sedikit ilmu yang ana dapat dari kak usrah ana…kak usrah ana pernah bagitahu ana bahawa Allah meletakkan kita di tempat yang susah; contoh Allah meletakkan kita dalam bidang yang susah seperti Farmasi,Perubatan ataupun mana-mana bidang yang sahabat rasa susah bukan kerana kita hebat dan bukan kerana ALLAH nak lihat kita cemerlang ke  tak atau brerapa ‘A’ kita dapat..tidak,tidak, dan sama sekali tidak tapi Allah meletakkan kita di tempat itu kerana ingin menilai dan melihat diri kita…sejauhmana hubungan kita dengan-NYA dan setinggi mana  pergantungan kita kepada-NYA …kalau kita lihat berapa ramai pelajar sekarang yang lebih mengutamakan ALLAH daripada semua hal?..ASTAGHFIRULLAH,,,sangat sikit,sahabat,,,kalau kita lihat apabila seseorang itu terlalu sibuk dengan belajar,,kebanyakan mereka akan  lupa  akan tanggungjawab mereka pada  ALLAH..kalau ditanya mereka..”kenapa tak solat lagi ni?waktu asar dah nak habis dah ni…”,,pasti  kebanyakan kita akan menjawab..”jap lagilah,,nak habiskan chapter ni dulu,,,ada beberapa helai lagi ni…awak tau kan subjek ni susah jadi saya perlu belajar lebih sikit…kalau tak nanti saya gagal…”..ASTAGHFIRULLAH,,nilah salah satu jawapan yang akan diberi oleh mereka…walaupun bukan semua seperti ni,,tapi ia masih berlaku dalam segelintir pelajar…mereka merasakan kejayaan dunia adalah segala-galanya buat mereka…padahal mereka lupa akhirat tu sebenarnya yang kekal abadi..


         Sedih sebenarnya hati ana melihat sahabat-sahabat  ana belajar bersungguh-sungguh dan meletakkan usaha mereka itu sebagai penyebab kejayaan dan mereka terus lupa untuk bertawakal kepada ALLAH ….sahabat,,iye,,sejujurnya kita perlu berusaha untuk mendapat kan kejayaan cemerlang..sedangkan untuk mendapat syurga ALLAH pun kita perlu berusaha dengan perbanyakkan amalan….namun sahabat jangan lupa yang ALLAH lah sebenarnya yang memberikan kejayaan kepada kita …bukan pensyarah ,guru atau usaha kita yang menentukan kejayaan kita…mereka semua itu wasilah(jalan) untuk kita mendapat ilmu dan jalan untuk mencapai kejayaan …ingatlah sahabat,,tawakal tanpa  usaha adalah sia-sia dan usaha tanpa tawakal adalah sombong…sahabat janganlah kita sombong pada Allah,,,sentiaslah tawakal kepada ALLAH apabila melaksanakan sesuatu agar apabila kamu Berjaya kamu tidak lupa pada Allah dan apabila kamu gagal kamu tidak mudah kecewa tapi semakin tinggi pergantunganmu kepada ALLAH S.W.T dan semakin dekat hubunganmu dengan ALLAH..INSYA-ALLAH….^_^…





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.