SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allhu'akbar
(12 Januari 2015)
Sebelum 5 minit nak start exam pagi tadi (sambil2 tengok jam kat diding dlm dewan peperiksaan tadi),
tiba-tiba terdetik kat hati..
kehidupan dunia ni sebenarnya ibarat macam tengah jawab exam final..sebab apa?
sedar tak, kita belajar biasanya lama hingga sampai berhari-hari, berjam-jam,,,
tapi, kita di beri masa utk jawab exam 2 or 3 jam je kan? sekejap sgt..time tu lah kita perlu struggle, buat betul2, susah mana pun kita cuba jawab juga sebb takut kalau tak buat terbaik , nanti GAGAL...
..dan kerana kita sedar masajawab exam sgt pendeklah, kita cuba fokus2 betul pada soalan tanpa biarkan masa itu berlalu dgn sia-sia...
Begitulah dgn kehidupan kita kat dunia ni..hidup kita kat dunia ni sebenarnya sekejap sngat..Allah izinkan kita hidup kat dunia sekejap sgt kalau nak dibandingkan hidup kita kat akhirat..tapi kadang-kadang kita lupa dan lalai dan merasakan hidup kat dunia ni lama..
andai benar kita sedar masa hidup kat dunia ni sangat sekejap, in shaa Allah pasti kita akan manfaatkan betul2 masa kita dgn perkara kebaikan sepertimana kita manfaatkan masa kita time jawab soalan exam...
sbb apa?..sebab kita tak nak GAGAL dekat akhirat....
andai benar kita sedar dan yakin dunia ni hanya pinjaman dan kita semua akan mati, pasti kita tak kan sia-siakan masa-masa kita dengan perkara yg tak berfaedah....pasti kita akan lebih fokus pada matlamat kehidupan kita iaitu mencapai REDA ALLAH SWT..
Wallahua'alam.
‘Astaghfirullahal’adzim...
‘Astaghfirullahal’adzim...
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’
‘Astaghfirullahal’adzim...
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’
moga Allah ampunkan segala dosa kita dan sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kpd kita semua..in shaa Allah
#peringatan buat diri sendiri, in shaa Allah ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan