Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


Aku Belajar Kerana Allah..In Shaa Allah..




Alhamdulillah,,hari ana masih diberi peluang oleh ‘KEKASIH HATI” ana untuk terus bernafas  dibumiNYA…

Alhamdulillah,,syukur  tak terhingga juga  kepadaNYA atas segala nikmat yang diberikan olehNYA kepada ana.Subhanallah,,kalau nak dihitung segala nikmat kurniaan NYA ,pasti tak terhitung banyaknya..mudah-mudahan Allah masukkan kita dalam golongan yang sentiasa bersyukur..in shaa Allah,,,aamiin..

Subhanallah,,dah lama rasanya tak update blog ni…mungkin sebab ana busy dengan study..Tapi , Alhamdulillah,,semua nya berjalan dengan lancer,,sem 2 sudah berakhir,,result pun dah keluar..Alhamdulillah,,result sem 2 semua ok dan meningkat sikit dari sem 1..Alhamdulillah,,semuanya kurniaan dari Yang Maha Pengasih..

Erm,,sekarang ni ana tengah menghitung hari untuk kembali semula menuntut ilmu..rasa sedih mula menghiggap dalam jiwa ana kerana terpaksa berpisah dengan sahabat karib ana iaitu MY PARENTS..After Allah and Rasulullah,,merekalah sahabat sejati ana dunia dan akhirat,in shaa Allah ..umi,Abah,, I love you so much.. I always pray to Allah, semoga Allah sentiasa merahmati mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga di  akhirat nanti..aamiin Ya Allah…

Tapi,,apa-apa pun ana perlu teruskan pelajaran ana..in shaa Allah,,ana akan belajar bersungguh-sungguh ..tapi bukan kerana sekeping ijazah,bukan kerana pekerjaan dan bukan kerana pangkat dan nama tapi kerana Yang Maha Satu. In Shaa Allah,,ana nak belajar sungguh-sungguh kerana nak bantu mak ayah,tok dan tok ki ana dan keluarga ana…ana nak berbakti kepada mereka  kerana itu adalah perintah Ilahi..anak nak jadi anak yang solehah kerana ana sayang Allah..kalau kita sayang Allah,,maka hendaklah kita melakukan perintah NYA…

Ana nak belajar sunguh-sungguh  supaya apabila ana Berjaya suatu hari nanti ana dapat berbakti pada umat islam.melalui pekerjaan ana,,ana nak mengajak mereka kearah kebaikan..in shaa Allah…Dan paling utama,ana nak menyumbangkan duit yang ana dapat melalui pekerjaan ana nanti kepda saudara ana kat luar sana,Mesir,Egypt.Palestin,Syria dan lain-lain…in shaa Allah..mudah-mudahan Allah permudah segalanya..aamiin

Buat sahabat-sahabat ana,,sama –sama lah ye kita belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti kita dapat berbakti kat ibu bapa,kelurga dan umat islam..dan yang utama belajarlah kerana Allah..jangan biarkan kesibukan  kamu belajar itu membuatkan dirimu alpa dengan perintahNYA..jangan ye wahai sahabat…sama-sama kita cari reda Allah!!..



# In Shaa Allah,,I wanna be a muttaqin pharmacist for ummah one day!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.