Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


GST: Boleh atau tak????.

Bismillah..

 dipetik daripd :http://www.harakahdaily.net/index.php/columnist/wartawan/23493-gst-dari-perspektif-islam

Selepas kita memahami bahawa hukum asal harta orang adalah haram kecuali dengan sebab yang dibenarkan syariat, maka persoalan keseterusnya adakah hukum ini terpakai atau terlaksana hanya ke atas individu dengan individu, manakala kerajaan terkecuali dengan dibolehkan ambil harta dan wang poket rakyat berhujahkan maslahah?

Di dalam mazhab ahlu sunnah wal jamaah, hukum ini bukan sahaja terlaksana antara individu dengan individu, tetapi ia juga terlaksana antara kerajaan dengan rakyat. Dalilnya cukup jelas daripada realiti berikut: 

1. Pesanan nabi kepada Muaz bin Jabal sewaktu beliau diutuskan ke Yaman sebagai Gabenor. Baginda memberikan pesanan kepada beliau dengann kata-kata berbunyi:"Awasilah harta-harta suci yang dimiliki oleh orang Yaman”. Harta-harta suci yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki bukan bahagian zakat atau jizyah. Dalam riwayat Bukhari menyebut dengan lafaz: takutilah (daripada mengambil) harta-harta mereka yang suci. 
2. Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunya nas daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di  Syam, Iraq, Mekah dan Madinah dari tahun 70H – 95H. 

Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir menceritakan, tatkala Saidina Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau memerangani pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang telah mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat. Antara salsilah pemerintah sebelum ini yang sangat dibenci oleh Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab, iaitu ipar kepada Hajjaj bin Yusof As-Thaqafi. Yazid bin Mahlab telah ditangkap oleh Adi bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya (Mahlab dan Hajjaj) sebagai: “Mereka adalah pemerintah kuku besi dan aku bencikan mereka”. Saidina Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya Yazid dipenjarakan sehingga semua harta orang ramai yang dikutip sebelum ini dikembalikan semula. (Al-Bidayah: m/s666). Pernah anak kepada Yazid bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk ayahnya Yazid, tetapi Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan hukuman sehingga Yazid menyerahkan semua harta rakyat.  

Begitu juga Saidina Umar Abdul Aziz telah menghantar kepada Gabenor Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang telah mengenakan cukai Jizyah ke atas non-muslim yang telah memeluk Islam dengan alasan mereka memeluk Islam kerana ingin lari daripada Jizyah. Saidina Umar Abdul Aziz memecat Gabenor tersebut dengan menulis, maksudnya: 

“Sesunggunyanya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan sebagai pengutip cukai.”


Di dalam satu riwayat yang lain, Saidina Umar juga memerangi Gabenor di Mesir yang telah mengenakan cukai pelabuhan dan mempertikaikan tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang tiada nas. 

Itulah antara sebab menjadi ‘purchasing power’ rakyat pada zaman Umar Abdul Aziz meningkat, seterusnya memenuhi Baitul Mal. Kesannya tiada lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta melimpah ruah. Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain daripada Islam. 

Itu antara contoh tindakan dan pendirian Khulafa ar-raasyidun yang diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan (perbuatan mereka adalah hujah), tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. 

Semua dalil di atas adalah berkait dengan kerajaan mengambil wang rakyat. Jika pengharaman memakan harta orang lain tanpa sebab hanya diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan, nescaya kisah di atas tidak akan timbul dalam sejarah. 

Apabila kita meneliti pendapat yang mengharuskan pengambilan harta rakyat tanpa bersumberkan kepada nas, kita dapati mereka keliru antara pendapat ahlu sunnah wal jamaah dan syiah. Ya, sebahagian syiah membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat sekalipun tanpa sebab kerana fiqh mereka bersumberkan akidah bahawa Imam (pemimpin) adalah maksum. Berbeza dengan Ahlu Sunnah wal jamaah, yakni akidah kita pemimpin tidak maksum, maka pemimpin tidak boleh mengambill harta orang lain tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata tanpa dipandu oleh nas. 

Tuntasnya, hujah maslahah seterusnya membolehkan pemimpin negara mengutip wang rakyat sesuka maslahah, maka itu adalah amalan dalam fiqh syiah, bukan fiqh sunni. 

Kenapa Kaedah Fiqh Tidak Boleh Dijadikan Hujah Dalam Isu Ini?


Antara hujah yang agak masyhur digunapakai oleh gologan yang membolehkan kutipan cukai sesuka hati ialah kaedah yang berbunyi (maksudnya):

“Tindakan pemimpin terhadap rakyat adalah berdasarkan maslahah.”


Golongan yang berhujahkan dengan kaedah ini melakukan kesilapan dari tiga sudut:
1. Dari segi mengguna pakai kaedah di tempat yang ada nas yang terang.
2. Kaedah bukan hujah, tetapi ia adalah garis panduan memahami nas dan hukum furu'. Oleh itu, kaedah hanya digunapakai ditempat yang tiada nas bukan ditempat yang berlawanan dengan nas.
3. Golongan yang mengguna pakai kaedah tadi bagi mengharuskan tindakan pemimpin mengutip cukai seolah-olah memahami bahawa kaedah tersebut bermaksud: 'tindakan pemimpin negara semuanya adalah demi maslahah' walhal sudut kaedah tersebut ialah tindakan pemimpin mestilah dipandu oleh maslahah, jika tidak, maka ia tidak boleh dilaksanakan. 

Adakah Darurat Membolehkan Kutipan Cukai?


Dari segi hukum, boleh dikatakan ijmak ulama terdahulu mengenakan cukai ke atas rakyat tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram. Persoalan yang tinggal ialah, adakah darurat boleh mengharuskan cukai dikutip?

Pertamanya, maksud difahami maksud dan makna darurat. Darurat bermaksud sesuatu yang tanpanya akan menyebabkan manusia hilang agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Jika tidak sampai ke tahap itu, maka ia bukan darurat membolehkan kutipan cukai yang haram. dengan maksud lain, jika setakat ingin menambahkan pendapatan negara, maka ia bukan darurat yang dimaksudkan syariat.

Jika kita perhatikan, kutipan GST bukan bagi menampung sesuatu keperluan darurat yang dimaksudkan oleh Syariat, bahkan ia lebih bersifat memenuhi dan menampung keperluan sistem konvensional, di mana sistem itu sendiri adalah bercanggah dengan Islam kerana bersifat ‘memusingkan harta sesama golongan kaya’.

Darurat yang di maksudkan syariat seperti negara yang sedang terdesak untuk dapatkan wang membeli senjata bagi mempertahankan negara yang sedang diserang oleh musuh seperti berlaku pertembungan antara Sultan Mamalik dengan Imam Nawawi untuk kenakan cukai ke atas rakyat justeru Mesir pada masa itu berada pada saat genting justeru hendak diserang oleh tentera Monggol yang tidak terkalah. 

Dalam keadaan darurat perang beginipun masih lagi berlaku khilaf dalam kalangan ulama adakah cukai yang tidak bersumberkan nas boleh dikutip?

Al-Dhohhak dan lain-lain berpendapat, cukai tidak harus dikenakan dalam apa keadaan sekalipun, manakala imam Juwaini, Al-Ghazali dan lain-lain berpendapat harus mengenakan cukai bagi keperluan-keperluan tertentu (darurat). 

Jika diperhatikan khilaf ini, ia sebenarnya khilaf dari sudut keadaan dan suasana, bukan khilaf dari sudut dalil dan nas. Khilaf ini kita dapat simpulkan bahawa, jika zakat dan sumber lain mencukupi, maka ulama bersepakat bahawa cukai tidak harus dikutip daripada rakyat. Khilaf hanya berlaku jika sistem cukai Islam sumber lain tidak mengcukupi untuk keperluan Negara. 

Bagi pendapat yang menyatakan harus mengutip cukai darurat, mereka telah meletakkan syarat-syarat yang mengharuskan kutipan cukai. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: 
1.Negara mestilah berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam erti kata lain, negara mestilah menjalankan sistem ekonomi Islam termasuk sistem percukaian Islam sepenuhnya seperti zakat sebagai sistem cukai utama Negara.  
2.Hajat kepada percukaian hendaklah benar-benar berlaku. 
3.Baitul Mal benar-benar telah kekeringan sehingga tidak dapat memenuhi hajat dan keperluan rakyat. 
4.Meminimakan seboleh mungkin tekanan terhadap individu rakyat dengan cara-cara yang selain cukai. Oleh itu, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, kerajaan disarankan supaya mengutip sumbangan ikhlas serta menggalakkan rakyat memberikan derma dalam menyelesaikan sesuatu keperluan sebelum cukai dikenakan. 
5.Kutipan cukai hendaklah diputuskan hasil perbincangan golongan fuqaha dan profesional berkait dengan isu tertentu. 
6.Cukai hendaklah dikenakan ke atas orang-orang yang kaya sahaja dan ia langsung tidak harus dikenakan ke atas orang-orang miskin. 
7.Cukai hendaklah dalam bentuk sementara. Ia akan terhapus dengan hilangnya hajat dan keperluan. Cukai tidak boleh dikenakan secara berterusan dan dijadikan pendapatan utama berbanding zakat. 
8.Wajib meraikan keadilan di dalam perwartaannya dan pemungutannya. Maka kadarnya hendaklah sekadar keperluan. Keperluan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutip cukai lebih daripada rakyat. 

Sebahagian ulama seperti Imam Nawawi meletakkan syarat bahawa cukai apabila dikatakan darurat dan perlu, maka hendaklah terlebih dahulu ia dibayar oleh pemimpin tertinggi, jika tidak cukup maka ia baru diturunkan ke bawah dan ke bawah, tetapi tidak boleh sampai dikutip daripada golongan miskin. Beliau berkata kepada Sultan Zaher Bebrus: “Aku tahu bahawa engkau dulunya seorang hamba kepada Gabenor di Bendaqar dan engkau tiada harta satu pun. Kemudian Allah memberi peluang kepada engkau dengan diberikan pangkat raja. Aku dengar engkau mempunyai seramai 1,000 hamba dan setiap hamba tali pengikat kuda disaluti emas. Engkau ada 200 hamba perempuan dan setiap seorangnya ada emas. Apabila engkau keluarkan semua itu (sebagai pembayaran cukai) sehingga hamba-hamba engkau memiliki baju daripada kapas biasa berbanding memiliki perhiasan emas seperti sekarang, maka baru aku fatwakan engkau harus mengambil cukai daripada orang ramai.” – Al-Bidayah Wa An-Nihayah. 

Kesimpulan Dan Penutup

Dari sini kita dapat simpulkan hukum cukai moden adalah haram menurut Islam berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Sebagai seorang muslim (sama ada dalam bentuk individu atau kerajaan) tidak sepatutnya mengambil harta orang lain melainkan tempat-tempat dan keadaan yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas dan dalil-dalil syarak.

Cara ini adalah cara-cara sistem ekonomi yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Khulafa Ar-Raasyidin seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Osman dan Saidina Ali, di samping cara Saidina Umar Abdul Aziz di atas.

Hari ini ada pemimpin yang cuba menonjolkan mereka juga adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Persoalanya, adakah mereka memahami bagaimana cara pemerintahan beliau? Sebagaimana pepatah arab menyebut: “Kamu mahukan kejayaan sedangkan kamu tidak melalui jalannya. Sesungguhnya kapal tidak akan berjalan di atas daratan.” 

Bermaksud, jika anda mengkagumi keadilan Umar Abdul Aziz dan gah dengan Baitulmalnya melimpah ruah. Kemudiannya anda melaksanakan cara yang bukan ekonomi Islam yang telah ditelusuri oleh Saidina Umar Abdul Aziz, maka mustahil keadilan yagn sama akan terlaksan
a. 

Cerita Seorang Hamba..


Jam kini sudah menunjukkan pukul 1.00 pg..

dia yg tidak kebiasaan tidur lambat terus bagun dari tempat duduknya di hadapan TV lalu menuju ke bathroom untuk membasuh kaki..

hatinya bersoal jawab “ nak wuduk ke tak nak ye?..bukan kah wuduk sebelum tidur tu sunnah baginda ?” hatinya bermonolog...

Bukan dia tak biasa berwuduk sebelum tidur..malah sebenarnya itu adalah rutin hariannya..tapi pada malam ni dia tidak tahu kenapa hatinya terasa berat utk melakukannya...

Tapi memang dia sendiri akui hari ni hatinya terasa lemah sangat..itulah sifat manusia sebenarnya..iman manusia akan sentiasa naik dan turun...apabila iman itu berada di atas terasa senang dan bahagia untuk melakukan amal kebaikan walaupun kebaikan itu kelihatan kecil di mata manusia..namun di saat iman menurun hanya Allah saja yang tahu betapa malasnya manusia untuk melaksanakan perintahnya..malah hatinya akan jadi lemah dan malas...

Namun Rasulullah pernah mengajar seorang sahabat   satu doa untuk hilangkan rasa sedih. Ketika itu sahabat tersebut rasa sedih sebab terlalu banyak beban hutang yang di tanggungnya. Ni lah doanya :

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan duka, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, serta aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang tak terbayar dan dari belenggu orang lain.” 
(H.R. Abu Umamah dan Abu Sa’id)


Sebenarnya , doa ni bukan hanya diamalkan hanya ketika kita sedih je tapi juga boleh diamalkan untuk menjauhkan kita dari sifat lemah, malas dan bakhil. Cubalah amalkan In shaa Allah, pasti hati jadi tenang.

Selepas hatinya memberontak untuk ambil wuduk atau tak , akhirnya makhluk bernama nafsu itu kalah.Air paip di buka , lalu dia menyempurnakan wuduknya...

Selesai berwuduk, dia menuju ke biliknya untuk tidur..namun bukan semudah itu untuk tidur walaupun jam sudah menujukan pukul 1.15 pagi...dia tak dapat tidur kerana terlalu banyak masalah yang dia fikirkan..

Masalah belajar, masalah duit , keluarga dan banyak lagi..tapi masalah yg utama yg membuat hatinya sedih dan buntu ketika itu ialah masalah KELUARGA...sejak akhir2 ni dia sedar bahawa kehidupan keluarganya seakan-akan tidak bahagia...dia cuba cari punca nya...

Dan dia tahu punya disebalik masalah tersebut adalah kerana hidup keluarganya semakin jauh dari Allah..Allahu, dia tidak tahu macam mana mahu menjelaskan keadaan ini..hanya Allah saja yg tahu hatinya ketika itu...

Untuk mencapai kebahagian yg dia impikan dia sedar dia perlu bawa seluruh ahli keluarganya kembali semula kepada Allah...

Tika itulah airmata deras mengalir dipipinya tanpa dia sendiri...baginya masalah itu terlalu besar kerana ianya melibatkan kehidupan dirinya dan keluarga di akhirat kelak..dia terasa takut akan azab Allah..dia ingin hidup bahagia bersama keluarga bukan hanya di dunia tapi juga di akhirat..hatinya sebenarnya rindu untuk lihat mak ayah nya solat dan baca Al-Quran...sejak akhir2 ini dia jarang sekali melihat mak ayahnya solat..adik2nya pun begitu...di saat ni hatinya bertambah sedih....subhanAllah, hati dia betul teringin solat jemaah bersama keluarganya..dia teringin menjadi makmum kpd ayahnya sebelum dia menjadi makmum untuk "orang lain"...

Dia tidak tahu pada siapa lagi dia mahu minta pertolongan kalau bukan kepada Allah Yang Maha Satu...saat ni dia berusaha untuk pujuk hatinya supaya sabar dan yakin dgn pertolongan Allah....dia sedar dia hanya mampu berusaha utk bawa kembali keluarganya ke jalan yg diredai Allah namun hidayah itu milik Allah...

Malah, Rasulullah saw sendiri pun tidak mampu memberi hidayah kepada bapa suadaranya sendiri iaitu Abu Talib walhal dia ingin sangat melihat bapa saudaranya itu mati dalam iman. Begitu juga kisah nabi Nuh yg ingin sangat melihat anak dan isterinya kembali pada Allah..Tapi dia juga tidak mampu..Hanya kuasa Allah saja yang mampu memberi hidayah kepada hamba-hambaNYA..

Allah swt berfirman yg bermaksud :

"Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)" [ Al-Qashash :56 ]

Air matanya terus mengalir..Dia sedar tiada siapa lagi yang boleh menolong dirinya melainkan Allah Yang Maha Kuasa ..Pergatungan dirinya kepada Allah ketika itu sangatlah tinggi..Dia hanya mengharap pertolongan Allah...

Bukan mudah untuk hadapi situasi begini..hatinya masih tertanya-tanya” Apa yg perlu aku lakukan saat ni, aku sungguh buntu..aku tak tahu apa yg harus di buat..?”..

Di saat dirinya cuba mencari jawapan pada persoalannya itu , tiba-tiba dia teringat yang dirinya belum membaca surah Al-Mulk ...Membaca surah Al-Mulk sebelum tidur itu adalah merupakan rutin hariannya..Biasanya dia akan membaca surat tersebut selepas solat magrib atau isyak tapi tidak pada malam ni disebabkan rasa lemah di hatinya menguasai dirinya akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak membacanya...

Namun, perancangan Allah itu adalah terbaik buat hamba-hambaNYA....lantas, sebelum tidur dia mencapai Mashaf Al-Quran yang di belinya tiga tahun lalu..itulah mashaf Al-Quran yang pertama yg dimilkinya..semasa sekolah dia jarang baca Al-Quran ..surah yg biasa dia baca pun hanyalah surah Yasin dan surah2 pilihan..bukan sebab dia tak mahu membaca tapi dia tidak pandai..Namun Alhamdulillah, kini dia sedar Al-quran itu penting baginya kerana itu lah sumber CAHAYA, PETUNJUK, KEKUATAN dan sebagainya...akhirnya dia beusaha utk belajar Al-Quran...Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah, dia sekarang mampu khatam Al-QURAN beberapa kali , Cuma hukum2 tajwid masih banyak lagi yg dia belum pelajari dan in shaa Allah masih dalam proses belajar.....

Selepas mashaf di capai dia pun membelek-belek mashaf Al-Quran tersebut dan mencari-cari surah yg ke 67 : surah Al-Mulk.

Tiba- tiba Al-Quran itu terbuka pada muka surat  474.  Dia terpandang satu ayat yg sangat menyentuh perasaannya.. Ayat quran tu di tatapnya beberapa kali..cuba untuk fahami...Ya Allah, hatinya tiba-tiba rasa sungguh syukur pada Allah..

Air mata yg tadi masih belum kering , kini mengalir lagi..Saat itu , dia rasakan Allah itu sangat hampir dgnnya dan tahu segala isi hati. 
Tiba-tiba dia teringat ayat Al-Quran yg berbunyi : Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" ,( Surah Qaf : ayat 16) 
Sungguh benar kata-kata Allah..Allah itu sentiasa dekat dgn hambaNYA dan mengetahui isi hatinya..

Ayat Quran yg menyentuh perasaannya itu terus ditatap dan di baca berulang kali 

Allah berfirman yg bermaksud “"Dan Tuhan kamu berfirman: "BERDOALAH kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan DOA permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berDOA kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
(Al Mu'min:60)


Dia terasa terharu kerana ayat Quran ni merupakan jawapan pada persoalan yg bermain di benak fikiranya sebentar tadi...

Dia sebenarnya buntu dan tidak tahu yang perlu dia buat sekarang..dan Alhamdulillah, Allah menjawab dgn memerintah dirinya untuk berdoa pada Allah..Ya, dia kini sedar bahawa DOA ITU SENJATA UMAT ISLAM...doa itu boleh mengubah sesuatu perkara yg mustahil terjadi kepada tidak mustahil ..doa membuatkan manusia itu sedar bahawa mereka adalah hamba yg sangat2 lah lemah dan  mereka sangat memerlukan Allah sebagai Pembantu dirinya untuk menghadapi cabaran dalam hidup ni...

Ya, Alhamdulillah, kini hatinya lega,, dia sedar apa yg perlu dia buat sekarang..dia perlu banyakkan berdoa pada Allah setelah berusaha sebaiknya...in shaa Allah, dia yakin akan janji Allah..dia yakin suatu ari nanti pasti Allah akan perkenankan doanya kerana itulah janji Allah...dia serah semuanya kepada Allah, apa pun perancangan Allah selepas ni buat dirinya , dia yakin itu semua pasti yg terbaik buat dirinya....Apa yg penting yg perlu dilakukan olehnya ialah terus berusaha dan berdoa dgn penuh kesabaran dan keyakinan..

In shaa Allah., dia yakin sinar bahagia pasti akan menyinari hidupnya suatu hari nanti.........

Akhirnya, selepas membaca surah Al-Mulk , dia pun terus tidur..dan hatinya tidak berhenti berharap semoga agar Allah terus tabahkan hatinya untuk menghadapi hidup ni...

Dia juga berharap moga masalah2 yg dia hadapi tidak membuat dia lemah semangat untuk berjuang pada jalan Allah...dan dia berusaha untuk bangkit kerana dia sedar warga kampus, dan masyarakat masih memerlukannya..Ye, dia tak boleh berputus asa dalam mengharungi jalan Dakwah ni..dia ingin menjadi salah seoarng rantai perjuangan Rasulullah..in shaa Allah...dan cita terakhirnya adalah SYAHID DI JALAN ALLAH..IN SHAA ALLAH, AAMIIN...


.................... THE END................

Mencegah Kemungkaran

Bismillah..

Perkongsian : 

Sabda Rasulullah saw : "Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman." 

(hadith riwayat Muslim)

#sesungguhnya mencegah kemungkaran itu ada 3 cara iaitu dgn tangan ( kuasa ), lidah ( percakapan) dan hati...dan dgn hati itu adalah selemah-lemah iman....

kata ustaz : mencegah dgn hati adalah dengan cara kita membenci perbuatan maksiat tersebut dan itu adalah selemah-lemah iman..tapi bagaimana pula orang yg apabila melihat maksiat dan kemungkaran tapi tak rasa apa-apa ?..pelik kan?,,sbb sabda Rasulullah sendiri , iman yg paling lemah adalah benci akan maksiat...tapi ni tak rasa apa2 terhadap maksiat dan dosa,,,tak rasa benci dan sbagainya...aaarr, maybe something wrong is happen pada iman kita...mungkin iman itu telah hilang daripada hati kita?....na'uzibillah...jom kita check hati kita sentiasa....sentiasa tanya hati: bagaimana iman kita?...Allahua'a
lam

Jangan Menyesal dgn Apa yg Berlaku.!

Bismillah…

Pernah tak kita sedar…Kdg2 apabila menghadapi suatu prkara yg kita tak ingini pasti kita semua tak terlepas / tak tersengaja dri berkata : …erm, kalau aku tak buat mcm tu, pasti tak akan berlaku... , kalau lah aku tak pilih tajuk tu,pasti..…,,kalau lah aku betul2 check soalan tadi, pasti tak tertinggal….,dan mcm2 lagi la….

Betul tak?...

Tapi….mulai hari ni..

Sebelum kita berkata begitu ,, jom kita taddabur surat cinta Allah buat kita..jom!!!..

" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." ( surah Al-Hadid : ayat 21-22 )

Subhanallah, indah sungguh ayat di atas kan??...Allahu’akbar…

Dalam ayat di atas ,, Allah memujuk hati hamba-hambaNYA utk tidak bersedih dgn apa yg dah berlaku pada diri mereka…kerana Allah bagtahu dlm ayatNYA itu bhwa setiap apa yg berlaku itu telah ditulis Allah dalam kitabNYA….

Maka, usah bersedih atau menyesal…dan jngn sesekali berkata “kalau”…sbb, walaupan kita berusaha utk mengelak daripda berlakunya musibah itu,pasti ia tetap berlaku kerana Allah dah tetapkannya dalam kitabNYA..nak atau tk nak,ia pasti berlaku..knpe?..kerana inshaAllah setiap yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi..

In shaAllah, mungkin musibah itu utk menjadi pengajaran buat kita supaya lebih berhati2 pada masa akn dtg..mungkin juga sbgai muhasabah pd diri kita,supaya kita selalu ingt Allah..dan mungkin itu juga utk menguji tahap keimanan hambaNYA…so,always think positive and bersangka baik dgn Allah… kerana Allah tdk pernah mezalimi diri kita.malah,tidak sama sekali..

So,sebagai org beriman, apabila diuji..tabahkan hati dan selalu pujuk hati bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya..jika rase mahu sedih or nangis,maka lakukannya kerana kdg2 sedih itu mampu menenangkan hati kita..tapi sedih yg beagaimana??...sedih dan menangislah dihadapan Allah sambil memohon pertolongn dan kekuatan drpd Allah..dan mengadulah pada Allah yg kita ni lemah sngt2 dan sangat memerlukan pertolonganNYA..dan memohonla padaNya agar di ganti musibah ini dgn perkara yg lebih baik….InshaAllah..

~Tika air mata ingin menitis dari matamu,ingatlah yg Allah itu sentiasa ada bersamamu..DIA tahu hatimu,DIA tahu segala yg ditanggung olehmu..jika kamu merasa keseorangan,kamu sebenarnya salah kerana Allah sentiasa ada dekat denganmu..Cuma kamu kdg2 lupa akan kehadiranNYA disisimu..maka,mengapa kamu perlu lemah?.bukankah kita ada Allah yang Maha Besar lagi Maha Kuasa?..maka bangunlah,dan melangkah ke hadapan kerana kita ada Allah yg menguatkan ~
CUKUPLAH ALLAH BAGIKU.. 





Cabaran di Universiti

Bismillah...

Sedikit Perkongsian drpd Recipe of Women:28 / 06 / 2014 ( Cabaran di Universiti ) :

Perkara pertama yg ustazah tanya pada student yg dtg ialah : " biasanya kamu semua bangun pagi pkul berapa?..ada tak yg bangun pada pkul 5.3O am.? sila angkat tangan "... ada sebahagian yg angkat.....lalu ustazah pun kata " lepas ni boleh tak kamu semua bangun pkul 5.00 am pula"....

ustazah juga tambah, " kalau nak cari suami mithali mesti kena cari yang sentiasa bangun pagi kul 4.30 am...kerana seorang suami sepatutnya perlu bangun tidur sebelum family dia bangun "...
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Agak2 kenapa ustazah tanya macam tu???... sebenarnya apa yg ustazah nak sampaikan ialah keberkatan dan kelebihan waktu sebelum fajar…atau kalau sempena bulan ramadhan kita akan panggil waktu ketika sahur…

Subhanallah, waktu ketika itu kalau kita sedar banyak kelebihannya..salah satunya adalah waktu mustajab untuk berdoa...waktu tu sangat sesuai untuk kita lakukan solat sunat Tahajjud, Taubat, Syukur dan sebagainya…..

Berusahalah kita untuk bangun awal untuk mengerjakan qiamulail kerana qiam itu adalah sumber kekuatan kita..sebagai student pelbagai cabaran yg kita akan hadapi sehingga kdg2 cabaran2 tersebut membuat kita lemah dan sedih…Tapi, dgn keberkatan bermunajat pada Allah pada pertengahan malam , In shaa Allah, pasti kamu akan menjadi kuat….

…Kerana, bangun Qiamullail mampu mendekatkan kamu pada Allah..Apabila kamu sentiasa dekat dgn Allah, pasti hidup kamu akan tenang..sehinggakan banyak mana pun masalah yg kamu hadapi pasti kamu rasa tenang kerana keberkatan qiam membuatkan kamu sedar bahawa kamu punya Allah Yang Maha Kuasa yg akan sentiasa membantumu….

Maka, andai di saat ni kamu lemah, tak kuat dan sbagainya, maka check la kembali hubungan kamu dgn Allah…mcm mana nak check??..checklah mutaba’ah amal kamu ( bacaan Al-Quran, solat2 sunat , mathurat dan sebagainya)…..kalau mutaba’ah amal kamu di tahap yg rendah maka hubungan kamu dgn Allah juga sebenarnya masih jauh…

maka, dari skrg, bangkitlah dan berlari lah kembali menuju Allah Yang Maha Satu..masih belum terlambat untuk mula,,dan masih belum terlambat utk berubah..kerana pintu taubat itu setiap terbuka untuk kamu selagi nyawa belum sampai ke kerongkong dan matahri belum terbit sebelah barat…ingat Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani....Dia syg pada hambaNya apabila dia sedar dia berdosa, dia cepat2 mohon keampunan dari Allah..

In shaa Allah, sempena ramadhan yg tiba ni ,sama2 kita berubah kearah yg lebih baik..gunakanlah tawaran2 yang Allah telah sediakan di bulan Ramadhan nisebaiknya dan janganlah kita jadi org yg rugi... ( Peringatn dan nasihat utk diri sendiri juga )

Wallahu’alam

Yakin dengan Pertolongan Allah SWT

Bismillah..

Subhanallah, Alhamdulillah , Allahu’akbar

Syukur Alhamdulillah pd Illahi kerana masih mengizinkan diri ni utk bernafas di muka bumi NYA..

Subhanallah, dah lama rasanya tak update blog ni...

Malam ni pun hati terdetik utk update blog sebab nak share something kat sahabat2...

Result yg keluar semalam membuat diri ku tergerak untuk share satu pengalaman yg saya alami...

 in shaa Allah, saya harap pengalamanan ni  bermanfaat buat sahabat dan moga ianya juga menjadi memori dan peringatan buat diri saya sendiri..in shaa Allah..

Pernah tak time kita exam, kita tak dapat jawab certain soalan..sebabnya kita tak baca tajuk tu?..pernah tak..mesti ada yg pernah kan..

Itu lah yang pernah saya alami masa exam sem baru-baru ni...

Sebelum saya buka kertas soalan tu saya banyak kan doa, n tawakal kat Allah, semoga Allah permudahkan segala urusan menjawab dan saya selitkan sedikit doa supaya soalan yg keluar tu berdasarkan apa yg telah satu ulangkaji..

Selesai saya berdoa, saya pun buka soalan tu..dari soalan pertama hingga soalan last...masa tu hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu ..terdapat banyak soalan yg saya tak sempat ulangkaji...soalan exam tu ada 6 soalan dan berbentuk esei. Setiap soalan ada anak dia iaitu 3 soalan. Setiap dari 6 soalan tu membawa markah 25 setiap satu....dan saya perlu pilih 4 soalan...

Memilih hanya 4 soalan dah membuat hati saya lega sebab saya dah boleh exclude soalan yg saya tak sempat ulangkaji. Tapi, sebenarnya 4 soalan yg berbaki tu ada juga yg saya tak dpt jawab..yg saya ingat kalau tak silap ada lebih kurang 3 soalan yg markah dia lebih kurang 10 markah yg saya tak dpt jawab langsung..sebab saya tak sempat nk baca langsung ..masa tu mmg nak nangis..tapi saya pujuk hati saya bahawa apa yg Allah uji saat tu ada hikmah yg tersembunyi...

Mungkin Allah mahu saya bergantung padaNYA 100% dan supaya saya tak bergantung pada usaha saya semata-mata.. Kerana saya yakin pada janji Allah bahawa Allah itu sentiasa bersama kita dan setiap kesusahan pasti ada kemudahan, maka saya tetap jawab soalan tu ...

Tapi bagaimana???..kalau nak di ikutkan mmg saya tak ada idea langsung untuk jawab soalan tu..satu point saya tak de..tapi apa yg saya buat, saya berdoa banyak2 kat Allah dalam hati saya..saya berdoa semoga Allah bagi ilham kat saya untuk jawab soalan tu..so, apa sahaja yg terilham masa tu saya terus tulis..salah ke betul saya tolak tepi...yg penting saya berusaha utk jawab...Alhamdulillah, dgn rahmat dan kasih sayang Allah akhirnya saya dpt jawab smua walaupun jawapan saya tu merapu..Alhamdulillah, dari tak de idea akhirnya ada idea utk ditulis ..itulah janji Allah utk org yg bertawakal padaNYA.. sesuai dgn firman Nya yg bermaksud :

“Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” - (Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)

Dan Alhamdulillah yg tak terhingga kpd Allah kerana apabila saya lihat result yg keluar kat portal student semalam di luar dari jangkaan saya. Subjek yg saya tak dapat jawab tu sebenarnya saya dapat A..alhamdulillah...kalau ikut jangkaan saya , saya target  hanya B sbb tak dapat jawab. Tapi semua ni kuasa Allah..Alhamdulillah, syukran pada MU ya Allah atas nikmat ni dan Alhamdulillah atas  result terbaik ni..walaupun saya tak dapat dekan tapi saya bersyukur dgn result yg saya dpt..In shaa Allah, kalau saya usaha yg terbaik dan apabila hati saya dah bersedia menerima result cemerlang., pasti satu saat saya akan dapt dekan..in shaa Allah..

Namun sebenarnya bukan dekan yg dicari tapi ilmu..moga Allah reda dgn segala ilmu yg saya pelajari,,
in shaa Allah...


 Dan buat sahabat yg busy dgn jalan dakwah, jgn pernah menjadikan alasan busy dakwah membuatkan kamu gagal dalam pelajaranmu..tapi, yakin lah bahawa kalau kita bantu Agama Allah , pasti Allah akan memnbantu kita dan mempermudahkan segala urusan kita..    

Sem 4 sudah melabuh Tirai..Wait for sem 5.!!,.In shaa Allah.


Bismillah..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu’akbar

Subhanallah, sedar tak sedar dah hampir seminggu saya berada kat umah..Allahu, begitu pantas masa berlalu..ni bermakna ramadhan juga hampir melabuhkan tirainya…subhanallah!..sedih rasanya …bestnya andai bulan Ramadhan itu  setiap hari..teringat satu hadis Rasulullah saw yg bermaksud :

”Andaikan umatku tahu, rahasia dibalik bulan Ramadhan, niscaya mereka menginginkan agar dalam satu tahun itu dijadikan bulan Ramadhan, karena di dalam bulan Ramadhan berkumpul semua kebaikan, diterimanya keta’atan, dikabulkannya permohonan, diampuninya dosa-dosa dan dirindukan oleh surga ( bagi orang yang berpuasa )."

Subhanallah, tika jari ini menari –nari atas keyboard, minda saya tak pernah luput dengan kenangan dan pengalaman hidup sepanjang sem 4…

Sem 4,,, terlalu banyak sejarah yg tersimpan..sejarah yang… in shaa Allah, mungkin bernilai buat diri saya.in shaa Allah, mungkin adalah tarbiyyah dari Allah buat diri saya...kehidupan sem 4 tidak sama dgn kehidupan semasa sem 1 , 2, 3…kerana…

Sem 4 bermulanya kehidupanku sebagai seorang Dae’i..bukan dae’i yg separuh masa, tapi sepenuh masa..Alhamdulillah, ketika ini Allah membuat diri saya busy dgn kerja-kerja Islam..mungkin pada awalnya sangat sukar untuk saya adapt diri saya dgn kesibukan belajar + kerja-kerja Islam..tapi, apabila teringat kata-kata seorang sahabat : “ Kerja –kerja  Islam ni perlu sentiasa berjalan, andai baru habis berlajar baru nak mula, maka siapa yang akan menggerakkan dan menegakkan Islam di Kampus???...bagaimana mahu bentuk biah solehah di Kampus andai semua org nk mula berdakwah selepas habis belajar?..”…Allahu,, kata-kata ni membuat hati saya lebih kuat dan yakin akan jalan yg di lalui…

Walaupun busy sehingga kadang-kadang belajar pun dah tunggang langgang, tapi hati tetap berusaha untuk istiqamah..kadang-kadang jelaous juga tengok sahabat-sahabat lain study dgn khusyuk..tapi, saya?...subhanallah, masa utk study terasa terlalu sikit,, dan biasanya esok nk test, malam tu baru saya sempat study…bukan tak usaha untuk study awal namun tetap tak sempat..mungkin masih belum pandai bahagikan masa dgn sebaik-baiknya..in Shaa Allah, mungkin lepas ni  perlu ada jadual yg lebih tersusun dan sisitematik …

Namun, apa pun yang berlaku saya akan pujuk hati saya dengan surat cinta Allah yg bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" ( 47 : 7 )

In shaa Allah, janji Allah itu sentiasa benar!...in shaa Allah, kalau kita spend  masa kita untuk membantu agama Allah pasti Allah akan mempermudahkan segala urusan kita..tapi ada syaratnya…iaitu kita tak boleh serah begitu sahaja tanpa perlu berusaha..sebagai seorang hamba usaha itu sentiasa perlu setiap masa..jangan kita busy dgn dakwah, lepas tu belajar malas, and then tawakal pada Allah tanpa usaha…no!..this is not daie ‘s attitude…Seorang daie itu dakwah dan belajar sentiasa seiring tanpa meninggalkan mana-mana kerana dia sedar  dan tahu bahawa belajar itu adalah sebahagian daripada dakwah, dan dakwah itu adalah satu kewajiban…( pesanan buat diri sendiri ).

Alhamdulillah, memang benar janji Allah, sem ni, walaupun busy tapi Allah sentiasa permudahkan urusan saya..Malah,Allah memberi bantuanNYA dgn menghantar sahabat-sahbat yg baik bersama saya,,,yg sentiasa membantu saya untuk menyiapkan pelbagai kerja and assignment…SubhAnallah…baiknya Allah…tapi kdg2 rasa sedih  dan malu dgn Allah sebab usaha dalam belajar masih kurang tapi Allah sentiasa kurniakan result yang terbaik di sisiNYA…in shaa Allah , mungkin lepas ni banyak perkara yang perlu diperbaiki terutama dari segi pembahagian masa ..in shaa Allah, moga Allah bantu segalanya….



Alhamdulillah, berakhirnya paper terakhir bertarikh 12/07 ,,bermakna dah 2 tahun saya belajar di bidang Farmasi..Allahu, pejam celik, pejam celik sekejap je ..two years more to go..hope, Allah make it easy for me and also for all my friend..in shaa Allah.. “HasbunAllahu wani’mawakil “..cukuplah Allah sebagai penolong….Sebelum mengundur diri, saya berdoa semoga Allah kurniakan result yg terbaik buat saya dan sahabat semua..moga result yg dapat menjadi kita hamba yg lebih dekat kepadaNYA..in shaa Allah….jom sama-sama kita banyakkan bermunajat pada Allah di bulan Ramadan ni..in shaa Allah….. 

~Dalam Silaturrahim itu terselit Pelbagai Barakah~

Bismillahirahmanirrahim…

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu’akbar..

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih lagi menginzinkan saya untuk melihat alam ciptaanNYA…”Alhamdulillah “

Alhamdulillah,cuti midsem nampak gayanya dan nak berakhir…

Allahua’kbar terasa rindu sangat untuk menatap wajah ummi and abah…

Terpandang wajah mak saudara teringat ummi kat kampong..rupa mak cik, dan sikapnya tak ubah seperti gaya ummi…mana tak nya, nama pun adik beradik….hehe…

Subhanallah, rindunya nak borak2 dgn ummi..rindu nak masak2 bersama ummi….

Dengan abah pula, rindu nak buat air untuk abah,,then nak sediakan makanan untuk abah..Subhanallah,,rindu semua tu…

Dengan adik beradik pula,,rindu nak bergurau senda dgn diaorang..diaorang lah sahabat saya sepanjang  berada kat rumah..

Tapi takpe in shaa Allah, ada rezeki  dan panjang umur, cuti hari wesak ni nak balik…. ^_^

Alhamdulillah,,cuti kali ni pergi melawat umah mak cik kat Saujana Putra,, seronok walaupun tak biasa dgn keluarga mak cik…

Kawan-kawan ada juga tanya kenapa balik umah mak cik je ?..kenapa tak balik umah terus…?..hehe,, saya pun tak tahu kenapa…

Tapi in shaa Allah mungkin menyahut seruan hadis Rasulullah saw yg bermaksud :        

Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau dikenang bekasnya (perjuangan atau jasanya), maka hendaklah ia menghubungkan silaturahmi.” (HR Muslim)

Barang siapa yang senang dipanjangkan umurnya, diluaskan rezekinya, dan dijauhkan dari kematian yang buruk, maka hendaklah bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturahmi.” (HR Imam Bazar, Imam Hakim)

Belajarlah dari nenek moyangmu bagaimana caranya menghubungkan rahim-rahim itu, karena silaturahmi menimbulkan kecintaan dalam keluarga, meluaskan rezeki, dan menunda kematian.” (HR Imam Tirmidzi)



In shaa Allah,, menziarahi mak cik sekeluarga lebih kepada untuk mengeratkan silaturrahim..Alhamdulillah, kalau kita tengok banyak betul hikmah menyambung silaturrahim kan..in shaa Allah,,sama-samalah kita beramal ye !..

Mudah-mudah penziarahan saya ke rumah mak cik mendapat rahmat dan reda dariNYA..aamiin…

Errm,,cuti kali juga saya juga ada sertai satu program..subhanallah, banyak pengajaran yg saya dapat dari program tu..in shaa Allah,, untuk entry seterusnya nanti saya akan share ttg program tu..



Wallahu’alam.. ^_^


~ JANGAN PERNAH HINA OR BENCI SESEORANG~



Student A :  Awak,, ce awak tengok kat sana..teruknya pakaian dia...tudung tak pakai,,pakaian pulak ketat je…Astaghfirullahal’azim..malunya…..

Aa’a,, tu sorang lagi..ce awak tengok kat sana..nampak macam budak sekolah lagi..tapi gaya mcm dah dewasa..berpegang tangan…Allahu’akbar,,kecil2 dah pandai couple..mesti kesian mak ayah diaorang kalau dpt tahu…..

Student B :..ermm.saya pun tak tahu nak kata apa…tapi kan awak,,sebagai orang Islam kan, kita tak baik kutuk, hina or benci seseorang tu ..Rasulullah sendiri pun mengajar kita supaya tak benci sesame saudara seislam….erm,,memang betul dia melakukan maksiat..tapi, kita tak boleh sesekali membenci dia..tapi yang perlu kita benci ialah perbuataan maksiat yang dia lakukan…

Student A : aik,, Kenapa kita perlu benci maksiaat yg dia buat je awak?..bukan ke dia tu jahat juga sbb buat maksiat…tak kan kita nak suka pulak kat dia sedangkan dia buat maksiat…malukan agama kita je awak,,tu lah saya benci tengok org macam tu….

Student B  : Astaghfirullahal’azim……awak,,tak baik kata macam tu…..awak,kalau awak nak tahu knpa kita perlu benci maksiat yg dilakukannya je dan bukan orgnya,,sebab kita tak tahu keadaannya..kita tak tahu hati dia..mungkin dalam hati dia,,dia nak berubah sangat2 tapi di sebabkan masalah tertentu dia masih belum mampu melakukannya…

Fitrah manusia sendiri  sukakan kebaikan..mungkin hari ini kita tengok dia lebih teruk dari kita , tapi hari-hari esok kita tak tahu dia macam mana..mungkin dia lebih mulia dan baik dari kita..In shaa Allah…..so, kita tak boleh sesekali sangka buruk kat seseorang tu…sangka buruk itu boleh menghapuskan amalan kebaikan kita tau…

Erm , saya teringat kata seorang ustaz , dia kata “  kalau Islam tu ada dalam diri dan hati kita, pasti akan wujud kasih sayang dalam hati kita..dan apabila kita lihat orang yg bermaksiat kita tak akan mengutuk dia..tapiii, kita akan rasa kasihan melihat dia, kerana dia masih jauh dari Allah,,Dan kalau dia mampu tegur, dia akan tegur tapi jika dia tak mampu dia akan berdoa supaya Allah beri petunjuk kepada pelaku maksiat tersebut…kerana dia sedar  orang Islam tu bersaudara.” .. wallahu’alam..

Student A : Alhamdulillah,, terima kasih awak atas kata nasihat tu..betul kata awak…Allah tak tengok permulaan kita tapi Allah tengok pengakhiran kita..Astaghfirullahal’azim,,semoga Allah ampunkan segala dosa saya kerana bersangka buruk dan membenci saudara sendiri… T_T….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Jangan sesekali kita menyangka yang tidak menutup aurat atau yang melakukan banyak maksiat itu hina...

mgkin kita tidak tahu hati mereka macam mane..

sejahat mana pun manusia,sebenarnya jauh di sudut hati mereka,,mereka ingin berubah menjadi baik kerana fitrah manusia sendiri suka akan kebaikan...

cuma mungkin mereka masih tidak mampu berubah kerana disebabkan faktor persekitaran ,keluarga ataupun lain-lain...

maka,,jangan sesekali kita menghina mereka..tapi kasihani mereka dan berdoalah buat mereka mudah-mudah Allah lembutkan hati mereka untuk berubah dan permudahkan urusan mereka mencari reda Allah,,in shaa Allah..

Pernah,,dulu ada seorang sahabat yang tidak bertudung,,,apabila saya biasa menasihati dia tapi bukan mengenai menutup aurat ,,tapi saya menasihati dia mengenai pelajaran...

Alhamdulillah hatinya lembut dan sukakan kebaikan,,dan apabila saya nasihat menggunakan ayat2 Al-Quran,dia cakap Al-Quran itu sangat indah dan menenangkan dirinya,,,,

Subhanallah,,bertapa lembut hati manusia ni andai kita sirami dgn ayat-ayat Al-Quran..dan dia pernah cakap nak berubah tapi dia masih belum mampu kerana sbb tertentu,,Tapi sekarang dah lama tak jupa dia..ape2 pun semoga Allah merahmati dia sekeluarga dan memudahkan urusannya utk berubah,,in shaa Allah..

Sebagai saudara Islam,,sama-samalah kita berdoa buat mereka yang masih jauh dari Allah,,mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kpd mereka..in shaa Allah..

WALLAHU'ALAM...
 ~ Yang baik semua dtg daripd Allah, yg kurang adalah dari kelemahan diri saya sendiri~



"Dia Insan Yang Sangat Ku Rindui"

Selepas jogging (sebelum asar )

Awak,,jom kita  duk kat bangku tu..penat lah…” kata Aina “

A’a lah..jom..heee…awak, tuu,, azan dah berkumandang dah…Alhamdulillah…” kata imah “

( Mereka berdua duduk dgn diam sambil mendengar  laungan azan yg merdu itu )

Aina : ( duduk sambil memandang pada sahabatnya , imah yang khusyuk menghayati laungan azan )

Seusai azan di laungkan……

Aina : awak , kenapa masa lafaz azan ‘ Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah “ ,, saya tengok awak macam sedih dan nangis je..?

Imah : awak,,memang saya nangis pun, ,awak nak tahu ke kenapa?

Aina : a’a , nak…..

Imah : awak, sebenarnya kan …saya rindu sangat kat Rasulallah saw…sangat rindu..saya teringat satu hadis di mana ….

Ketika itu Baginda Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk berkumpul bersama-sama para sahabat...

Di antara sahabat-sahabat termasuklah Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan yang lain...
Lalu kemudian Baginda bertanya kepada sahabat-sahabatnya...

Wahai sahabatku, tahukah kalian...Siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?

Para sahabat terdiam... lalu ada salah seorang sahabat berkata...

Para Malaikat ya Rasulallah... merekalah yang mulia
Baginda berkata...

Ya, para Malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah... Mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah... tentulah mereka mulia... tapi bukan itu yang ku maksudkan

Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam...
Tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata...
Ya Rasulallah, tentulah para Nabi...merekalah yang mulia itu

Nabi Muhammad s.a.w tersenyum... baginda berkata...
Para Nabi itu mulia...mereka adalah utusan Allah di muka bumi ini... bagaimana mungkin mereka tidak mulia...mereka mulia... tapi ada lagi yang lainnya

Para sahabat terdiam...tertanya... siapa lagi orang yang mulia...

Hingga kemudian salah seorang sahabat berkata...

Ya Rasulallah... apakah kami sahabatMu ya Rasulallah...apakah kami yang mulia itu Ya Rasul?

Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu... Baginda tersenyum melihat para sahabat...

Baginda berkata...
Tentulah kalian mulia...kalian dekat denganku...kalian membantu perjuanganku... mana mungkin kalian tidak mulia...tentulah kalian mulia... tapi ada lagi yang lain yang mulia

Para sahabat terdiam semuanya... mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi...

Lalu tiba-tiba... Nabi Muhammad menundukkan wajahnya... Baginda menangis di hadapan sahabat-sahabatnya...
Para sahabat tertanya-tanya...

Mengapa kau menangis Ya Rasulallah?

Lalu Baginda mengangkat wajahnya... terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya...

Baginda berkata...
Wahai saudaraku... sahabatku... tahukah kalian siapa yang mulia itu... mereka adalah manusia-manusia... mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti... mereka begitu mencintai Allah dan tahukah kalian... mereka tidak pernah memandangku... mereka tidak pernah melihat wajahku... mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian... tapi mereka begitu rindu kepada ku dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya... Aku pun rindu kepada mereka... mereka yang mulia itu...merekalah umatku..

( imah terus menangis kerana tak tahan rasa rindunya utk bertemu baginda )

Aina : ( Mendengar penjelasan drpada sahbatnya membuatkan dirinya turut mengalir air mata sambil berbicara dlm hatinya “ Ya Allah , aku juga rindu pada kekasihMU , Muhammad saw..tapi aku malu untuk bertemu beliau..kerana masih banyak sunnah beliau yg aku tidak aku amalkan….astaghfirullah.. T_T )

Imah : Awak ,,kadang2 saya risau sangat2…saya selalu tertanya pada diri saya..layakkah saya untuk bertemu dgn Allah SWT dan Rasulallah saw ?...saya banyak dosa…masih banyak perintah NYA dan  sunnah beliau yg saya tinggal…Tapi saya betul2 nak lihat wajah Rasulallah…selama ni saya hanya dengar kisah-kisah tentang kemuliaannya..tapi , skrg saya tak sabar untuk wajah insan yg sungguh mulia…Allahu’kbar .. T_T…….

……………………………………………………………………………………………………………………


buat sahabat yang disayangi kerana Allah,,,jom sama kita muhasabah kembali diri kita….sejauh mana cinta kita kepada Rasulullah???......

Kadang-kadang rasa sedih lihat anak-anak muda zaman sekarang kerana Rasulullah bukan lagi menjadi Idola mereka ….tapi artis-artis korea, dan lain –lain yang semakin dikaguminya….

Allahu’akbar..sudahkah kita lupa akan pengorbanan Rasulullah ???... Subhanallah,,sahabat, Rasulullah sangat mencintai dan merindui kita…cinta dan rindu beliau melebihi rindu seorang mak dan ayah pada anaknya…tapi, pernahkah dalam kehidupan kita ingat , cinta dan rindu pada Rasulullah saw?pernahkah?..kalau pernah,, adakah bibir kita basah dengan selawat padanya?,,adakah akhlak kita sama sepertinya? Adakah sunnahnya menjadi rutin harian kita??.....

Astaghfirullah…..moga Allah ampunkan segala dosa kita semua di atas kelalaian kita dalam mengingatiNYA dan kekasihNYA…..
# peringat buat diri sendiri dan sahabat semua


Wallahu’alam..

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.