Bismillahirahmanirrahim…
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu’akbar..
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih lagi menginzinkan
saya untuk melihat alam ciptaanNYA…”Alhamdulillah “
Alhamdulillah,cuti midsem nampak gayanya dan nak berakhir…
Allahua’kbar terasa rindu sangat untuk menatap wajah ummi
and abah…
Terpandang wajah mak saudara teringat ummi kat kampong..rupa
mak cik, dan sikapnya tak ubah seperti gaya ummi…mana tak nya, nama pun adik
beradik….hehe…
Subhanallah, rindunya nak borak2 dgn ummi..rindu nak masak2
bersama ummi….
Dengan abah pula, rindu nak buat air untuk abah,,then nak
sediakan makanan untuk abah..Subhanallah,,rindu semua tu…
Dengan adik beradik pula,,rindu nak bergurau senda dgn
diaorang..diaorang lah sahabat saya sepanjang berada kat rumah..
Tapi takpe in shaa Allah, ada rezeki dan panjang umur, cuti hari wesak ni nak balik….
^_^
Alhamdulillah,,cuti kali ni pergi melawat umah mak cik kat Saujana
Putra,, seronok walaupun tak biasa dgn keluarga mak cik…
Kawan-kawan ada juga tanya kenapa balik umah mak cik je
?..kenapa tak balik umah terus…?..hehe,, saya pun tak tahu kenapa…
Tapi in shaa Allah mungkin menyahut seruan hadis Rasulullah
saw yg bermaksud :
“Barang siapa yang ingin diluaskan
rezekinya atau dikenang bekasnya (perjuangan atau
jasanya), maka hendaklah ia menghubungkan silaturahmi.” (HR Muslim)
“Barang siapa yang senang dipanjangkan
umurnya, diluaskan rezekinya, dan dijauhkan
dari kematian yang buruk, maka hendaklah bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturahmi.” (HR Imam Bazar, Imam Hakim)
“Belajarlah dari nenek moyangmu bagaimana caranya menghubungkan rahim-rahim itu, karena silaturahmi menimbulkan kecintaan dalam keluarga, meluaskan rezeki, dan menunda kematian.” (HR Imam Tirmidzi)
In shaa Allah,, menziarahi mak cik sekeluarga
lebih kepada untuk mengeratkan silaturrahim..Alhamdulillah, kalau kita tengok
banyak betul hikmah menyambung silaturrahim kan..in shaa Allah,,sama-samalah
kita beramal ye !..
Mudah-mudah penziarahan saya ke rumah mak cik
mendapat rahmat dan reda dariNYA..aamiin…
Errm,,cuti kali juga saya juga ada sertai satu
program..subhanallah, banyak pengajaran yg saya dapat dari program tu..in shaa
Allah,, untuk entry seterusnya nanti saya akan share ttg program tu..
Wallahu’alam.. ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan