Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


Kesan Maksiat dan Dosa


Dosa dan noda yang dilakukan manusia sesungguhnya mendatangkan banyak keburukan atau kerosakan kepada kehidupan sejagat,khususnya tehadap diri manusia sama ada jasmani dan rohani.Di antara kesan buruk dari segi rohani ialah terhalang cahaya ilmu,menggelapkan hati dan lupa menjujung perntah dan suruhan ALLAH...

1)Terhalang Cahaya Ilmu

    Iman Syafie sejak kecil adalah seorang pelajar yang cerdas serta mempunyai daya ingatan istimewa.Beliau hafaz Al-Quran sejak berusia  7 tahun.Beliau adalah seorang murid kepada Imam Malik.Antara kitab yang dipelajari dari gurunya ialah Al-Muwatta',sebuah kitab hadis.Ketika mentelaah kitab berkenaan beliau pernah dinasihati oleh Imam Malik seperti mana kata-kata berikut;
         "Allah s.w.t telah mengurniakan cahaya di hati anda,.Janganlah anda padamkan cahaya itu dengan     kegelapan maksiat."

   Nasihat ini bukan untuk Imam Syafie sahaja tetapi untuk seluruh manusia yang cemerlang akhlak dan berilmu pengetahuan.

 Lalu Imam Syafie mengarang sebuah syair yang bermaksud:
       "ketahuilah bahawa ilmu itu suatu keistmewaan .Dan keistimewaan Allah tidak dberikan kepada pelaku maksiat."

2)Mengelapkan Hati

   Melakukan suatu dosa boleh menyebabkan hati menjadi gelap dan susah menerima hidayah Allah s.w.t.Mengikut Abu Hurairah,rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud, "sesungguhnya apabla seseorang itu melakukan satu kesalahan,munculah satu titik hitam dalam hatinya,jika ia meninggalkan kesalahan itu dengan beristighfar dan bertaubat maka hatinya kembali besih dan apabila ia mengulangi kesalahan,bertambah titik-titik hitam itu dalam hatinya sehingga menutupi cahaya hati,yang mana  disebutkan oleh Allah s.w.t.."Sebenarnya (pada ayat-ayat kami tdak ada cacatnya)bahkan mata hati,mereka telah diselaputi kekotoran (dosa) dengan sebab (perbuatan kufur dn maksiat) yang mereka kerjakan."(Riwayat Tarmizi)

Menurut huraian Imam Al-Ghazali,apabila karat dan kotoran telah menebal di hati,ia bertukar menjadi tabiat.Keadaan ini samalah seperti daki-daki dan kotoran yang melekat dipermukaan cermin.Semakin lama keotoran itu dibiarkan dan tidak dibersihkan akhirnya terserap dalam zat cermin itu hingga menjadi rosak .Keadaanya samalah seperti hati yg sebati dgn maksiat.

3) Lupa Menjunjung Perintah ALLAH S.W.T.

   Perbuatan maksiat boleh menyebabkan seseorang itu lalai serta lupa melakukan ketaatan dan kerja-kerja kebaikan.Firman ALLAH S.W.T.:"Dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang telah melupakan( perintah-perintah) Allah,lalu menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan )diri mereka .Mereka itulah orang-orang fasik(derhaka)"

 Hati ibarat cermin.Cermin boleh jadi gelap apabila banyak kekotoran melekat padanya.Demikian hati,menjadi gelap akibat dosa-dosa yang kita lakukan.Hati yang gelap sukar menembusi cahaya hidayah Allah s.w.t.Oleh itu setiap orang islam atau mukmin hendaklah bersihkan hatinya dengan beristighfar ,taubat dan meninggalkan maksiat di samping melakukan ketaatan kepada ALLAH.

"Ya Allah,ampunilah segala dosa kami,pimpinkanlah hati kami ke jalan yang diredai-MU"


"Ya Allah,ampunkanlah segala dosa hamba-MU yang hina ini,sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang"

~...SEntiaSaLAH berMOhon kepada ALLAH....~





    Alhamdulillah,,,segala puji hanya bagi ALLAH kerana msih memberi peluang kepada ana untuk melihat alam ciptaan-NYA yg cukup indah dan sempurna tanpa sebarang kecacatan….erm,dah lame tak update blog ni…biaselah sibuk dgn study….erm,cakap pasal study kan,,,macam2 dugaan dan ujian yg kita hadapi time study…kadang2 kita tak faham ape yang kita belajar,,kalau faham pun tak semua…so,apabila nak buat tutorial dan nak siapkan lab report pun susah…bukan tu saje ,,tapi kadang2 kita ni mudah lupa apa yg kite belajar sehingga time nak jawab exam, kita  confuse sama ada jawapan kita tu betul atau tak….tapi,apa2 yg berlaku masa kita study,,,janganlah kita mengeluh,sedih dan berputus asa kerana kita masih ada ALLAH yg sentiasa bersama kita….apabila kita mghadapi kesukaran or kesulitan,,,mohonlah pada-NYA,,sesungguhnya ALLAH sentiasa bersedia mendengar rintihan kita dan menolong kita….yer,kita memeng tak nampak ALLAH, tak dapat sentuh  ALLAH, tak dapat dengar ucapan ALLAH,,,tapi sebenarnya ALLAH dekat sangat dgn kite…sangat3 dekat…lebih dekat dari urat nadi kita…SUBHANALLAH….betapa dekat nya ALLAH dengan kita…cume kita je tak sedar…

   Di sini ana nak pesan kat sahabtat2 smua,,,,dalam kita mengejar kejayaan dunia,,,janganlah lupa untuk mengejar  kejayaan di akhrat kelak yg lebih abadi dan kekal….janganlah kite terlalu leka dgn dunia yg sementara ini sehinggakan kita lalai dgn tanggungjawab kita sebagai hamba-NYA….Sekiranye kita lalai dgn kehidupan dunia ni,kita yang akan rugi di akhirat kelak….ar,,,cuba kita bayangkan apabila kita careless time jawab soalan,,..example soalan kimia or matematik,,,dan kite tak perasan yg kite ade buat careless sehinggakan lepas kita hantar kertas soalan tu baru kita sedar dan teringat….tapi,semua tu dah tak berguna lagi…yer lah,kertas soalan dah hantar,,jadi macam mana lah kite nak betulkan balik kan…betul tak?erm,akhirnya result yang kita dapat  tak sebagus yg kita mahukan dan kadang2 kita boleh gagal disebabkan kecarelessan kita...btul tak?….ha,,,begitu jugaklah dengan kehidupan kat dunia ni…kalau kita lalai sehingga kita mati kita masih xsedar yg kita buat salah,kita akan rugi dan gagal di akhirat kelak dan kita tak boleh dah berpatah balik untuk perbaiki kesalahan kita kerana kita dah terlambat….mane mungkin orangg  yang mati boleh hidup balik kecuali dgn izin-NYA…..yer,kegagalan ket dunia kita boleh jadikan pengajaran dan pendorong  kejayaan,,,tetapi kegagalan kat akhirat bermakna kita akan gagal selama-lamanya…Oleh itu,,dalam mengharungi kehidupan didunia yg fana ni janganlah kita lalai dalam melaksanakan ketaatan kepada-NYA…sekiranya kita ada melakukan kesalahan,,kita kembalilah kpd ALLAH,mohonlah keampunan kepada-NYA….Banyak mana pun dosa kita,INSYA-ALLAH,ALLAH still ampunkan smua dosa kite…yang penting kita jangan sesekali berputus asa dgn rahmat dan keampunan drpd-NYA….sesungguhnya “ALLAH ITU ADALAH TUHAN YANG MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENGASIHANI”…

Result Exam... ^_^

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah kerana masih memberi peluang kepada saya untuk menghirup udara yg segar hari ini....hmm,tanpa sedari,dah hampir satu bulan 10 hari dah saya bercuti,tapi raya macam beberapa hari je...SubhanAllah,betapa sekejap je mase berlalu...erm,ni lah sebenarnye menunjukan hari kiamat semakin dekat.,,SubhanAllah...."Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami dan pimpinlah kami untuk hidup dijalan yg diredai-MU dan matilah kami dalam keadaan husnul khatimah...amin ya Allah.".........

Ermm,tak lame lagi sem 2 pule akan bermule..Namun tiada persiapaann ape pom yg saya lakukan untuk sem 2...Alhamdulillah,,sem 1 telah sempurna dgn jayanya...result pom dah dapat..Alhamdulillah sngt3 kepada Allah kerana telah mmperkenankan doa saya dan terima kasih jg pada umi n abah krana telah byk mmberi dorongan kepada saya selama ini....Alhamdulillah,.xsangka dpat result yg saya harapkan..walaupun xdapat 4flat tpi syukur sngt2...~ALHAMDULILLAH..Erm,ape yg pntng sem 2 nanti saya nk buat yg lebih3 bgus..tpi sblum tu saya perlu buat yg terbaik lam exm MUET..Insya-ALLAH,mdh2an ALLAH akan tlg saya..amin.....but,the most,most,most important ialah  saya ingin mjadi hamba-NYA yg solehah,anak yg solehah dan mjdi hamba yg dcintai-NYA..insya-Allah,amin.....kpd sahabat semua,jgnlah sedih sekirenye kite gagal tpi jdikan lah kegagalan itu sbgai pndorong kejayaan anda...ape yg  sahabat patut sedih ialah sedih apbile sahabt gagal di akhirat kelak...renungkanlah mutiara kata dibawah:

~....Bijaksana bukan terletak pada sijil,phd,tangga gajimu,terbitan di jurnal.Bukan pula pada gelaran profesor,ustaz dan tuan guru,namun ia terletak kepada sejauh mana ilmumu dapat di manfaati oleh dirimu dan masyarakat.Berinteraksilah dgn masyarakat agar kamu kenali dirimu.Kenalkan mereka destinasi sebenar kehidupan dan cara terbaik menujunya .Lebih ramai mengambil manfaat darimu,lebih bijaksana kamu di sisi ALLAH..~
~..Sesungguhnye orang yg bijak di kalangan kamu ialah orang yg sentiasa bersedia menghadapi kematian...~ (sabda Rasulullah s.a.w))

MANA KAABAH?MANA KAABAH?


                               (kisah benar)

 Sedang kami melakukan tawaf pada satu musim haji kira-kira 5 tahun lalu,seorang jemaah yg berada di sebelah saya tiba-tiba merungut seorang diri.
  "Eh ke mana kaabah ni?Tadi nampak, ni dah ghaib pulak!"kata lelaki berusia  di pertengahan abad 30-an itu.

   Ghaib?Terkejut saya yg mendengar keluhannya itu."Eh yg sebelah abang haji tu kan Baitullah?Besar tu,"kata  saya.Rungutannya sungguh tak masuk akal sebab ketika itu Baitullah betul-betul di sebelah kiri kami.Adalah mustahil Baitullah yg besar tersergam itu tidak dapat dilihatnya.

  "Mana ada Tuan Aji.Tak nampak pun,"rungutnya.Walaupun saya lebih muda berbanding dirinya,lelaki berkenaan memangil saya Tuan Aji.

   "Astaghfrullah halazim.Tak apalah bang,abang ikut sayalah.Saya pegang tangan,sementara itu abang istighfarlah banyak-banyak."Saya pimpin tangan lelaki itu dan kami meneruskan tawaf.Namun sepanjang tawaf itu dia masih tidak dapat melihat kaabah yang berada di sebelahnya.Apakah yg berlaku kepadanya?Cuma Allah yang mengetahui.

   Allah itu Maha Besar.Masuk pusingan ke 6 barulah dia dapat melihat Kaabah semula.Alhamdulillah,kami dapat habiskan tawaf dengan baik dan Kaabah tidak lagi ghaib daripada pandangan matanya.
    Selesai tawaf dan ibadah-ibadah lain,saya mendekati lelaki tersebut yang kelihatan begitu murung.

      "Kenapa murung saja bang?"tanya saya.

      "Saya rasa saya tau kenapa kaabah  hilang dari penglihatan saya,”jawabnya.

      “Apa puncanya abang?”

       “Saya rasa sebab saya derhaka pada kedua orang tua saya.Mungkin kerana itulah Allah tunjukkan kesilapan tersebut kepada saya.Kedua,saya solat ikut hati saya.Kalau saya rajin saya solat,kalau rasa-rasa malas saya tak solat”.

     “Kalau saya solat pun dihujung waktu.Dah nak masuk magrib barulah saya tunaikan solat asar.Itu pun jarang-jarang.Bagaimanapun,kesilapan saya yang paling teruk ialah menderhakai kepada orang tua saya.”
  Lelaki berkenaan menyambung ceritanya.Dengan suara perlahan dan wajah muram dia memberitahu,”Sejak berkahwin saya tak pernah balik ke rumah orang tua saya.Mereka suruh balik pun saya tak balik.Masa saya bekerja saya ada bagi pada orang tua saya,tapi setelah ada anak saya tak lagi bagi mereka wang,walaupun satu sen.”

       Menurut lelaki itu,sudah empat tahun dia tidak balik ke kampung untu menjenguk kedua orang tuanya.Malah,dia langsung tidak memberitahu mereka tentang pemergiannya ke Mekah.

     Bukan itu saja,hubungan dengan adik-beradik yang lain pun sudah putus.Ia berlaku akibat perselisihan faham yang menyebabkan dia berkecil hati dan seterusnya menjauhkan diri dari keluarga.

    “Isteri saya boros,jadi keluarga saya tegur perangainya itu.Tapi saya tak mau dengar,malah saya marahi mereka.”

    Sudahlah begitu,menurut lelaki berkenaan,dia memberi amaran pada keluarganya supaya jangan mencampuri urusan keluarganya.”Jangan pandai-pandai nak nasihatkan saya,nak ajar isteri saya.Dia isteri saya,saya taulah macam mana nak mendidiknya.Saya ada anak,ada isteri,duit saya saya adalah untuk mereka.Saya ada tanggungjawab,takkan saya nak kasi mak saja.Engkau orang semua kena fikir juga masalah aku,”kata lelaki berkenaan kepada adik-beradiknya.

    “Bukan macam tu bang.Kalau dibandingkan dengan kami,abang tu senang sikit,banyak duit.Kami ni susah,jadi apa salahnya kalau abang berikan mak dan ayah wang.Emak dan ayah tu dah tua,kitalah yang kena tanggung mereka pulak.Kami semua memang beri tapi tak banyak,”jawab salah seorang adiknya.

   Sejak itu lelaki berkenaan mula berselisih faham dengan keluargnya.Dia lebih menyebelahi isteri berbanding ibu bapanya sendir.Peristiwa itu sudah 4 tahun berlalu namun lelaki berkenaan masih menyimpan rasa dendam dan benci kepada ibu dan ayahnya langsung dia tidak ambil tahu.

    “Saya tak tahulah apa yang berlaku kepada keluarga saya sekarang.Saya terasa hati bila merea kata isteri saya macam-macam.Siapa boleh tahan kalau orang mengata isteri kita macam-macam.Tapi mungkin betul juga kata mereka itu…isteri saya memang boros.Cuma saya saja tak nak mengakui sifat buruknya itu.Itulah kesilapan saya.”

    “Apa yang akan abang buat selepas ni?”Tanya saya.

   “Saya nak balik kampung dan nak mintak maaf pada ibu bapa dan keluarga saya.Saya juga akan nasihatkan isteri saya supaya tidak supaya tidak boros lagi.Semoga Allah ampunkan kesilapan saya.”

        Kejadian tersebut benar-benar menginsafkan lelaki berkenaan.Dari raut wajahnya dan ketekunannya mengerjakan ibadah,saya pasti dia benar-benar menyesali kesilapannya dahulu.

   Sejak dia pulang ke Malaysia hinggalah hari ini,saya tidak tahu apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan dan keluarganya.Saya percaya dia telah bertaubat.

    Dizaman sekarang yang nilai-nilai kekeluargaan dan rasa hormat kepada orang tua semakin terhakis,saya percaya kisah ini dapat dijadikan iktibar.Kisah si Tanggang atau Malim Kundang mahupun Aqamah dan Juraij adalah sebahagian contoh kisah-kisah balasan yang diterima oleh anak yang menderhaka kepada ibu bapanya.Jadikanlah ia sebagai teladan.

     “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya),dan tempoh menceraikan susunya ialah 2 tahun;(dengan demikian )bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua –dua ibu bapamu;dan (ingatlah)kepada Aku juga tempat kembali”   [Surah Luqman 31:14]

 dipetik daripada buku Air Mata Dipintu Baitullah,hasil tulisan Datuk Haji Mazlan Nasron
    Penerbit:PROGRESSIVE PUBLSHING HOUSE SDN.BHD

~..MUTIARA KATA BUAT SAHABAT..~


Sahabat yang beriman....
ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia....
bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati....
menjadi pendorong impian..
Sahabat berhati mulia.....
membawa kita ke jalan ALLAH.....!!

"Sahabat yang baik,apabila dipandang wajahnya,
membawa mengingati ALLAH,mendengar kata-katanya
menambahkan ilmu,terlihat gerak gerinya meninggikan
takut kepada ALLAH,berkawan dengannya
berjuang di jalan ALLAH"
       ~..salam ukhuwah..~

"Sahabat....
jika dirasakan permata nilam itu indah,
indah lagi ukhuwah yang terjalin sesama insan.."

"...Persahabatan yang begitu erat punya pengertian
yang dalam bagi yang menghargainya...."

~..Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh cari sahabat,
dan orang yang lebih lemah itu ialah orang yang mensia-siakan
sahabat yang telah dicari...~[ saidina ali]

"Sahabatku,,
Perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman,
Mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwah,
Istiqamah dalam perjuangan bukti keimanan,
Semoga ikatan ukhuwah ini terbina untuk selamanya..~uhibbukum fillah~"

"Friendship isn't how you forget,but how you forgive.
Not how you listen,but how you understand.
Not how you see,but how you feel.
Not how you let go,but how you hold on.."

"Sesungguhnya seorang muslim itu,apabila berjalan di jalan dakwah,
ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,bahkan,dibawa bersama hati
saudaranya.Justeru itu,setiap pahala yang didapati disepanjang perjalanannya
pasti akan terbias  untuk saudara persejuangannya"..(mustafa masyhur)

"..A friend is someone you can be alone with and having nonthing
to do and not be able to think of anything to say and be comfortable
in the silent.."~sheryl condie


~Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi.
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..
Tanpa persahabatan,percintaan akan berakhir..
Tetapi tanpa percintaan,persahabatan boleh kekal...
Oleh itu,hargailah persahabatan yang terjalin.~

BALASAN MENINGALKAN SOLAT.....renungkanlah wahai temanku..♥♥♥


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."



Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"



Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.



Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.