Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


BALASAN MENINGALKAN SOLAT.....renungkanlah wahai temanku..♥♥♥


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."



Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"



Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.



Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.