Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


Hati itu..

Bismillahirrahmanirrahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu'akbar

(16 Januari 2015)


Dalam perjalanan pulang ke K.Terengganu awal pagi tadi...
sedih terpandang banyak pokok2 yang mati dan kekeringan..hati tertanya2,kenapa pokok2 tu mati?..

blh jadi mgkin disebabkan tak cukup air,xcukup baja atau terlebih cahaya matahari dalam tempoh tertentu...

terdetik di hati, agaknya begitu jua lah dengan hati manusia..hati manusia itu juga blh mati seperti pokok2 tersebut andai tidak di isi dgn makanan rohani (ilmu2 agama) dalam tempoh masa yang lama ataupun overload dgn dosa-dosa..

tapi, pilihan tu semua adalah di tangan kita...

sama ada kita nak biarkan hati kita mati seperti matinya pokok2 tersebut dan tak mampu memberi manfaat pada org lain ataupun jadi seperti pokok2 yang menghijau, segar, indah di pandang mata dan mampu memberi manfaat pada manusia (oksigen, buah-buahan, ulam-ulaman, penawar kpd penyakit dll.).....

maka, pilihlah!!..

pilihanlah utk menjadi manusia yg bermanfaat pada manusia lain....

jadilah manusia yg mampu membantu manusia lain menuju reda NYA..

hati yg hidup adalah hati yg sgt dekat dgnNYA,,hati yg penuh dengan cinta Allah dan Rasulullah...

Binalah hati kita..agar hati itu mampu membawa kita ke syurgaNYA..in shaa Allah..

Wallahu'alam..
in shaa Allah, sama-samalah kita renungkan 


Hidup yang Sementara

Bismillahirrahmanirrahim

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allhu'akbar

(12 Januari 2015)

Sebelum 5 minit nak start exam pagi tadi (sambil2 tengok jam kat diding dlm dewan peperiksaan tadi),
tiba-tiba terdetik kat hati..

kehidupan dunia ni sebenarnya ibarat macam tengah jawab exam final..sebab apa?

sedar tak, kita belajar biasanya lama hingga sampai berhari-hari, berjam-jam,,,

tapi, kita di beri masa utk jawab exam 2 or 3 jam je kan? sekejap sgt..time tu lah kita perlu struggle, buat betul2, susah mana pun kita cuba jawab juga sebb takut kalau tak buat terbaik , nanti GAGAL...

..dan kerana kita sedar masajawab exam sgt pendeklah, kita cuba fokus2 betul pada soalan tanpa biarkan masa itu berlalu dgn sia-sia...

Begitulah dgn kehidupan kita kat dunia ni..hidup kita kat dunia ni sebenarnya sekejap sngat..Allah izinkan kita hidup kat dunia sekejap sgt kalau nak dibandingkan hidup kita kat akhirat..tapi kadang-kadang kita lupa dan lalai dan merasakan hidup kat dunia ni lama..

andai benar kita sedar masa hidup kat dunia ni sangat sekejap, in shaa Allah pasti kita akan manfaatkan betul2 masa kita dgn perkara kebaikan sepertimana kita manfaatkan masa kita time jawab soalan exam...

sbb apa?..sebab kita tak nak GAGAL dekat akhirat....
andai benar kita sedar dan yakin dunia ni hanya pinjaman dan kita semua akan mati, pasti kita tak kan sia-siakan masa-masa kita dengan perkara yg tak berfaedah....pasti kita akan lebih fokus pada matlamat kehidupan kita iaitu mencapai REDA ALLAH SWT..

Wallahua'alam.
‘Astaghfirullahal’adzim...
‘Astaghfirullahal’adzim...
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’

moga Allah ampunkan segala dosa kita dan sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kpd kita semua..in shaa Allah

‪#‎peringatan‬ buat diri sendiri, in shaa Allah ^_^

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.