Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


Ilmu - Adakah hanya kerana segulung ijazah ???



"Dari Anas bin Malik ia berkata: Sabda Rasulullah S.A.W: “ Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan keatas setiap muslim". ( Riwayat Al-Imam Ibnu Majjah )


Menuntut ilmu adalah satu kewajiban

                Berdasarkan hadis di atas, menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang wajib ke atas setiap umat islam. Malah,kalau sahabat masih ingat, wahyu yang pertama yang diturunkan oleh Allah buat baginda ialah ayat 1-5, surah Al-Alaq di mana Allah menyeru baginda dan umatnya untuk mencari ilmu melalui bacaan.Ilmu adalah penting buat umat Islam. Wahai sahabat ingatlah bahawa tanpa ilmu umat Islam pasti mundur!!..Menuntut ilmu adalah penting untuk pembangunan umat Islam.

Cuba sahabat  ingat kembali sejarah kegemilangan Islam.Kejayaan dan kecemerlangan umat Islam ketika itu adalah sebenarnya disebabkan kesungguhan dan keikhlasan tokoh-tokoh Islam dalam menuntut ilmu. Kita pula bagaimana?? Pasti kita ingin berjaya seperti mereka jugakan ? Tapi,adakah kita ikhlas dalam menuntut ilmu ataupun hanya ingin mengejar pangkat dan darjat?...Fikirkanlah kembali…


Reda Allah ataupun demi segulung ijazah??

Ahmad : “Aziz, kau sambung belajar kat universiti sebab ape?”

Azizi : “Ala, kau ni..soalan tu pun kau tanya..aku belajar tentulah untuk masa depan aku.Aku nak belajar sungguh-sungguh supaya nanti aku dapat ijazah dan seterusnya dapat pekerjaan yang aku ingini.”

Rata-rata kalau di tanya tujuan belajar, pasti jawapannya kerana ingin mendapatkan segulung ijazah,pekerjaan dan ada juga kerana pangkat dan nama.Subhanallah, begitu jahilnya kita. Kalau itu sahajalah niat kita maka sia-sialah ilmu yang dipelajari.Apa gunanya jika kita belajar bersungguh-sungguh dan menghafaz semua ilmu tetapi apabila kita sudah Berjaya mengenggam segulung ijazah kita lupa semuanya.

Sudahkah kita lupa bahawa kita menuntut ilmu ini sebenarnya untuk mencari reda Allah semata-mata.Sahabat , renungkanlah kembali dirimu.Kita menuntut ilmu sebenarnya adalah untuk mendekat diri kita pada Allah,untuk membezakan antara perkara yang hak dan batil dan yang paling utama untuk memperjuangkan agama islam!!...


Maka,,mulai hari ini sama-samalah kita perbaiki niat kita dalam menuntut ilmu.Janganlah kita menuntut ilmu kerana ingin memiliki segulung ijazah,bergaji besar, berpangkat tinggi, dapat pujian masyarakat dan sebagainya kerana ia pasti memberi kerugian kepada kita.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak”[Hadis  Riwayat Abu Daud ]

 Sanggupkah kita kerana mengejar segulung ijazah,bergaji besar, berpangkat tinggi, dan pujian masyarakat, kita hilang nikmat syurga di akhirat kelak??..Muhasabahlah dirimu,,belajarlah kerana Allah semata-mata dan belajar lah bersungguh demi membantu umat Islam terutama saudara kita di Mesir,Syria,Palestin dan di negara-negara lain. Ingat bahawa belajar dengan cemerlang adalah satu jalan dakwah..!!
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga.” [HR Muslim]

ADAB – ADAB DALAM MENUNTUT  ILMU ….JOM AMALKAN BERSAMA..!!,MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMBERKATI ILMU YANG KITA PELAJARI..

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Belajar  kerana Allah mampu memberi kekuatan dan semangat kepada kita terutama disaat kita rasa belajar itu susah dan meletihkan .Ingatlah Belajar kerana Allah sebenarnya bermaksud “Belajar Untuk Membawa Diri Kita ke Syurga”

2)Jangan derhaka kepada ibu bapa
Dalam menuntut ilmu, keberkatan daripada ibu bapa sangat penting. Jagalah hubungan dengan ibu bapa kita sebaiknya dan selalu minta maaf daripada mereka.Minta juga supaya mereka mendoakan kejayaan kita .Ingat reda Allah bergantung pada reda ibu bapa.Tanpa reda Allah,maka tiadalah keberkatan dalam pelajaran.

3)Menghormati dan tidak mengumpat guru/ pensyarah
Guru/ pensyarah adalah orang yang memberi ilmu kepada kita.Hormatilah mereka dan Janganlah sesekali kita mengutuk atau mengumpat mereka sekiranya kita tidak suka dengan cara mereka mengajar kerana Allah tidak meredai sikap ini.Hormatilah mereka dan selalu doakan mereka mudah-mudahan dengan cara ini ,Allah memberkati ilmu yang kita pelajari dan memberi kejayaan kepada kita.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Insya-Allah , dengan berkat mengutamakan seruan Allah, Allah pasti memberi kemudahan kepada kita dimana kita akan lagi rasa mudah faham apabila belajar selepas selesai solat .


5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan Insya-Allah mungkin dengan berwudhuk itu, apa yang kita belajar lebih berkat.

6 )Membersihkan hati dari sifat-sifat keji seperti sombong, angkuh, hasad dengki, pemarah, tidak sabar dan lain-lain lagi. Seorang guru kepada Imam As-Shafiee yang bernama Wakiq pernah berpesan yang maksudnya: Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya ilmu itu tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang melakukan dosa.

Ayuh..!
Belajarlah Kerana Allah
Belajarlah Untuk Islam

“Ya Allah !, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan Hafazan para Rasul serta ilham para Malaikat  yang hampir denganMU,kurniakanlahkami kesihatan yang baik; Wahai Tuhan yang Maha Pengasih”



~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.