(kisah benar)
Sedang kami melakukan tawaf pada satu musim haji kira-kira 5 tahun lalu,seorang jemaah yg berada di sebelah saya tiba-tiba merungut seorang diri.
"Eh ke mana kaabah ni?Tadi nampak, ni dah ghaib pulak!"kata lelaki berusia di pertengahan abad 30-an itu.
Ghaib?Terkejut saya yg mendengar keluhannya itu."Eh yg sebelah abang haji tu kan Baitullah?Besar tu,"kata saya.Rungutannya sungguh tak masuk akal sebab ketika itu Baitullah betul-betul di sebelah kiri kami.Adalah mustahil Baitullah yg besar tersergam itu tidak dapat dilihatnya.
"Mana ada Tuan Aji.Tak nampak pun,"rungutnya.Walaupun saya lebih muda berbanding dirinya,lelaki berkenaan memangil saya Tuan Aji.
"Astaghfrullah halazim.Tak apalah bang,abang ikut sayalah.Saya pegang tangan,sementara itu abang istighfarlah banyak-banyak."Saya pimpin tangan lelaki itu dan kami meneruskan tawaf.Namun sepanjang tawaf itu dia masih tidak dapat melihat kaabah yang berada di sebelahnya.Apakah yg berlaku kepadanya?Cuma Allah yang mengetahui.
Allah itu Maha Besar.Masuk pusingan ke 6 barulah dia dapat melihat Kaabah semula.Alhamdulillah,kami dapat habiskan tawaf dengan baik dan Kaabah tidak lagi ghaib daripada pandangan matanya.
Selesai tawaf dan ibadah-ibadah lain,saya mendekati lelaki tersebut yang kelihatan begitu murung.
"Kenapa murung saja bang?"tanya saya.
"Saya rasa saya tau kenapa kaabah hilang dari penglihatan saya,”jawabnya.
“Apa puncanya abang?”
“Saya rasa sebab saya derhaka pada kedua orang tua saya.Mungkin kerana itulah Allah tunjukkan kesilapan tersebut kepada saya.Kedua,saya solat ikut hati saya.Kalau saya rajin saya solat,kalau rasa-rasa malas saya tak solat”.
“Kalau saya solat pun dihujung waktu.Dah nak masuk magrib barulah saya tunaikan solat asar.Itu pun jarang-jarang.Bagaimanapun,kesilapan saya yang paling teruk ialah menderhakai kepada orang tua saya.”
Lelaki berkenaan menyambung ceritanya.Dengan suara perlahan dan wajah muram dia memberitahu,”Sejak berkahwin saya tak pernah balik ke rumah orang tua saya.Mereka suruh balik pun saya tak balik.Masa saya bekerja saya ada bagi pada orang tua saya,tapi setelah ada anak saya tak lagi bagi mereka wang,walaupun satu sen.”
Menurut lelaki itu,sudah empat tahun dia tidak balik ke kampung untu menjenguk kedua orang tuanya.Malah,dia langsung tidak memberitahu mereka tentang pemergiannya ke Mekah.
Bukan itu saja,hubungan dengan adik-beradik yang lain pun sudah putus.Ia berlaku akibat perselisihan faham yang menyebabkan dia berkecil hati dan seterusnya menjauhkan diri dari keluarga.
“Isteri saya boros,jadi keluarga saya tegur perangainya itu.Tapi saya tak mau dengar,malah saya marahi mereka.”
Sudahlah begitu,menurut lelaki berkenaan,dia memberi amaran pada keluarganya supaya jangan mencampuri urusan keluarganya.”Jangan pandai-pandai nak nasihatkan saya,nak ajar isteri saya.Dia isteri saya,saya taulah macam mana nak mendidiknya.Saya ada anak,ada isteri,duit saya saya adalah untuk mereka.Saya ada tanggungjawab,takkan saya nak kasi mak saja.Engkau orang semua kena fikir juga masalah aku,”kata lelaki berkenaan kepada adik-beradiknya.
“Bukan macam tu bang.Kalau dibandingkan dengan kami,abang tu senang sikit,banyak duit.Kami ni susah,jadi apa salahnya kalau abang berikan mak dan ayah wang.Emak dan ayah tu dah tua,kitalah yang kena tanggung mereka pulak.Kami semua memang beri tapi tak banyak,”jawab salah seorang adiknya.
Sejak itu lelaki berkenaan mula berselisih faham dengan keluargnya.Dia lebih menyebelahi isteri berbanding ibu bapanya sendir.Peristiwa itu sudah 4 tahun berlalu namun lelaki berkenaan masih menyimpan rasa dendam dan benci kepada ibu dan ayahnya langsung dia tidak ambil tahu.
“Saya tak tahulah apa yang berlaku kepada keluarga saya sekarang.Saya terasa hati bila merea kata isteri saya macam-macam.Siapa boleh tahan kalau orang mengata isteri kita macam-macam.Tapi mungkin betul juga kata mereka itu…isteri saya memang boros.Cuma saya saja tak nak mengakui sifat buruknya itu.Itulah kesilapan saya.”
“Apa yang akan abang buat selepas ni?”Tanya saya.
“Saya nak balik kampung dan nak mintak maaf pada ibu bapa dan keluarga saya.Saya juga akan nasihatkan isteri saya supaya tidak supaya tidak boros lagi.Semoga Allah ampunkan kesilapan saya.”
Kejadian tersebut benar-benar menginsafkan lelaki berkenaan.Dari raut wajahnya dan ketekunannya mengerjakan ibadah,saya pasti dia benar-benar menyesali kesilapannya dahulu.
Sejak dia pulang ke Malaysia hinggalah hari ini,saya tidak tahu apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan dan keluarganya.Saya percaya dia telah bertaubat.
Dizaman sekarang yang nilai-nilai kekeluargaan dan rasa hormat kepada orang tua semakin terhakis,saya percaya kisah ini dapat dijadikan iktibar.Kisah si Tanggang atau Malim Kundang mahupun Aqamah dan Juraij adalah sebahagian contoh kisah-kisah balasan yang diterima oleh anak yang menderhaka kepada ibu bapanya.Jadikanlah ia sebagai teladan.
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya),dan tempoh menceraikan susunya ialah 2 tahun;(dengan demikian )bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua –dua ibu bapamu;dan (ingatlah)kepada Aku juga tempat kembali” [Surah Luqman 31:14]
dipetik daripada buku Air Mata Dipintu Baitullah,hasil tulisan Datuk Haji Mazlan Nasron
Penerbit:PROGRESSIVE PUBLSHING HOUSE SDN.BHD