Bismillah..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu’akbar
Subhanallah, sedar tak sedar dah hampir seminggu saya berada
kat umah..Allahu, begitu pantas masa berlalu..ni bermakna ramadhan juga hampir
melabuhkan tirainya…subhanallah!..sedih rasanya …bestnya andai bulan Ramadhan
itu setiap hari..teringat satu hadis
Rasulullah saw yg bermaksud :
”Andaikan umatku tahu, rahasia dibalik bulan Ramadhan, niscaya mereka menginginkan agar dalam satu tahun itu dijadikan bulan Ramadhan, karena di dalam bulan Ramadhan berkumpul semua kebaikan, diterimanya keta’atan, dikabulkannya permohonan, diampuninya dosa-dosa dan dirindukan oleh surga ( bagi orang yang berpuasa )."
”Andaikan umatku tahu, rahasia dibalik bulan Ramadhan, niscaya mereka menginginkan agar dalam satu tahun itu dijadikan bulan Ramadhan, karena di dalam bulan Ramadhan berkumpul semua kebaikan, diterimanya keta’atan, dikabulkannya permohonan, diampuninya dosa-dosa dan dirindukan oleh surga ( bagi orang yang berpuasa )."
Subhanallah, tika jari ini menari –nari atas keyboard, minda
saya tak pernah luput dengan kenangan dan pengalaman hidup sepanjang sem 4…
Sem 4,,, terlalu banyak sejarah yg tersimpan..sejarah yang…
in shaa Allah, mungkin bernilai buat diri saya.in shaa Allah, mungkin adalah
tarbiyyah dari Allah buat diri saya...kehidupan sem 4 tidak sama dgn kehidupan
semasa sem 1 , 2, 3…kerana…
Sem 4 bermulanya kehidupanku sebagai seorang Dae’i..bukan
dae’i yg separuh masa, tapi sepenuh masa..Alhamdulillah, ketika ini Allah
membuat diri saya busy dgn kerja-kerja Islam..mungkin pada awalnya sangat sukar
untuk saya adapt diri saya dgn kesibukan belajar + kerja-kerja Islam..tapi,
apabila teringat kata-kata seorang sahabat : “ Kerja –kerja Islam ni perlu sentiasa berjalan, andai baru
habis berlajar baru nak mula, maka siapa yang akan menggerakkan dan menegakkan
Islam di Kampus???...bagaimana mahu bentuk biah solehah di Kampus andai semua org
nk mula berdakwah selepas habis belajar?..”…Allahu,, kata-kata ni membuat hati
saya lebih kuat dan yakin akan jalan yg di lalui…
Walaupun busy sehingga kadang-kadang belajar pun dah
tunggang langgang, tapi hati tetap berusaha untuk istiqamah..kadang-kadang
jelaous juga tengok sahabat-sahabat lain study dgn khusyuk..tapi,
saya?...subhanallah, masa utk study terasa terlalu sikit,, dan biasanya esok nk
test, malam tu baru saya sempat study…bukan tak usaha untuk study awal namun
tetap tak sempat..mungkin masih belum pandai bahagikan masa dgn
sebaik-baiknya..in Shaa Allah, mungkin lepas ni perlu ada jadual yg lebih tersusun dan
sisitematik …
Namun, apa pun yang berlaku saya akan pujuk hati saya dengan
surat cinta Allah yg bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" ( 47 : 7 )
In shaa Allah, janji Allah itu sentiasa benar!...in shaa
Allah, kalau kita spend masa kita untuk
membantu agama Allah pasti Allah akan mempermudahkan segala urusan kita..tapi
ada syaratnya…iaitu kita tak boleh serah begitu sahaja tanpa perlu
berusaha..sebagai seorang hamba usaha itu sentiasa perlu setiap masa..jangan
kita busy dgn dakwah, lepas tu belajar malas, and then tawakal pada Allah tanpa
usaha…no!..this is not daie ‘s attitude…Seorang daie itu dakwah dan belajar
sentiasa seiring tanpa meninggalkan mana-mana kerana dia sedar dan tahu bahawa belajar itu adalah sebahagian
daripada dakwah, dan dakwah itu adalah satu kewajiban…( pesanan buat diri
sendiri ).
Alhamdulillah, memang benar janji Allah, sem ni, walaupun
busy tapi Allah sentiasa permudahkan urusan saya..Malah,Allah memberi
bantuanNYA dgn menghantar sahabat-sahbat yg baik bersama saya,,,yg sentiasa membantu saya untuk menyiapkan pelbagai kerja
and assignment…SubhAnallah…baiknya Allah…tapi kdg2 rasa sedih dan malu dgn Allah sebab usaha dalam belajar
masih kurang tapi Allah sentiasa kurniakan result yang terbaik di sisiNYA…in shaa
Allah , mungkin lepas ni banyak perkara yang perlu diperbaiki terutama dari
segi pembahagian masa ..in shaa Allah, moga Allah bantu segalanya….
Alhamdulillah, berakhirnya paper terakhir bertarikh 12/07
,,bermakna dah 2 tahun saya belajar di bidang Farmasi..Allahu, pejam celik,
pejam celik sekejap je ..two years more to go..hope, Allah make it easy for me
and also for all my friend..in shaa Allah.. “HasbunAllahu wani’mawakil “..cukuplah
Allah sebagai penolong….Sebelum mengundur diri, saya berdoa semoga Allah
kurniakan result yg terbaik buat saya dan sahabat semua..moga result yg dapat
menjadi kita hamba yg lebih dekat kepadaNYA..in shaa Allah….jom sama-sama kita
banyakkan bermunajat pada Allah di bulan Ramadan ni..in shaa Allah…..