Cintaku Hanya Untuk Allah

Cintaku Hanya Untuk Allah

Kata-Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."


GST: Boleh atau tak????.

Bismillah..

 dipetik daripd :http://www.harakahdaily.net/index.php/columnist/wartawan/23493-gst-dari-perspektif-islam

Selepas kita memahami bahawa hukum asal harta orang adalah haram kecuali dengan sebab yang dibenarkan syariat, maka persoalan keseterusnya adakah hukum ini terpakai atau terlaksana hanya ke atas individu dengan individu, manakala kerajaan terkecuali dengan dibolehkan ambil harta dan wang poket rakyat berhujahkan maslahah?

Di dalam mazhab ahlu sunnah wal jamaah, hukum ini bukan sahaja terlaksana antara individu dengan individu, tetapi ia juga terlaksana antara kerajaan dengan rakyat. Dalilnya cukup jelas daripada realiti berikut: 

1. Pesanan nabi kepada Muaz bin Jabal sewaktu beliau diutuskan ke Yaman sebagai Gabenor. Baginda memberikan pesanan kepada beliau dengann kata-kata berbunyi:"Awasilah harta-harta suci yang dimiliki oleh orang Yaman”. Harta-harta suci yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki bukan bahagian zakat atau jizyah. Dalam riwayat Bukhari menyebut dengan lafaz: takutilah (daripada mengambil) harta-harta mereka yang suci. 
2. Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunya nas daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di  Syam, Iraq, Mekah dan Madinah dari tahun 70H – 95H. 

Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir menceritakan, tatkala Saidina Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau memerangani pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang telah mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat. Antara salsilah pemerintah sebelum ini yang sangat dibenci oleh Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab, iaitu ipar kepada Hajjaj bin Yusof As-Thaqafi. Yazid bin Mahlab telah ditangkap oleh Adi bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya (Mahlab dan Hajjaj) sebagai: “Mereka adalah pemerintah kuku besi dan aku bencikan mereka”. Saidina Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya Yazid dipenjarakan sehingga semua harta orang ramai yang dikutip sebelum ini dikembalikan semula. (Al-Bidayah: m/s666). Pernah anak kepada Yazid bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk ayahnya Yazid, tetapi Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan hukuman sehingga Yazid menyerahkan semua harta rakyat.  

Begitu juga Saidina Umar Abdul Aziz telah menghantar kepada Gabenor Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang telah mengenakan cukai Jizyah ke atas non-muslim yang telah memeluk Islam dengan alasan mereka memeluk Islam kerana ingin lari daripada Jizyah. Saidina Umar Abdul Aziz memecat Gabenor tersebut dengan menulis, maksudnya: 

“Sesunggunyanya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan sebagai pengutip cukai.”


Di dalam satu riwayat yang lain, Saidina Umar juga memerangi Gabenor di Mesir yang telah mengenakan cukai pelabuhan dan mempertikaikan tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang tiada nas. 

Itulah antara sebab menjadi ‘purchasing power’ rakyat pada zaman Umar Abdul Aziz meningkat, seterusnya memenuhi Baitul Mal. Kesannya tiada lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta melimpah ruah. Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain daripada Islam. 

Itu antara contoh tindakan dan pendirian Khulafa ar-raasyidun yang diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan (perbuatan mereka adalah hujah), tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. 

Semua dalil di atas adalah berkait dengan kerajaan mengambil wang rakyat. Jika pengharaman memakan harta orang lain tanpa sebab hanya diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan, nescaya kisah di atas tidak akan timbul dalam sejarah. 

Apabila kita meneliti pendapat yang mengharuskan pengambilan harta rakyat tanpa bersumberkan kepada nas, kita dapati mereka keliru antara pendapat ahlu sunnah wal jamaah dan syiah. Ya, sebahagian syiah membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat sekalipun tanpa sebab kerana fiqh mereka bersumberkan akidah bahawa Imam (pemimpin) adalah maksum. Berbeza dengan Ahlu Sunnah wal jamaah, yakni akidah kita pemimpin tidak maksum, maka pemimpin tidak boleh mengambill harta orang lain tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata tanpa dipandu oleh nas. 

Tuntasnya, hujah maslahah seterusnya membolehkan pemimpin negara mengutip wang rakyat sesuka maslahah, maka itu adalah amalan dalam fiqh syiah, bukan fiqh sunni. 

Kenapa Kaedah Fiqh Tidak Boleh Dijadikan Hujah Dalam Isu Ini?


Antara hujah yang agak masyhur digunapakai oleh gologan yang membolehkan kutipan cukai sesuka hati ialah kaedah yang berbunyi (maksudnya):

“Tindakan pemimpin terhadap rakyat adalah berdasarkan maslahah.”


Golongan yang berhujahkan dengan kaedah ini melakukan kesilapan dari tiga sudut:
1. Dari segi mengguna pakai kaedah di tempat yang ada nas yang terang.
2. Kaedah bukan hujah, tetapi ia adalah garis panduan memahami nas dan hukum furu'. Oleh itu, kaedah hanya digunapakai ditempat yang tiada nas bukan ditempat yang berlawanan dengan nas.
3. Golongan yang mengguna pakai kaedah tadi bagi mengharuskan tindakan pemimpin mengutip cukai seolah-olah memahami bahawa kaedah tersebut bermaksud: 'tindakan pemimpin negara semuanya adalah demi maslahah' walhal sudut kaedah tersebut ialah tindakan pemimpin mestilah dipandu oleh maslahah, jika tidak, maka ia tidak boleh dilaksanakan. 

Adakah Darurat Membolehkan Kutipan Cukai?


Dari segi hukum, boleh dikatakan ijmak ulama terdahulu mengenakan cukai ke atas rakyat tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram. Persoalan yang tinggal ialah, adakah darurat boleh mengharuskan cukai dikutip?

Pertamanya, maksud difahami maksud dan makna darurat. Darurat bermaksud sesuatu yang tanpanya akan menyebabkan manusia hilang agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Jika tidak sampai ke tahap itu, maka ia bukan darurat membolehkan kutipan cukai yang haram. dengan maksud lain, jika setakat ingin menambahkan pendapatan negara, maka ia bukan darurat yang dimaksudkan syariat.

Jika kita perhatikan, kutipan GST bukan bagi menampung sesuatu keperluan darurat yang dimaksudkan oleh Syariat, bahkan ia lebih bersifat memenuhi dan menampung keperluan sistem konvensional, di mana sistem itu sendiri adalah bercanggah dengan Islam kerana bersifat ‘memusingkan harta sesama golongan kaya’.

Darurat yang di maksudkan syariat seperti negara yang sedang terdesak untuk dapatkan wang membeli senjata bagi mempertahankan negara yang sedang diserang oleh musuh seperti berlaku pertembungan antara Sultan Mamalik dengan Imam Nawawi untuk kenakan cukai ke atas rakyat justeru Mesir pada masa itu berada pada saat genting justeru hendak diserang oleh tentera Monggol yang tidak terkalah. 

Dalam keadaan darurat perang beginipun masih lagi berlaku khilaf dalam kalangan ulama adakah cukai yang tidak bersumberkan nas boleh dikutip?

Al-Dhohhak dan lain-lain berpendapat, cukai tidak harus dikenakan dalam apa keadaan sekalipun, manakala imam Juwaini, Al-Ghazali dan lain-lain berpendapat harus mengenakan cukai bagi keperluan-keperluan tertentu (darurat). 

Jika diperhatikan khilaf ini, ia sebenarnya khilaf dari sudut keadaan dan suasana, bukan khilaf dari sudut dalil dan nas. Khilaf ini kita dapat simpulkan bahawa, jika zakat dan sumber lain mencukupi, maka ulama bersepakat bahawa cukai tidak harus dikutip daripada rakyat. Khilaf hanya berlaku jika sistem cukai Islam sumber lain tidak mengcukupi untuk keperluan Negara. 

Bagi pendapat yang menyatakan harus mengutip cukai darurat, mereka telah meletakkan syarat-syarat yang mengharuskan kutipan cukai. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: 
1.Negara mestilah berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam erti kata lain, negara mestilah menjalankan sistem ekonomi Islam termasuk sistem percukaian Islam sepenuhnya seperti zakat sebagai sistem cukai utama Negara.  
2.Hajat kepada percukaian hendaklah benar-benar berlaku. 
3.Baitul Mal benar-benar telah kekeringan sehingga tidak dapat memenuhi hajat dan keperluan rakyat. 
4.Meminimakan seboleh mungkin tekanan terhadap individu rakyat dengan cara-cara yang selain cukai. Oleh itu, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, kerajaan disarankan supaya mengutip sumbangan ikhlas serta menggalakkan rakyat memberikan derma dalam menyelesaikan sesuatu keperluan sebelum cukai dikenakan. 
5.Kutipan cukai hendaklah diputuskan hasil perbincangan golongan fuqaha dan profesional berkait dengan isu tertentu. 
6.Cukai hendaklah dikenakan ke atas orang-orang yang kaya sahaja dan ia langsung tidak harus dikenakan ke atas orang-orang miskin. 
7.Cukai hendaklah dalam bentuk sementara. Ia akan terhapus dengan hilangnya hajat dan keperluan. Cukai tidak boleh dikenakan secara berterusan dan dijadikan pendapatan utama berbanding zakat. 
8.Wajib meraikan keadilan di dalam perwartaannya dan pemungutannya. Maka kadarnya hendaklah sekadar keperluan. Keperluan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutip cukai lebih daripada rakyat. 

Sebahagian ulama seperti Imam Nawawi meletakkan syarat bahawa cukai apabila dikatakan darurat dan perlu, maka hendaklah terlebih dahulu ia dibayar oleh pemimpin tertinggi, jika tidak cukup maka ia baru diturunkan ke bawah dan ke bawah, tetapi tidak boleh sampai dikutip daripada golongan miskin. Beliau berkata kepada Sultan Zaher Bebrus: “Aku tahu bahawa engkau dulunya seorang hamba kepada Gabenor di Bendaqar dan engkau tiada harta satu pun. Kemudian Allah memberi peluang kepada engkau dengan diberikan pangkat raja. Aku dengar engkau mempunyai seramai 1,000 hamba dan setiap hamba tali pengikat kuda disaluti emas. Engkau ada 200 hamba perempuan dan setiap seorangnya ada emas. Apabila engkau keluarkan semua itu (sebagai pembayaran cukai) sehingga hamba-hamba engkau memiliki baju daripada kapas biasa berbanding memiliki perhiasan emas seperti sekarang, maka baru aku fatwakan engkau harus mengambil cukai daripada orang ramai.” – Al-Bidayah Wa An-Nihayah. 

Kesimpulan Dan Penutup

Dari sini kita dapat simpulkan hukum cukai moden adalah haram menurut Islam berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Sebagai seorang muslim (sama ada dalam bentuk individu atau kerajaan) tidak sepatutnya mengambil harta orang lain melainkan tempat-tempat dan keadaan yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas dan dalil-dalil syarak.

Cara ini adalah cara-cara sistem ekonomi yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Khulafa Ar-Raasyidin seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Osman dan Saidina Ali, di samping cara Saidina Umar Abdul Aziz di atas.

Hari ini ada pemimpin yang cuba menonjolkan mereka juga adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Persoalanya, adakah mereka memahami bagaimana cara pemerintahan beliau? Sebagaimana pepatah arab menyebut: “Kamu mahukan kejayaan sedangkan kamu tidak melalui jalannya. Sesungguhnya kapal tidak akan berjalan di atas daratan.” 

Bermaksud, jika anda mengkagumi keadilan Umar Abdul Aziz dan gah dengan Baitulmalnya melimpah ruah. Kemudiannya anda melaksanakan cara yang bukan ekonomi Islam yang telah ditelusuri oleh Saidina Umar Abdul Aziz, maka mustahil keadilan yagn sama akan terlaksan
a. 

Cerita Seorang Hamba..


Jam kini sudah menunjukkan pukul 1.00 pg..

dia yg tidak kebiasaan tidur lambat terus bagun dari tempat duduknya di hadapan TV lalu menuju ke bathroom untuk membasuh kaki..

hatinya bersoal jawab “ nak wuduk ke tak nak ye?..bukan kah wuduk sebelum tidur tu sunnah baginda ?” hatinya bermonolog...

Bukan dia tak biasa berwuduk sebelum tidur..malah sebenarnya itu adalah rutin hariannya..tapi pada malam ni dia tidak tahu kenapa hatinya terasa berat utk melakukannya...

Tapi memang dia sendiri akui hari ni hatinya terasa lemah sangat..itulah sifat manusia sebenarnya..iman manusia akan sentiasa naik dan turun...apabila iman itu berada di atas terasa senang dan bahagia untuk melakukan amal kebaikan walaupun kebaikan itu kelihatan kecil di mata manusia..namun di saat iman menurun hanya Allah saja yang tahu betapa malasnya manusia untuk melaksanakan perintahnya..malah hatinya akan jadi lemah dan malas...

Namun Rasulullah pernah mengajar seorang sahabat   satu doa untuk hilangkan rasa sedih. Ketika itu sahabat tersebut rasa sedih sebab terlalu banyak beban hutang yang di tanggungnya. Ni lah doanya :

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan duka, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, serta aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang tak terbayar dan dari belenggu orang lain.” 
(H.R. Abu Umamah dan Abu Sa’id)


Sebenarnya , doa ni bukan hanya diamalkan hanya ketika kita sedih je tapi juga boleh diamalkan untuk menjauhkan kita dari sifat lemah, malas dan bakhil. Cubalah amalkan In shaa Allah, pasti hati jadi tenang.

Selepas hatinya memberontak untuk ambil wuduk atau tak , akhirnya makhluk bernama nafsu itu kalah.Air paip di buka , lalu dia menyempurnakan wuduknya...

Selesai berwuduk, dia menuju ke biliknya untuk tidur..namun bukan semudah itu untuk tidur walaupun jam sudah menujukan pukul 1.15 pagi...dia tak dapat tidur kerana terlalu banyak masalah yang dia fikirkan..

Masalah belajar, masalah duit , keluarga dan banyak lagi..tapi masalah yg utama yg membuat hatinya sedih dan buntu ketika itu ialah masalah KELUARGA...sejak akhir2 ni dia sedar bahawa kehidupan keluarganya seakan-akan tidak bahagia...dia cuba cari punca nya...

Dan dia tahu punya disebalik masalah tersebut adalah kerana hidup keluarganya semakin jauh dari Allah..Allahu, dia tidak tahu macam mana mahu menjelaskan keadaan ini..hanya Allah saja yg tahu hatinya ketika itu...

Untuk mencapai kebahagian yg dia impikan dia sedar dia perlu bawa seluruh ahli keluarganya kembali semula kepada Allah...

Tika itulah airmata deras mengalir dipipinya tanpa dia sendiri...baginya masalah itu terlalu besar kerana ianya melibatkan kehidupan dirinya dan keluarga di akhirat kelak..dia terasa takut akan azab Allah..dia ingin hidup bahagia bersama keluarga bukan hanya di dunia tapi juga di akhirat..hatinya sebenarnya rindu untuk lihat mak ayah nya solat dan baca Al-Quran...sejak akhir2 ini dia jarang sekali melihat mak ayahnya solat..adik2nya pun begitu...di saat ni hatinya bertambah sedih....subhanAllah, hati dia betul teringin solat jemaah bersama keluarganya..dia teringin menjadi makmum kpd ayahnya sebelum dia menjadi makmum untuk "orang lain"...

Dia tidak tahu pada siapa lagi dia mahu minta pertolongan kalau bukan kepada Allah Yang Maha Satu...saat ni dia berusaha untuk pujuk hatinya supaya sabar dan yakin dgn pertolongan Allah....dia sedar dia hanya mampu berusaha utk bawa kembali keluarganya ke jalan yg diredai Allah namun hidayah itu milik Allah...

Malah, Rasulullah saw sendiri pun tidak mampu memberi hidayah kepada bapa suadaranya sendiri iaitu Abu Talib walhal dia ingin sangat melihat bapa saudaranya itu mati dalam iman. Begitu juga kisah nabi Nuh yg ingin sangat melihat anak dan isterinya kembali pada Allah..Tapi dia juga tidak mampu..Hanya kuasa Allah saja yang mampu memberi hidayah kepada hamba-hambaNYA..

Allah swt berfirman yg bermaksud :

"Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)" [ Al-Qashash :56 ]

Air matanya terus mengalir..Dia sedar tiada siapa lagi yang boleh menolong dirinya melainkan Allah Yang Maha Kuasa ..Pergatungan dirinya kepada Allah ketika itu sangatlah tinggi..Dia hanya mengharap pertolongan Allah...

Bukan mudah untuk hadapi situasi begini..hatinya masih tertanya-tanya” Apa yg perlu aku lakukan saat ni, aku sungguh buntu..aku tak tahu apa yg harus di buat..?”..

Di saat dirinya cuba mencari jawapan pada persoalannya itu , tiba-tiba dia teringat yang dirinya belum membaca surah Al-Mulk ...Membaca surah Al-Mulk sebelum tidur itu adalah merupakan rutin hariannya..Biasanya dia akan membaca surat tersebut selepas solat magrib atau isyak tapi tidak pada malam ni disebabkan rasa lemah di hatinya menguasai dirinya akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak membacanya...

Namun, perancangan Allah itu adalah terbaik buat hamba-hambaNYA....lantas, sebelum tidur dia mencapai Mashaf Al-Quran yang di belinya tiga tahun lalu..itulah mashaf Al-Quran yang pertama yg dimilkinya..semasa sekolah dia jarang baca Al-Quran ..surah yg biasa dia baca pun hanyalah surah Yasin dan surah2 pilihan..bukan sebab dia tak mahu membaca tapi dia tidak pandai..Namun Alhamdulillah, kini dia sedar Al-quran itu penting baginya kerana itu lah sumber CAHAYA, PETUNJUK, KEKUATAN dan sebagainya...akhirnya dia beusaha utk belajar Al-Quran...Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah, dia sekarang mampu khatam Al-QURAN beberapa kali , Cuma hukum2 tajwid masih banyak lagi yg dia belum pelajari dan in shaa Allah masih dalam proses belajar.....

Selepas mashaf di capai dia pun membelek-belek mashaf Al-Quran tersebut dan mencari-cari surah yg ke 67 : surah Al-Mulk.

Tiba- tiba Al-Quran itu terbuka pada muka surat  474.  Dia terpandang satu ayat yg sangat menyentuh perasaannya.. Ayat quran tu di tatapnya beberapa kali..cuba untuk fahami...Ya Allah, hatinya tiba-tiba rasa sungguh syukur pada Allah..

Air mata yg tadi masih belum kering , kini mengalir lagi..Saat itu , dia rasakan Allah itu sangat hampir dgnnya dan tahu segala isi hati. 
Tiba-tiba dia teringat ayat Al-Quran yg berbunyi : Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" ,( Surah Qaf : ayat 16) 
Sungguh benar kata-kata Allah..Allah itu sentiasa dekat dgn hambaNYA dan mengetahui isi hatinya..

Ayat Quran yg menyentuh perasaannya itu terus ditatap dan di baca berulang kali 

Allah berfirman yg bermaksud “"Dan Tuhan kamu berfirman: "BERDOALAH kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan DOA permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berDOA kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
(Al Mu'min:60)


Dia terasa terharu kerana ayat Quran ni merupakan jawapan pada persoalan yg bermain di benak fikiranya sebentar tadi...

Dia sebenarnya buntu dan tidak tahu yang perlu dia buat sekarang..dan Alhamdulillah, Allah menjawab dgn memerintah dirinya untuk berdoa pada Allah..Ya, dia kini sedar bahawa DOA ITU SENJATA UMAT ISLAM...doa itu boleh mengubah sesuatu perkara yg mustahil terjadi kepada tidak mustahil ..doa membuatkan manusia itu sedar bahawa mereka adalah hamba yg sangat2 lah lemah dan  mereka sangat memerlukan Allah sebagai Pembantu dirinya untuk menghadapi cabaran dalam hidup ni...

Ya, Alhamdulillah, kini hatinya lega,, dia sedar apa yg perlu dia buat sekarang..dia perlu banyakkan berdoa pada Allah setelah berusaha sebaiknya...in shaa Allah, dia yakin akan janji Allah..dia yakin suatu ari nanti pasti Allah akan perkenankan doanya kerana itulah janji Allah...dia serah semuanya kepada Allah, apa pun perancangan Allah selepas ni buat dirinya , dia yakin itu semua pasti yg terbaik buat dirinya....Apa yg penting yg perlu dilakukan olehnya ialah terus berusaha dan berdoa dgn penuh kesabaran dan keyakinan..

In shaa Allah., dia yakin sinar bahagia pasti akan menyinari hidupnya suatu hari nanti.........

Akhirnya, selepas membaca surah Al-Mulk , dia pun terus tidur..dan hatinya tidak berhenti berharap semoga agar Allah terus tabahkan hatinya untuk menghadapi hidup ni...

Dia juga berharap moga masalah2 yg dia hadapi tidak membuat dia lemah semangat untuk berjuang pada jalan Allah...dan dia berusaha untuk bangkit kerana dia sedar warga kampus, dan masyarakat masih memerlukannya..Ye, dia tak boleh berputus asa dalam mengharungi jalan Dakwah ni..dia ingin menjadi salah seoarng rantai perjuangan Rasulullah..in shaa Allah...dan cita terakhirnya adalah SYAHID DI JALAN ALLAH..IN SHAA ALLAH, AAMIIN...


.................... THE END................

~KEINSAFAN~



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
... Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.